Wednesday 19 February 2014

Menonton AJL28 Di Perantauan


Boleh, tajuk camtu? hihi. Dah dekat sebulan berlalu baru nak citer. Sebenarnya dah lama aku mulakan entry ni, tapi siap satu persembahan, tutup seminggu. Sambung balik satu persembahan, simpan lagi seminggu. Dah kalau ada 12 persembahan, tak makan 2 bulan? Dah tulis separuh jalan, sayang pulak kalau tak teruskan. Nanti tahun depan dah takde mende nak dibaca bila tiba ajl 29.

Aku rasa separuh akhir lagi best kot. Lagi banyak lagu best2. Dia bukan tak best apa. Lagu2 yang bertanding tu yang macam tak masyuk jek. Tapi ada lah juga lagu yang aku suka. Tapi overall, ajl kali ni aku gembira dengan keputusannya. Untuk itu, aku melantik diri ini menjadi pengulas sekali lagi. Dalam pada tak best tu pun masih nak komen orang, kan. Dah nama pun blogger. Harus lah menyibuk dan kepochi.

Sebenarnya aku tak berapa puas hati dengan siaran langsung itu hari sebab audio dia macam pecah. Senang citer tak sedap lah. Tak tau lah salah siapa. Tapi hari ni aku dah tengok semula rakaman, ok lah pulak. Mungkin sebab siaran langsung kot. So, komen2 berikut telah dberi peluang kedua lah kiranya. Kalau ikutkan siaran langsung aritu, semua lagu aku dengar tak sedap huhuhu.

Untuk persembahan pembukaan, agak biasa2 bagi aku. Dia ok, tapi jadi slack bila ada sekali tu mus terlupa masuk lirik 'dapat' dan sekali terlebih masuk pulak. Teruja sangat barangkali. Biasa lah, orang tua. hukhukhuk. Part menari2 baju putih tu ok.

Aku Pelat - Salam Music


Aku ni pa'kal dah dengar radio hotfm. Kalau takat sinarfm tu, aku rasa macam ajl tahun2 yang sudah la, semua lagu pun aku tak pernah dengar huhuhu. Tapi kali ni semua lagu aku pernah dengar. Sangat. Lagu ni aku biasa dengar, tapi tak pernah tangkap lirik nya. Dengar sambil lalu je. Persembahan derang ok, biasa jer. Sebelum ajl aku dengar ramai orang jangka lagu ni boleh mendapat sebarang tempat. Ada yang kata lagu ni banyak menyindir gomen. Tang mana, aku pun tak faham sangat lirik dia. Aku rasa kalau nak kata menyindir, lagu aku kaya lagi banyak sindir kot.


Takkan Terpisah -  Black


Sejujurnya aku tak suka lagu ni sebab banyak sangat menjerit. Tambah lagi masa tengok citer jodoh itu milik kita aritu asik kuar lagu ni je kan. Bingit je aku rasa. Tapi tengok jugak hahaha. Tapi lagu ni memang sesuai lah kalau nak menaruh harapan dapat vokal terbaik. Cuma kalau dah namanya bingit, kalau pun tak menjerit, tetaplah 'tak baik' bunyi nya di telinga. Masa kat hotfm kot, dia ada cakap, lagu ni tak semestinya untuk kekasih cintan cintun, tetapi juga untuk Tuhan. Tapi, hembus nafas mu hembus nafasku tu boleh apply untuk Tuhan jugak ker? Kesimpulannya, persembahan dia ok, cuma kat telinga aku, ia bingit. Bagi korang tak lah kot.


In Love With You Aizat & Noh


Ini antara lagu yang aku tak berapa boleh terima dalam ajl kali ini. Bukan citarasa aku lah kiranya. Macam sajer2 buat lagu. Betul lah kata derang, ilham lagu ni datang masa tengah jalan2 petang2 kat taman perumahan. Tapi tak tau lah kalau dari sudut artistik lagu ni ada kekuatannya tersendiri. Bagi aku yang bukan ahlil muzik ni, takde lagu ni pun takpe huhuhu.


Hanya Aku - Hyperact


Aku sangat admire suara ronnie ni. Lunak lemak2 gitu. Set2 suara ezadexist gitu. Jenis takyah berusaha sangat pun boleh keluar suara yang sedap. Lagu ni pun ok, aku suka. Masa separuh akhir AJL tahun lepas lagi aku dah tersuka kumpulan hyperact ni. Tapi masa tu aku cakap, penyanyi ni kertu, tapi suara sedap huhuhu. Masa tu aku baru perasan yang main gitar kumpulan ni ialah toi af berapa tah. Lapan kot. Dan selepas habis ajl ni baru aku tau jugak yang drummer dia ialah orang papantimor iaitu abang kepada suami kawan aku. Errr macam jauh je kaitannya, ek? Tak jauh sangat la. Masa aku sekolah bandar mas dulu kan aku duduk papantimor dan kawan aku dan suaminya itu pun aku kenal. Tapi abang dia yang main dram tu aku tak kenal la hahaha. Pendek kata memang takde kena mengena dengan aku lah sebenarnya. Cumanya aku tak berapa setuju lagu ni jadi ost drama teduhan kasih sebab aku tak suka drama tu. Ada pulak gitu? Dan sebab kenapa aku tak suka drama tu ialah sebab pelakon dia ialah sherry apatah tu. Eh, sukati aku lah nak suka ke tak suka. Takat amari suki ja arimasen je, bukannya hetadesu terus. Eh, emo pulak. Mana tak emo, tahun lepas aku komen pasal aku tak berapa suka hazama (dalam entry ajl jugak), ada orang cakap, macam lah orang suka sangat kat aku. Pastu kutuk aku kaw2 pulak kat ruangan komen. Memang nak kena counter attack ar jawabnya. Ha kan, tak pasal2 ulasan hyperact jadi ruangan surat pembaca beritahairan pulak dah. Okeh, tapi aku suka lagu ni dapat nombor 2. Yeay!


Bosan - Stacy


Kenapa tempo lagu ni diperlahankan? Tak sukerrr. Lagu ni dah lama kot. Masa zaman jahat video klip berapi tu lagi. Kalau kira ajl, 2 tahun lepas la. Tapi baru tahun lepas dia nak masuk muzik2. Musykil i. Seperti tajuknya, performance stacy kali ni agak bosan kerana kes tempo tu tadi. Lagu rancak sepatutnya rancak la kan. Ni dah macam radio habis betri gitu. Rasanya persembahan ni jer yang bebetul ikut konsep game on. Orang lain macam peduli  tidak jer ngan konsep segala.


Bahagiamu Deritaku - Hafiz


Kalau tahun lepas aku tak berapa berharap akan kemenangan hafiz sebab lagu kuakui tu baru je aku dengar masa semi final huhuhu, tahun ini aku bagi harapan tinggi sikit kat lagu bahagiamu deritaku sebab selain lagu ni best, komposer dan penulis liriknya juga bukan calang2 orang. Kalau beli album siti nurhalija sejak jaman dia anak dara sunti dulu, mesti ada lagu2 tulisan pasangan ini. Zaman kegemilangan mereka lah kiranya. Cuma menang dalam ajl, macam jarang2 kot. Tapi kalau kat telinga aku, lagu2 dia sedap2 belaka.

Selepas persembahan pula, aku tak berapa yakin hafiz boleh menang vokal terbaik sebab dia banyak nyanyi guna hidung aka sengau. Alaaa macam amymastura la. Tapi memang style dia camtu kot. Sebelum2 ni pun dia guna hidung jugak, tapi menang jek? Cuma kali ni mungkin terlampau kerap kot penggunaan teknik itu. Kalau sekali sekala, dia jadi sedap. Tapi kalau dah sepanjang lagu dah rasa nak bersin plak aku rasa. Tiba2. Tapi, persembahan dia memang mantop! Penghayatan sangat baik dan ada rasa. Pendek kata, best lah!


Penglipur Lara - Hazama


Kang aku kata aku tak suka hazama kang, ada yang sentap pulak, kan. Tapi memang tak boleh buat pape la. Memang aku tak berapa gemor ngan mamat sorang ni. Suara dia sedap, jenis rock kapak gitu. Mungkin aku tak gemor sebab aku 'kenal' dia sejak zaman dia tak dapat masuk af dulu. Sejak af4 kot gitu lah. Walau pun dia kandas di peringkat prelude (termasuk lah masa af yang dia masuk dan menang tu), tapi dia diterima baik oleh pihak esteruk di mana dia kerap ada dalam program2 esteruk berkaitan af. Kiranya dia pandai memasarkan diri dia  lah kot. Eh, ni cerita pasal af, apa ke hey?

Lagu penglipur lara ni sedap kat radio, tapi bila dia nyanyi live, jadi tak sedap pulak di telinga aku. Sebab hingar kot. Kalau dah tak gemor tu, apa dia nyanyi pun jadi tak sedap yea? Eh, tak jugak. Aku suka sangat lagu baru dia yang slow rock tu. Apa ke tajuk nya tah. Aku suka jer. Tapi lagu yang masuk ajl ni tak pulak aku suka. Apa orang kata, kita tak boleh buat orang suka kat kita, sedangkan kita pun tak suka semua orang, kan? Eh, macam tak kena je pepatah ni?


Ikut Rentakku - Jac


Kalau compare dengan lagu jagalah dirinya, aku lagi suka lagu jagalah dirinya tu berbanding lagu ni. Tapi lagu ni lah pulak yang dapat masuk ajl. Cuma lagu jagalah dirinya tu macam tak sesuai dinyanyikan oleh jac sebab dia ada lirik 'Ya Tuhanku...'. Tah, aku rasa pelik bila jac yang menyebutnya. Kalau tak compare pun, memang aku tak berapa gemor ngan lagu ni. Haih... semua pun aku tak gemor ek? Kan aku dah cakap awal2 tadi, banyak lagu yang masuk ajl tahun ni yang aku tak boleh terima. Ni lah salah satu daripadanya. Bagi aku lagu ni macam lagu main2, saje2 buat cukup kan lagu dalam satu album, gitu. So, tak dapat lah aku memberi komen positif dan membina terhadap lagu ini.


Sahabat - Najwa, Sham Kamarul, Sleek


Aku rasa orang yang bersorak bukannya sebab najwa, tapi sebab sleek. Kan? Dan seperti tahun2 yang lepas, wawa adalah paritbilal style sangat. Cuma dah 'improve' la sikit bab baju. Dah pandai wat pesen belah2 tapi sopan gitu. Tapi persembahan dia masih lah taraf persembahan hari guru. Ada pulak masukkan elemen berlakon ala2 dalam kelas gitu. Tau lah dia student lagi kan. Tapi macam kelakar pulak. 

Lagu ni pulak sama je macam semua lagu2 dia sebelum ni. Masih di tahap retis utube lagik. Dah penulis nya pun kakak dia, kan. Takkan lah tetiba kuar style lagu2 ajai pulak, kan. Kiranya persembahan dia malam tu macam hujan lalu jer. Dah habis semua persembahan baru perasan, eh, wawa bila nak nyanyi? Boleh? Kejam betul hahaha.


Tanda Tanya - Azlan & The Typewriters


Ni satu lagu yang aku tak berapa gemor kerana penyanyinya hihihi. Azlan tu tak salah pape, cuma aku jer yang tak suka suara penyanyi sebegitu. Bingit ok. Lagu ni pulak ala2 nak memekik je macam black tu tadi. Maka, malas nak komen persembahan lagu ni. Sekian.


Kau Yang Terindah - Alyah


Aku tak layan citer ni, so tak boleh lah nak relate dengan lagu dia. Tapi lagu ni sedap jer aku rasa. Cuma masa live aritu aku terlupa nak tengok persembahan ni. Tak tau kenapa. Macam aku dengar, tapi tak tengok kot? Baju apa dia pakai pun aku tak perasan hehe. Alyah ni ada style nyanyian tersendiri. Aku suka suara dia, so semua lagu dia yang masuk ajl setakat ni kedengaran sedap jek di telinga aku. Kenapa eh lagu muara hati tak masuk muzik2 ek? Kan boleh jer ganti penyanyi, kan?


Kalau Aku Kaya - Awi Rafael & Altimet


Like! Like! Like! Aku bukannya suka sangat ngan lagu ni. Ok lagu ni sedap dan unik. Tapi aku lebih suka kat suara awi rafael. Suka sangat! Mula2 dulu aku tak tau saper penyanyi lagu ni. Tau, macam suara awi rafael, tapi macam tak percaya dia akan nyanyi lagu cenggini. Lagu ni aku rasa banyak menyindir, tapi pada siapa tu, tak tau lah kan. Dalam liriknya, dia ada gunakan 'kalau' dan 'bila' aku kaya. Bak kata nuarberahim, 'kalau' tu macam tak pasti, tapi 'bila' tu lebih pasti, cuma belum masanya. Keseluruhannya, aku suka lagu ni. 


Dan, akhirnya, berakhir lah ajl ke 28 di mana aku suka semua keputusannya.

Juara Lagu - Bahagiamu Deritaku - Hafiz (agak over sampai seolah2 lupa bahawa ini ialah Juara Lagu. aku rasa ly cover je)
Kedua - Hanya Aku - Hyperact (rileks jer menang bergaya)
Ketiga - Kalau Aku Kaya - Awi Rafael & Altimet (altimet yang terover excited kat situ)

Vokal Terbaik - Ikut Rentakku - Jac (membuktikan bahawa lagu joget2 pun boleh menang, ok)
Persembahan Terbaik - Bahagiamu Deritaku - Hafiz.

Sekian saja buat kali ini. Jumpa lagi tahun depan!


jl

0 komen: