Wednesday 2 April 2014

Tujuh Suami


Siapa tengok citer 7 suami??? Aku mula2 tak tengok sebab aku macam tak minat izreenazminda tu sejak citer janjijujursepi. Dalam citer tu dia kan macam ngengada ngan BK kan hihi. Takleh terima. Pastu aku tak suka gak tengok aimanhakimredza tu dalam projek memikat suami. So, ada 2 sebab la aku tak tengok. Tapi bila yayu kata dia tengok dan 'boleh laaaa', terus aku download. Dan terus suka! Bukan suka izreen tu. Suka citer 7 suami tu. Tapi aiman tu suka la sikit2 hehe.

Oleh kerana aku layan citer ni secara marathon, maka sempat lah aku menyelam ke dalam karakter yah tu. Aku suka penggunaan nama yah tu sebab rasa macam kampung gitu. Meh aku bagi sinopsisnya.

Kisah bermula apabila haji dollah ingin memperisterikan yah (safiah/sapiah). Yah ni tinggal dengan nenek dia. Dia tengah berkawan dengan ehsan (aiman). Bapak tiri ehsan tak suka ngan yah sebab bapak yah ni dulu jahat dan pernah nak memperkosa mak ehsan. Kira dia dendam kat bapak yah, sekaligus ngan yah sekali la. Haji dollah ni orang kaya kampung sebelah kot dan nenek yah ni dah termakan budi haji dollah ni. Akhirnya yah kawen lah ngan haji dollah ni.

Haji dollah ni ada anak lelaki. Dia tak suka yah sebab dia ingat yah kawen ngan bapak dia sebab nak kikis harta bapak dia. So, dia merancang sesuatu supaya bapak dia curiga pada yah. Akhirnya misinya berjaya dan haji dollah pun menceraikan yah.

Lepas bercerai, yah pergi ke kuantan. Kampung dia kat temerloh kot. Dia bukak kedai runcit. Masa nak pergi kuantan ni, kak yan perkenalkan yah pada sepupu dia khalid. Khalid ni ada hati gak kat yah. Tapi yah sudah terpaut hati pada budi. Budi ni selalu membantu yah dalam bisnes. Kira pemurah la budi ni. Akhirnya yah pun berkahwin dengan budi. Mula2 budi selalu tolong yah. Siap dia belikan kedai runcit yah tu lagik. Tapi rupa2nya budi ni bukannya 'bekerja sendiri' seperti yang disangka. Sebaliknya dia kaki judi. Suatu hari dia kebas barang kemas yah sebab kalah judi. Dan pada suatu hari lagi, budi ditangkap oleh polis kerana terlibat dalam kes pergaduhan di pusat berjudi. Budi dipenjarakan. Dia tak nak yah tunggu dia dan dia pun ceraikan yah.

Selepas itu, yah pergi ke key el pula. Si kiong yang bawak dia. Dia kenal kiong ni sebab kiong ni supplier kedai runcit dia kot. Sampai di key el, dia bekerja di sebuah kedai perabot. Nak dipendekkan cerita, tokei kedai perabot tu dah berkenan kat yah ni. Dato' apatah lupa. Dato' ni ada isteri, wan nor azlin dan tidak memiliki anak. So, wan nor azlin benarkan dato' ni berkahwin dengan yah sebagai isteri kedua. Si wan nor azlin ni ada mak, datin faridah yang kekwat sungguh laaa. Nak dipendekkan cerita lagi, yah mengandung dan perhatian dato' lebih diberikan kepada yah. Mulanya datin faridah macam boleh menerima, tapi selepas dicucuk oleh emak beliau yang kekwat itu, dia pun sama naik kekwatnya. Last2 dia halau yah dari rumah dan dato' pun menceraikan yah selepas mak mertua beliau ugut takmo taruk nama dia dalam pemilikan harta beliau. Ekceli dato' ni berjaya atas harta mak mertua dia pada asalnya.

Kisah di kampung pulak. Selepas yah berkahwin, kawan sekampung dia si suri mula mengendeng kat ehsan. Tapi ehsan tak layan. Dia masih tak dapat melupakan yah. Dalam pada itu, yah masih keep in touch ngan kak yan. Tiap kali dia kawen atau cerai, dia mesti tulis surat kat kak yan. Aku suka gak watak kak yan ni. Macam jaksa pendamai gitu. Jaksa tu apa eh?

Balik ke kisah yah. Lepas keluar dari rumah dato' tu memalam, yah ni singgah kat warung nak makan, tapi warung nya dah tutup la pulak. Warung ni dimiliki oleh kak... apa ek, lupa la pulak. Padahal baru je aku ulang marathon aritu. Ulang sebab nak tulis entry ni lah hehe. Ok abaikan nama akak tu. Yang penting akak ni ada adik iaitu azhar sulaiman. Adoiii nama watak dia pun aku lupa Haaa kamal kot. Sebelum jumpa yah ni  derang ada membela seorang adik ipar pompuan. Suami nya iaitu adik derang jugak ni dah meninggal. Nak dijadikan cerita, adik ipar ni bawak lelaki ke rumah derang dan dikantoikan oleh kamal ni. Maka dia pun dihalau keluar. Sebab tu lah kot kamal ni macam tak percaya je ngan yah waktu pertama kali jumpa memalam tuh.

Waktu yah ni nak pergi dari warung tu (sebab dah tutup tadi), dia terjatuh. Kesian punya pasal, last2 derang bawak yah balik rumah derang. Besok tu time on the way nak hantar yah ke bus stand besoknya, derang singgah warung sat. Tengok2 ada orang dengki simbah apa tah, tapi bau busuk ar. Pastu yah ubah fikiran, tak jadi pergi dan bekerja kat warung derang.

Nak dipendekkan cerita, kamal ni pun tersuka lah kat yah. Kamal ni jenis takut pompuan. Tapi last2 derang kawen lah jugak. Lepas kawen, kakak derang nak balik kampung, bisnes kat kampung pulak, Tinggal lah derang berdua mengusahakan warung tu. Warung tu pulak nak dirobohkan oleh majlis dan derang tengah mencari kedai makan baru.

Pada suatu hari, semasa pulang dari warung sensorang, kamal telah dirompak dan ditikam. Dan dia telah lumpuh tokleh jalan. Maka yah lah yang bekerja sensorang. Kamal pula telah demotivated dan mula membuat perkara2 supaya yah benci kan dia. Dia rasa useless ar kot. Yang aku pelik tu, derang takmo bagitau perkara tu kepada kakak derang kat kampung. Nak dijadikan cerita, kan.

Dalam pada itu, ada sorang taxi driver ni offer nak hantarkan yah pergi dan balik warung tetiap hari. Suatu hari, mamat ni kata dia ada jumpa satu kedai makan yang nak disewakan. Dia kata dia dah bayarkan rm200 untuk booking dan mintak yah bayar rm3000 untuk confirm. Besok tu yah gadaikan barang kemas dia dan bagi duit rm3k tu kat mamat ni. Yah ni banyak barang kemas tau, hasil berkawen ngan haji dollah dan dato' aritu hehe. Rupanya yah kena tipu. Mamat ni terus tak datang dah lepas tu. Tetiba pada suatu hari kakak derang datang. Baru lah dia tahu apa yang berlaku. Nak dipendekkan cerita, pada suatu hari, time derang balik rumah, tengok2 kamal dah mati. Tah bunuh diri ke haper tah.

Lepas tu, yah pun balik kampung. Si ehsan pulak baru jek kawen ngan si suri. Bila tau yah dah balik kampung tu, si suri ni mula lah panas punggung. Eeeeeee rasa nak cepuk je suri ni tau. Mulut takde insurans. Sebenarnya dia takut ehsan nak balik ke yah. Tapi sebenarnya memang ehsan masih tak dapat lupakan yah pun. Padan muka suri tu bila ehsan cakap yang yah tu cinta sejati dia. Tah, walau pun aku rasa perbuatan ehsan tu tak patut, tapi aku lagi suka dia dengan yah. Lebih2 lagi bila tau yang yah tu cinta sejati dia hihi.

Pada suatu hari suri telah berjaya membuat yah ditangkap basah dengan si fazli, anak sedara ustaz apatah. Asalnya dia ingat yah dengan ustaz tu sebab dia nampak motor ustaz tu kat rumah yah masa tangkapan basah tersebut. Rupanya anak sedara dia. Walaupun mereka telah menjelaskan duduk perkara sebenar, demi menjaga maruah yah, fazli pun berkawen dengan yah. Tapi yah tak mo sebenarnya sebab dia takde perasaan ke fazli ni. Si fazli ni pulak sebenarnya dah ada makwe iaitu raja farah, ustazah kat kampung tu. Kawan2 derang jugak. Pada suatu hari, yah dah terkantoikan perkara ini dan dia suruh fazli ceraikan dia. Sajer la dia cari sebab untuk diceraikan. Lepas cerai, yah pergi kl balik.

Yang si ehsan pulak, selepas balik dari kursus di kedah (dia bawak suri sama), tak lama kemudian, suri ni mengandung. Baru lah ehsan mula sayang kat suri.

Yah pulak, kat kl terjumpa ngan kiong lagi. Kiong carikan dia kerja. Baru dia nak kerja ngan azhan rani, kiong nak pergi taiwan pulak. Dan dia suruh yah jaga mini market dia. Si azhan rani ni pulak mula mengorat yah. Dalam pada tu, ex dia si budi tu dah kuar penjara dan jadi baik. Dah berebut2 pulak derang berdua ni. Lepas budi pergi mekah, azhan rani kawen ngan yah. Nak dipendekkan cerita lagi, rupanya azhan rani ni jahat. Dia jual pompuan. Budi ni pulak lepas balik dari mekah, datang cari yah lagi. Dan dia siasat lah siapa azhan rani ni. Tak sempat dia nak bagitau kat yah, dia dah dibunuh. Rasanya oleh azhan rani. Aku rasa lah. Sebab cerita ni tinggal 1 episod je lagi, tapi tak tertayang2. Dah 2 kali tangguh sebab ada bola piala afc. Haih... Kalau nak kira, azhan rani kira suami ke-6 la kan. Maknanya dia ada sorang lagi suami. Aku harap2 biarlah ehsan hehe. Oh, lupa lak. Si suri pulak dah mati. Dia terjatuh ke haper tah. So ehsan tengah free ar sekarang. Harap2 biarlah yah dan ehsan pada akhirnya dan mereka hidup bahagia ever after...

Tak sabar nak tengok ending nya. Jom tengok sama! Malam ni kot.




1 komen:

Anonymous said...

Thnks for info,, sy pon br tgok..tgl 1 episod je lg... nk tgu next episode,,.