Thursday 27 February 2014

Pengalaman Pertama Kali Pergi Klinik


Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Betul tak? Betul dan tak betul. Sesetengah perkara boleh dianggap betul dan sesetengah yang lain boleh disangkal sama sekali. Tapi dalam kes entry ini, saya setuju dan kunci lirik itu!

Sama seperti negara2 maju yang lain, kami di sini wajib mengambil insurans perubatan. Ala, macam medical card lah kalau kat mesia. Cumanya medical card ni bukan lah untuk tujuan perubatan di klinik2 swasta sahaja, tetapi untuk keseluruhan khidmat kesihatan dan perubatan di negeri ini. Dan insurans ini didaftarkan sekali dengan pendaftaran tempat tinggal yang dibuat di ward office. Eh, baru aku teringat bahawa aku dah terskip bab pergi ward office ni dalam turutan proses memulakan kehidupan di jepun ini! Ingat tak, kali terakhir aku citer ialah aku pergi ambik residence card kat imigresen, kan? Sebenarnya selepas itu aku ada pergi ke ward office untuk mendaftar alamat kediaman sekaligus insurans perubatan ini.

Okeh, aku cuba imbas kembali eh. Macam dah lupa gitu.

Okeh, sebelum itu, apakah dia ward office? Masa sebelum datang sini aku ingat ini pejabat untuk wad dalam hospital hihi. Rupanya dia macam pejabat daerah gitu. Macam tempat tinggal aku sekarang ni, terletak dalam kawasan 'chikusa'. Nak kata daerah pun macam bukan sebab ruang lingkup dia kecik jer. Kecik lah kalau nak dibandingkan dengan daerah kat mesia kan. Mungkin boleh dikatakan macam mukim kot. Alah, kalau macam kat batu pahat tu, mukim seri gading, parit raja, senggarang, rengit dll. Lebih kurang gitu lah yang aku faham. Nagoya ni baru dikira macam daerah. Maka, sekarang ni aku kena mendaftar di chikusa ward office. 

So, pada hari nak pergi ward office ni, aku kena bawa sijil nikah. Kalau boleh dah siap translate ke nihongo. Tapi kalau dalam english pun boleh. Pegawai kat ward office tu siap bukak kamus lagi nak translate kan sijil nikah aku hahaha. Kan sebelum datang aritu aku dah translate sijil tu kat mahkamah tu kan. Tapi yang ni dia nak tengok yang kad hijau tu jek. Simple. Kalau pakai sijil nikah kang, berjela2, seminggu kot dia nak translate siap dengan taklik bagai hihihi. So, nak dipendekkan cerita, dia translate yang kad hijau tu jek. 

Tujuan dia nak tengok sijil nikah ni ialah untuk menjawab soalan, kenapa nak duduk satu alamat dengan encik suami. Kiranya tak boleh lah sajer2 ko belum kawen nak duduk serumah. Gitu. Tiba2 teringat citer istanbul aku datang. Ok abaikan.

Kiranya kiter kena register kat ward office setiap kali kiter pindah tempat tinggal. Ini penting kerana kata lah, kot ko tertinggal beg duit kat mana2 ker, dia boleh cari ko melalui alamat pada residence card itu. 

Selain alamat dan insurans, di sini juga tempat untuk mendaftarkan pencen. Kat sini orang yang bekerja kena bayar pencen tetiap bulan. Kami pun nyaris kena bayar jugak. Dia dah siap hantar bil lagik. Tapi sebab encik suami is student, so, boleh la abaikan.  

Okeh, oleh kerana kiter dah membayar insurans yang agak lumayan itu (tak tau kenapa aku punyer lagi mahal dari encik suami. pompuan salu sakit kot?), maka rugi lah kalau tak guna, kan? Boleh? Bukan lah nak sakit sangat, tapi biar lah dapat merasa apa yang dibayar itu hehe. Nak dijadikan cerita, dua hari selepas ditimpa salji itu hari, aku mula merasa lain macam kat tekak. Dah agak dah, mesti nak selesema lah tu. Kiranya boleh tahan kuat jugak lah antibodi yang terbina selepas kali terakhir aku demam dan batuk yang sampai kena check tibi dulu tu. Dekat 7 bulan  jugak aku tak demam sejak itu. Agak pelik lah sebab aku boleh tahan dengan perubahan cuaca dan angin. Aku ingat, mungkin sebab aku tak banyak jumpa orang kot, tu yang kurang penyebaran virus kot. 

Selepas seminggu berlalu, sakit tekak, selesema dan batuk, 3 fasa telah aku tempuhi. Sakit tekak dah baik, tinggal selesema dan batuk jer. Demam memang takde. Tah, ke ada dedor2 tapi sebab sejuk, tak rasa sangat kot. Tapi takde lah sampai seram sejuk dan sengal. Sakit tekak dan selesema tu aku boleh tahan lagi. Selalunya kalau lepas baik selesema sihat lah aku. Tapi kalau diikuti dengan batuk, maknanya lama lagi lah nak baik tu. Dan bila ubat dah habis sepapan pun masih tak baik jugak, sila lah mengadap encik doktor. Sebelum pergi dah dimomokkan, ubat jepun tak power. Tak power pun tak power lah. Yang penting ikhtiar.

Bukan aku tak cuba kekdah tradisional. Macam aritu, aku makan jugak oren ngan garam kukus. Minum jugak lemon ngan madu. Tapi, mana lah tau rupa2nya virus salji ni serasi dengan ubat jepun yang tak power tu ker, kan?

Nak dipendekkan cerita, kami pergi klinik tu pada hari rabu. Aku, encik suami dan seorang kawan baru yang boleh cakap nihongo. Sibbaik ada dia sebab budak2 kohai sumer dah balik mesia cuti semester. Memula kami pergi pukul 2.30 petang. Pusing2 sesat2 cari klinik yang bernama watanabe clinic, akhir nya kami sampai dan mendapati bahawa klinik ni tutup dari pukul 2-4 petang. Klinik pun sama macam kedai makan jugak. Ada tutup petang. Dia bukak dari pukul 9 pagi - 2 petang. Pastu pukul 4 - 6 petang. 7 jam jek? Kiranya klinik derang bukak sekejap je lah, ek? Tokleh kaya lah doktor dia eh? Oleh kerana dia tutup, kami pun balik. Datang balik pukul 4 nanti. Sibbaik tak sempat kena bayar parking.

Pukul 4 kami pergi lagi. Sampai2 terus hulur kad insurans dan dia suruh tunggu dalam bilik x-ray. Ya, dia bawak kami bertiga ke bilik x-ray dan tunggu doktor sambil isi borang soal selidik. Sebenarnya dia nak asingkan orang yang membawa virus ni dari pelanggan2 lain. Kalau aku sakit perut rasanya dia tak bawak ke bilik tu kot.

Tak lama tu, misi nya datang suh ambik suhu. Dia bagi termometer dan buat lah sendiri. Taruk bawah keti. Kena ada skin contact ya. Tengok2, 37.1 degree. Tak tinggi pun. Tak lama tu, doktor pulak datang. Dia kata suhu aku ni tinggi. Ada demam. He? Tak rasa macam demam pun? Pastu dia check dada cam biasa lah. Cumanya tak macam doktor2 kiter kat mesia yang terel itu, doktor ni check pun kena ada skin contact pada stetoskop tu ok. Betapa accurate. Last sekali dia nasihatkan aku supaya berehat. Makan ubat dan tido dalam keadaan warm. Ya, sila lah bukak heater. Aku kan suka melawan alam. Bukak heater bila dah sejuk gedi jer. Jimat ok. Aku bukak heater selepas pukul 7 malam jer. Tido selubung tak bukak heater pun. Tu pun bil letrik 5k lebih. Banyak buat kek sebenarnya haha.

Pas dia bagi preskripsi, kami pun menuju ke farmasi yang terletak bersebelahan saja dengan klinik itu. Kat klinik tadi kena caj 1010 yen sahaja. Pergi farmasi, bagi kad insurans lagi dan isi borang soal selidik lagi. Terasa macam suasana farmasi kat hospital. Tak lama tu dia bagi ubat. 2 jenis je ubat yang dia bagi. Tak memberangsangkan langsung. Satu ubat demam, satu ubat batuk+selesema. Yang ubat demam tu ok lah, pil bulat biasa. Ubat batuk+selesema tu yang tak boleh blah. Dia dalam bentuk serbuk kasar2 macam ibu roti gitu. Pahit oi! 

Dan kat farmasi ni dia bagi pocket book sekali. Kiranya buku rekod ubat la. Kena bawak setiap kali gi beli ubat supaya derang tau sejarah ubat kiter. Kat sini kena caj 480 yen sahaja. Dah. Secara keseluruhan, kos yang dibayar ialah 1690 yen. Tambahan 200 yen untuk parking hehe. Ok, itu je cerita pengalaman pertama kali pergi klinik di jepun. Tak best pun haha.

Banyak nau kertasnya. 

Yang ini memang comel. Kolum kiri sekali tu ialah gambar ubat. Yang 1 1 1 tu ialah waktu makan ubat. Dan yang last sekali tu penerangan pasal ubat dan kekdah pengambilannya sekali. Kekdah nak kuarkan pil dari papannya pun ada hihi.

Sampul ubat. Tengok nama aku tu. Sukati je aku bagi nama abah 'mado asupan' hehe


0 komen: