Wednesday 16 April 2014

Lesen Memandu Nihon


Cerita lama.

Alhamdulillah... selepas dua percubaan, encik suami telah pun lulus dan mendapat lesen memandu jepun. Tidak lah lagi memandu dengan lesen antarabangsa yang dah nak lunyai tu. Tapi lesen kereta je lah. Auto. Kalau naik motor masih kena bawak lesen antarabangsa tu. Tapi motor pun takde, caner?

Proses mendapatkan lesen ni agak renyah. Tapi oleh kerana aku banyak membuat kajian sebelum datang ke sini, dia jadi mudah sikit. Kebetulan lesen memandu kiter kan dah tukar yang macam mykad tu kan? Susah jugak nak meyakinkan orang jepun ni yang itu adalah lesen yang betul. Antara maklumat paling bernilai yang aku dapat dari kajian yang dijalankan ialah perlunya kiter menyimpan passport2 kiter yang dah expired. Kebetulan encik suami baru je renew passport sebelum ke sini. Kalau aku tak mendapat maklumat tersebut, confirm lah passport lama tu dah tertinggal kat mesia. Tapi ni, aku bawak siap2. Sebab dah tau. Cuma lesen2 memandu yang lama jer tak dapat diselamatkan sebab lepas je tukar lesen memandu yang macam mykad tu, beliau terus buang lesen2 yang lama. Selama ni takmo buang pulak, kan. Kalau tak dah senang dah, takyah mintak rekod lesen dari jpj. 

Selesai urusan dokumen, encik suami mendaftar di pusat lesen memandu dekat hirabari. Lepas ujian lisan dan mata dan kena prektis, at least sekali. Masa ni kena bawak translator ar. Kereta yang digunakan untuk ujian ialah kereta toyota crown yang selalu jadi teksi tu. Gabak kot. Lepas tu dia kasi tarikh ujian. 20 Februari kalo tak salah. Beliau ambik test ni 2 orang. Dua2 pun fail :( . Memang dia tak kasi lulus untuk first timer kot. Bisnes ma... So, kenalah ambik test lagi sekali. 3 Mac. Lepas ujian derang akan buat ala2 post mortem ar. Dia akan bagitau apa kesalahan yang kiter buat. Macam encik suami ni, ada 3 iaitu pegang stereng tak stabil (asik goyang2 kot), time belok banyak kali toleh (kena toleh tapi tokleh terlebih) dan time nak belok tak slow dari awal (dah dekat baru slow). 

Balik petang 3 mac tu, aku macam biasa lah, malas nak tanya lulus ke tidak. Sekali tengok, dah siap dapat lesen pun. Bukan setakat lulus jer, tak perlu tampal norvice mark lagi! Norvice mark ni ala2 stiker P lah. Kena tampal selama setahun. Ada yang kena, ada yang tak. Entah, tang mana yang dia nilai tah.

Besok tu, encik suami bawak aku ke tempat ujian memandu tersebut. Derang punya ujian tak dibuat kat jalan sebenar. Dia ada track sendiri. Luas jugak la tempat tu. Yang ngelatnya, tak banyak pun kenderaan kat situ. Takat sesama yang ambik ujian jek. 

Selekoh maut. Kat sini lah selalu orang fail sebab kena lalu kat selekoh sempit tu. Syaratnya tokleh langgar tiang hijau tu, ngan tayar tokleh naik atas batu tepi jalan. Kena pandai ambik angle je sebenarnya. Masa kami dok kat sini, ada sorang pompuan langgar tiang tu hihihi. Tak pasal2 fail. Aku pulak rasa bersalah. Dia nervous ada orang tengok kot.

Lengang lapang camni, drift pun boleh. Oh, kereta putih tu lah kereta ujian dia.

Ada sorang tengah ujian lori.

Ok, itu jer ceritanya. Lesennya akan expired pada hari jadi 2 tahun kemudian. Boleh renew macam biasa. Kalau takde wat kesalahan la kan. Aku pulak, takkan ambik lesen kot. Walau pun macam gian jugak nak drive, tapi takpe lah. Karang nervous breakdown aku datang, bukan tiang hijau je aku langgar, ni, tiang pagar putih ni pun aku langgar juga kot. Hmmm nyesal pulak tak buat international licence. Agaknya 3 tahun tak memandu, boleh hilang skill tak ek?



2 komen:

nazayiena said...

Susah jgk ya nak ambik lesen memandu Jepun nie....

AyunasiA said...

org cakap kat nagoya ni je yang susah nak lulus, tempat lain ok jek. maybe sebab nagoya, bandar toyota, tagline nya. tiba2, mcm xde kaitan jek haha.