Monday 3 March 2014

Cerita Yang Luar Biasa Kalau Di M'sia Tetapi Biasa Kalau Di Jepun


Nampaknya kelembapan encik dell bukan lah punca aku tak update blog eh. Ehehe ampunkan saya. Selepas tidak lembap lagi, banyak lah pulak penemuan2 baru berlaku lantas menyebabkan daku leka mengadap penemuan baru tersebut. Aku, bila dah jumpa blog yang best, selagi tak khatam baca memang tak senang. Ni nak baca dari tahun 2008, tak ke berjaman nak abis tu? Entry kalau kontot2 takpe lah. Dah lah panjang, bahasa langit pulak tu huhuhu. 

Okeh, kali ni kena cerita jugak dengan bersungguh2 sebab memang salah satu cerita yang wajib diceritakan. Kalau pernah baca blog2 sesiapa yang pernah tinggal kan nihon, tak banyak sekali, mesti ada cerita pasal ni. Isy, tapi kalau sekali macam pelik la pulak. Biasanya berlaku banyak kali. Tapi takpe lah. Untuk aku, ini kira pertama kali, so keterujaannya lain macam sikit.

Semalam, hari Ahad bersamaan 2 Mac 2014, kawan2 ajak pergi tengok bunga. Dah masuk musim bunga eh? Sepatutnya dah lah. Ikut kalendar sejak 3 februari lagi dah musim bunga. Tapi kalau dah 8 februari baru nak turun salji, maknanya 3 februari tu belum lagi lah kan. Tapi kalau tengokkan pada cuaca, suhu sejak seminggu ni, nampak gaya dah menuju ke arah itu. Aku pun dah 2-3 hari tak bukak heater. Agak nyaman la sekarang ni. 

Okeh, jadi kami pergi tu dah petang. Derang gerak pukul 1 tengahari, tapi kami kul 1 baru nak makan. Sibbaik lauk semalam ada lagi. Semalamnya encik suami ada presentation, so aku teman lah beliau ganti tido ekekek. Lebih kurang pukul 2 petang, kami pun gerak. Derang dah sampai, so kami follow 'pinned location' derang je lah. Kompiden je ikut arahan encik gugel. Sampai je di lokasi tersebut, tak nampak bayang bunga pun? Ye lah, kata masuk dalam kalender perlancongan, takkan lah tak nampak orang ramai pun, kan. Tah berapa kali tah kami tawaf taman tersebut. Agak besar lah taman tu. Ada tasik, padang, permainan, belukar. Memang best lah kalau nak beriadah petang2. Rasanya kalau derang ada kat situ, agak mustahil lah kalau kami tak nampak kereta derang. Last2 kami berenti dan parking dekat tepi rumah orang dan pergi lah ke taman tu. Kot lah pokok bunga tu tersorok di sebalik bukit ker. Keliling taman ni ialah kawasan perumahan. Namun, bayang bunga pun takde. Dengar ayat reply dari mesej derang macam 'kami sedang melihat bunga wihuuu!' Akhirnya baru lah disedari bahawa kami dah salah tempat. Adoiyai... Boleh pulak salah pin yea.

Kemudian, kami pun pergi ke lokasi yang baru. Jauh bebeno dari taman tu tadi hahaha. Rupanya2 taman ada bunga tu terletak di Nagoya Agricultural Centre. Taman tadi tu macam taman rekreasi gitu. Tapi best jugak lah sebab dah tau taman tu. Boleh lah pergi lain kali. Dia tak macam tsurumai park tu. Tu ala2 taman bunga. Ni taman rekreasi. Boleh main layang2, main bola. Ok, takyah terangkan.

So, sampai kat taman bunga tu, kami terus masuk ke tempat parking dia. Kena bayar 500 yen satu kete. Encik suami kuarkan duit 1000 yen dari wallet, bagi duit baki 500 yen dan tiket parking tu kat aku. Suka bila dapat duit 500 yen sebab boleh masuk tabung hehe. Tabung kereta nama dia hahaha. 

Lepas park kete, encik suami ambik beg kemre kat seat belakang dan aku terus masuk ke tempat tu. Derang dah nak balik dah. Tempat tu pun dah nak tutup pukul 4.30 petang. Masa tu dah pukul 4 rasanya. Punya lah lama kami 'sesat' di taman tadi. Sebenarnya aku ada terjumpa pokok bunga yang sama kat tepi jalan. Sempat lah aku tangkap gambar bunga tu. Ye lah, kan tujuannya nak tengok bunga kan. Dah tak jumpa derang, dapat tengok bunga pun jadik lah. Janji ada. 

Oleh kerana dah nak tutup, kami pun cecepat pergi ke pokok bunga tu. Oh, gambarnya nanti aku taruk dalam entry lain ya. Ni nak citer pasal ni jer. Dah sudah tu, kami pun keluar. Aku keluar ikut pintu depan, encik suami ikut pintu yang kami masuk tadi, kat belakang sket. Pas keluar tu, kami gi cari tempat nak solat. Singgah kat 7e. Kendian beramai2 lah kami ke 2nd street. Sampai di sana, terus park kat belakang. Sebelum keluar kereta, encik suami tanya, "mana wallet abang tadi?" Seolah2 aku yang ambik wallet tu. Mana ada??? Aku, seperti biasa lah kan. Panik! Cari celah2 kusi sumer, takde. Terjatuh kat parking tadi kot. Ikut logik, lepas bayar parking tu, mesti wallet tu dilepaskan di atas riba begitu sahaja, kan. Dan masa turun kete, memang aku terus tuju ke taman tu dan membiarkan beliau mengambil tripod di seat belakang. Kiranya kejadian berlaku antara pintu depan ke pintu belakang lah kot. Dan lagi, aku tak dapat menjadi saksi sebab masa balik pun aku tak ikut serta ke kereta, sebaliknya aku tunggu di pintu lain. Tapi menurut beliau, macam tak nampak apa2 masa masuk kereta. Tak tau, kan. Kalau tau, mesti lah kiter dah siap tonggengkan kete tu nak cari punya pasal kan.

Dah macam tu, dengan kadar segera, kami terus berpatah balik ke taman itu tadi. Lagi pun taman tu memang tengah nak tutup masa kami meninggalkannya tadi. Kang dah takde orang, lagi lah susah. Sepanjang perjalanan, aku hanya membatukan diri. Kalau ikut kan rasa hati memang nak melakukan provokasi je ehehe. Dalam hati rasa macam nak terbang je. Bukan lah jauh sangat tempat tu. Dalam 15 minit perjalanan gitu. 

Sampai di situ, tengok kawasan parking dia dah lengang. Ok, ada gambar yang aku ambik sebelum balik tadi, menggambarkan kawasan parking tersebut.

Kami parking di sebalik pokok sana tu, sama dengan arah datang kereta merah tu. 

Dalam kesamaran senja itu, kami berjumpa dengan sorang pak guard yang sedang bersiap2 hendak pulang. Nampak dia dah kendong botol air, macam nak balik. Memula tu dia ingat kami nak masuk, so dia cakap lah dah tutup. Masa kami sampai tu pun ada satu couple ni datang nak masuk jugak. Tapi selepas encik suami memberitahu niat sebenar, beliau pun menelefon seseorang. Aku cuma memerhati dari dalam kereta. Tak lama kemudian, dia cakap, arimasu! Mungkin dia tanya kat orang tu, ada jumpa wallet tak tadi? Dan jawapan arimasu tu maksudnya ADA! Yeay! Terus dia suruh pergi ke office kat dalam taman tu.

Aku? Mesti lah ikut sekali. Sampai di depan office, kedatangan kami memang dinantikan. Masuk dalam tu, terus nampak seseorang memegang wallet itu. Seorang lagi suh tanya nama dulu. Berkali2 dia suruh check kecukupan benda2 dalam tu. Pung pang pung pang (10x arigatou gozaimasu), sign borang sikit, kami pun keluar. Masa keluar tu, salah seorang dari mereka turut menyusul kami. Dia boleh cakap eigo. Dia citer la pernah pergi australia, mesia belum pernah lagi. Sampai lah ke pintu pagar, dia pun salam dan pergi. Ooo dia lah bos tempat ni.

Pastu, kami pergi semula ke 2nd street. Teringat kes hilang kereta aritu. Lebih kurang sama. Lepas jumpa semula, kami sambung semula apa yang tergendala sebelum tu. Tapi dalam kes kereta tu, tempoh tergendala tu 1 hari. Ni lebih kurang sejam jer.

Sekarang aku dah percaya lah cerita2 orang tentang konsep jujur dan amanah yang berlaku dalam negara jepun ini. Salu dengar citer orang je, kan. Tapi sebagai orang mesia, kalau aku tak pernah dengar citer2 sebegini, mesti aku dah rasa putus asa semasa melihat parking lot yang lengang dan lapang tu tadi. Memang wallet tu dah takde di tempatnya, tapi kalau kat mesia, komfem dah bergumbira dah orang yang jumpa tu. Apa yang best sangat tah dapat ic orang. Ye lah, dah dapat duit tu dah la kan. IC dan benda2 lain tu campak lah kat balai polis ke haper. Malah sebenarnya duit tu takde lah orang kisahkan sangat dalam keadaan demikian. Dokumen2 tu yang lebih penting.

Dah, takde kesimpulan. Berhati2 lah selalu. Sekian.

p/s ironiknya, baru je dalam entry yang lepas aku sebut pasal 'kot ko tertinggal beg duit kat mana2 ker, dia boleh cari ko melalui alamat pada residence card itu'. 



2 komen:

Irfa said...

oh ini citer sebenarnya sambungan dr post ko kat fb tu ye?
aku dah komen situ, so xyahlah komen lagi,hihi #apapun diorang dah membuktikan citer2 org ttg brg hilang di jepun

AyunasiA said...

ok, aku balas komen kat fb tu kat sini eh? kes ko tu lagi dramatik aku rasa. sekian.