Tuesday 1 April 2014

Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara : Part One


Eh eh, ramai pulak yang baca entry resign aku yang lepas tu. Dua kali ganda daripada biasa. Terkejut lah tu, ingat aku betul2 resign. Ni mesti orang2 kat opis aku ni. Toksah risau lah. Balik besok aku tak kena posting kat situ balik dah. Bergumbira lah korang dengan bos baru yang best tu. Biarlah aku derita sendiri huk huk huk. Acah mak enon!

So, musim bunga telah tiba! Eh, bukan dah lama tiba ke? Kan aritu aku dah post gambo bunga, kan? Tapi itu bukan bunga rasmi derang. Ni baru betul. Baru lah para2 sakura, bumi sakura dan bedak kutikura. Eh?

Seperti yang telah dijanjikan, cik sakura ni muncul pada penghujung bulan Mac. Elok benar aturanNya. Tak cepat tak juga terlewat. Cuma aku je lah yang belum sempat nak ber 'cherry blossom picnic' lagi. Kalau takat nak berpicnic berdua-duaan, semalam2 lagi aku dah pergi. Tapi nak rasa best sikit, kena lah berjemaah kan. So, mungkin besok lah kot kami nak ber 'hanami'. Sempat tu tengah2 minggu nak berpicnic. Ate... nak tunggu weekend kang, sempat cik sakura tu gugur semua. Dah lah dia tahan seminggu je kan. Jadi, sementara nak tunggu besok punya sakura, aku up kan dulu sakura versi tepi jalan punya. Semalam petang (Isnin), lepas asar, aku keluar sekejap untuk menjejaki cik sakura ni. Aku nampak tempat ni dari dalam kereta. Ada torii gate berderet2. Rupa2nya ada temple kat situ. Dah terlanjur sampai tu, aku redah je lah. Sensorang je, maka tiada lah aku di dalam ini pelem hehe. Okeh, dipersilakan, cik sakura!!! (dan kawan2nya sikit2).

Aku tak masuk ikut gate ni. Saje lah pusing kot2 ada tempat lain selain temple ni. Takut lak aku. Tapi takde.


Masaelahnya, pokok ceri ni tinggi2, maka sakuranya pun tinggi lah. Terpaksa ambil gambar sambil mendongak. Sakit tangan aku. (Alasan background terang dan gambar bunganya tak jelas hehe). Angin pulak kuat. Baru nak fokus, dah angin tiup. (Alasan gambar blur gegar2 huhu).


Sakura nan merimbun. Kalau boleh panjat memang aku dah panjat dah. Tapi oleh sebab aku sensorang, kang tergolek sensorang kat situ, saper nak tolong?





Ni tak tau bunga apa. Cantik warna dia.

Macam bunga kertas.


Sebelum kembang.

Dah kembang nampak macam bunga kertas.









Ni pun tak tau nama apa. Kecik2 bunganya. Panjang2 juntaiannya.




Satu lagi bunga tak tau nama.

Sama ke ngan yang atas ni? Macam lain?





Geram! Macam kapas.




Versi pink! Tapi dia tunduk. Susah ok nak ambik gambar. Pemalu ni...

  




















Ni pulak pokok bunga kecik2. Selalu derang tanam dalam pasu depan rumah.

Sekali pandang macam ada kupu2 hinggap.



















Ok, dah. Jom balik!


Kat tepi dai. Masa balik baru perasan.

Nomnomnom.



Tengahari tu juga encik suami berhanami dengan labmates beliau. Rupa2nya kat sini. So sweet!







Ini sahaja buat masa ini. Ketemu lagi di lain siaran. Saksikan Panorama pada hari dan waktu yang sama minggu depan, ya?


2 komen:

b_aisyah said...

Salam Dik, cantik sangat gambar2 sakura tu. Subhanallah. Teringinnya nak pegang, raba2 mesti lembut. Tenyeh kat pipi...sambil pejamkan mata. Adik belajo kat sana ke? Lama lgi? Hehe...nak pgi mengacau? Eh..tak2 jangan takut. Gurau je. Makcik suka n3 awak... kelakar dan buat saya senyum sengsorang. Kretif - good job.

AyunasiA said...

siap pejamkan mata tu yang tak menahan tu hihi... bukan saya yang study, tapi suami. insya Allah 3 tahun lagi... terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang ntahapaapaantah dan takde hala tuju ni heh.