Friday 9 May 2014

Cuti - Cuti Jepun (Edisi Gifu & Toyama) : Shirakawa-go - UNESCO World Heritage Site


Seperti yang telah digembar-gemburkan dalam entry yang lepas, minggu keemasan telah pun berlaku pada hujung minggu yang lalu. Oleh kerana cuti maharaja showa (29 april) tu jatuh pada hari selasa, maka minggu keemasan ini terpecah 2 la. Showa day terpisah dari constitution memorial day, greenary day dan hari kanak2. Sebenarnya constitution memorial day tu jatuh pada hari sabtu 3 mei, manakala greenary day jatuh pada hari ahad 4 mei dan hari kanak2 jatuh pada hari isnin 5 mei. So, macam kat mesia jugak la, yang hari ahad tu dibawa (dipanggil observed) ke hari selasa. Maka cuti sebenar cuma isnin dan selasa je lah. Weekend tu memang dah cuti pun kan. Tapi mengikut kajian aku (sempat tu buat kajian...) insya Allah, pada tahun 2016 nanti, showa day jatuh pada hari jumaat. Maknanya constitution day tu hari selasa. Maka, cuti 3 hari sampai hari khamis ar. Hari isnin ngan jumaat tu kira ponteng huhuhu. Ponteng dari apa tah. Macam lah ko kerja.

Asalnya kan aku kata tak tau nak pergi mana2 kan. Sebenarnya yang menyebabkan aku malas nak plan dan membuat research bagai tu sebenarnya sebab duhet elaun yang aku kepoh2 nak resign tu, tak masuk lagi huuuuuu. Sedih lah. Tetiba hari jumaat ke khamis tah, encik suami suruh cari tempat nak pergi. Maknanya? Ok, maklum.

Dan tetiba jugak, aritu muncul satu promosi melancong ke jepun melalui airport chubu. Naik airasia lah tu kan. Tengok pada itinery nya, termasuk lah melawat ke tempat yang aku nak story mory kan sekejap lagi ni. Kira nya aku mendapat ilham dari situ lah. Rupanya ada juga tempat perlancongan lain yang best selain kyoto dan osaka hehe. So, malaysian, sila tambah dalam itinery korang untuk melawat tempat2 ini, ok. Best ooo.

Lambat sikit aku update entry ni sebab aku rasa macam nak tokok tambah cerita sikit. Tak best ar asik tulis caption kat gambar je kan. Dah macam instagram dah. Tolong ingatkan aku bahawa ini adalah blog. At least. Kalau pun bukan travelog hihu.

So... let's begin. Walau pun cuti dah bermula sejak hari sabtu, tapi kami tak ke mana2 pun pada hari sabtu tu. Malah hari ahad pun kami masih lagi berada di nagoya. Apa ke tak best beno ko ni?

Hari ahad tu, kami keluar jenjalan ke minato. Macam biasa lah, pergi bookoff dan cainz. Eh, aritu aku sesat sampai terjumpa sebuah lagi cainz, tapi tak tau kat mana tah. Balik tu, singgah 2nd street untuk membeli kipas. Sekarang ni cuaca macam pompuan katanya. Tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas, sekejap berangin. Biasanya pagi panas, tengahari sampai malam sejuk ya ampun. Tapi aku suka cuaca camni. Sedap2. Lebih kurang macam masa aku baru2 sampai di jepun ni aritu.

So, malam tu aku masak sambal tumis siap2. Nak buat bekal. Pagi isnin, lepas subuh, aku tanak nasi lemak. Dan lebih kurang pukul 8 pagi, kami pun bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu Shirakawa-go yang terletak di gifu. Actually tempat ni kira on the way nak ke toyama. Mula2 aku ingat nak pergi toyama dulu, dan baliknya baru singgah sini. Mujur aku tak mendengar kata hati yang itu. Sebab ada hikmah di penghujungnya. Cari lah sendiri hikmah tu di penghujung entry ini nanti ek. Eh, bukan entry ni, tapi entry cuti2 jepun edisi ini.

Memula kami terus masuk highway, tetiba macam sesat lah pulak. Terus tukar laluan ikut jalan biasa. Lalu ikut komaki, kemudian baru masuk highway. Di pertengahan jalan, hujan turun renyai2. Memang lah hujan kat sini jenis renyai2 pun. Tak pernahnya hujan lebat kucing dan hanjing.

Sepanjang highway, ada banyak kampung sawah padi. Cantik jek petak sawah derang. Tapi kebanyakannya baru nak mula.



Sebelum exit shirakawa-go, ada jammed sikit. Time tulah aku rasa nak terberi dan terkucil. Adeh... paling tak best betul. Keluar highway pun masih jammed lagi. Jammed orang nak masuk ke kawasan perkampungan shirakawa tu lah. Singgah kat 'kombini', konon nak menunaikan hajat. Tapi toilet jenis takde air lah pulak. Sampai ke kampung tu, terus aku mencari toilet lagi. Tapi, pun sama jugak, jenis takde air. Agaknya kawasan kampung memang takde washlet kot. Sibbaik ada toilet untuk priority. Siap ada sinki. So, boleh lah aku tadah air dalam botol air dan beristinjak guna bowl macam dulu2. Baru ingat nak puji toilet kat jepun sumer mesra pengguna. Rupanya ada juga yang tidak.

Banyak kenderaan menghala ke perkampungan.

Kampung ni terletak di tepi lembah. 

Dah nampak rumah segitiga ni dari luar lagi.




Settle tu, solat dan kami pun makan. Ooo baru aku ingat kenapa aku nak terberi pagi2. Sebab sebelum bertolak tu kami sarapan siap2. Awal sangat, tu yang perut terkejut. Hehe itu pun nak cerita.

Tiba2 rasa sedap pulak nasi lemak aku kali ni hehe.

Okeh, pas makan, kami pun bersiar2 di kampung tersebut. Meh aku story sikit pasal kampung ni. Kampung ni telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh unesco pada tahun 1995. Ia terkenal dengan traditional gassho-zukkuri farmhouse di mana ada di antaranya yang berusia lebih 250 tahun! Sugoi!!!

Gassho-zukkuri tu bermaksud dibina seperti tangan yang sedang berdoa. Maksud dia berdoa cara buddha la. Alaaa... bentuk macam genggam tangan... toche2 tu (apa yang cuba aku sampaikan ni tah).  Tapi sebenarnya bentuk bumbung tu dibuat sedemikian untuk menampung salji yang lebat. Kalau buat gitu kan nanti salji nya turun ke bawah kan... graviti ok, graviti. Tapi memang tempat ni lagi cantik kalau pergi time ada snow la sebab akan nampak putihhh je. Bumbung tu pulak membolehkan derang mengadakan loteng kat atas tu, untuk membela ulat sutera.

Sebenarnya kat area tu ada beberapa buah kampung, tapi aku pun tak pasti mana satu kampung mana.  Dan aku pulak tak ternaik ke viewpoint yang boleh tengok keseluruhan kampung tu dari atas. Patut tempat tu lah kalau nak bergambar pun. Huh! Ini lah akibatnya bila tak membuat kajian mendalam. Ok, lesson learned. Ok, mari lihat pemandangan perkampungan shirakawa ini...



Kincir air.






Apa yang menariknya tentang rumah2 ni sebenarnya ialah bumbungnya yang diperbuat daripada errr batang padi kot. Dan tebal bumbung ni ada yang sehingga 2 kaki aku tengok. Memang tak tembus air lah. Dan aku rasa, mesti sejukkk je dalam rumah ni. Sekarang, rumah2 ni ada yang dijadikan muzium, temple, restoran dan ada yang masih berfungsi sebagai rumah kediaman. Sebahagiannya juga ada yang dijadikan homestay. Kalau nak rasa duduk rumah petani jepun, boleh la stay kat sini. Menarik juga aku baca review nya.

Eh, baru perasan ada refleksi dalam air.

Tangkap lagi sekali.


Setiap pose ada versi lanskap dan potret. Please excuse me hihi.


Ramai pelancong dari china. Baru lah dapat dengar tui tui tui. Asik hai hai hai jek...

Restoran terbesar kat situ.

Haaa kat sini boleh nampak bumbungnya dari dekat. Aku terkagum dengan ketebalannya. Sugoi!!!

Batang padi, kan? Ke benda lain? Dibina tidak menggunakan paku.



Rumah yang boleh masuk ni biasanya muzium. Kena bayar, 300 yen kalo tak silap. Tu baru satu muzium. Kalau dah ada beberapa muzium kat situ, darab je lah. Aku tak masuk mana2 muzium. Malas nak kuar masuk hujan2 gini. Dah lah rumah jepun jenis nak masuk bukak kasut.





Orang2 kena geletek.


Cuba bayangkan macamana derang pasang bumbung tu...

Kasik can la bergambar kat rumah sendiri.


Binaan moden juga diberi sentuhan tradisional. Fire monitor.

Cili dikering.






Biasa lah, beli FM.


Jalan ni banyak kedai2.


Ada belon buih. Tapi datang dari mana?

Nampak tak benda alah depan tingkap tu? Dari situlah. Automatik. Lubang berpusing2 dan ada peniup.

Atas jambatan gantung. Aku ingat jambatan yang stay. Tetiba dah jalan, dia bergoyang2 la pulak. Terus aku patah balik. Tak dapat lah pergi ke kampung seberang kat belakang tu. Gayat.

Tempat parking dari arah jambatan.






Patah balik ke rumah pertama tadi semata2 untuk gambar ini.





Jambatan tadi dari arah tempat parking pulak.





Okeh, mari kiter meneruskan perjalanan. Kesimpulan dari lawatan ke kampung ini ialah, sebuah tempat yang tenang dan damai. Rasa macam balik kampung sendiri.

Seterusnya, kami terus menuju ke tateyama, toyama. Situ lagi lah banyak sawah padi. Rasa macam pergi kedah! Hingga ketemu lagi... Tata!






0 komen: