Wednesday 5 February 2014

Beliau Mahu Kereta Pada Ulang Tahun Hari Lahirnya


Ewah... mewah nya demand. Macam lah aku jutawan emelem. Selama ini, aku tak pernah bagi hadiah  pada hari jadi encik suami. Samada tak bagi langsung atau bagi sesuatu yang luar biasa pada bukan hari jadi dan declare ia sebagai hadiah hari jadi. Tak pernah lah, pada hari jadi beliau, ada istilah ini...

SURPRISE!!!

Takde.

Paling kuat pun, kami pergi sikret resepi, beli kek sepotong dan balik makan kat rumah macam takde apa2 berlaku. Dan aku pulak, bukan nya kisah pun kalau tak dapat hadiah hari jadi jugak. Bukan nak main balas2. Cuma sampai satu tahap, aku tak tau apa yang aku nak sampai tahap benda tu mesti ada. Kebanyakannya lebih kepada kehendak yang takde pun takpe. Macam, dah ada kereta avanza, kenapa nak kereta teana? Dah ada henbeg giossardi, kenapa nak henbeg gucci? Dah ada laptop dell, kenapa nak macbook pro? Gitu.

Tapi, birthday encik suami tahun ini jatuh pada waktu dan ketika yang kami takde kereta. Jadi, macam dah jatuh keperluan lah pulak kan, untuk memiliki kuruma itu. Ke belum sampai tahap keperluan, tapi kalau ada lagi baik. Sebenarnya masih boleh naik kenderaan awam. Aku yang lemahnya bila time balik jer. Dah lah balik selalunya dah malam, sejuk, kena pulak mendaki bukit tonggek ni. Tapi, kan ke seminggu sekali dua jek? Tah, aku rasa macam kalau ada kereta nanti, aku kena terpaksa keluar selalu supaya memenuhi kegunaan kereta itu. Tah pape yang aku pikir tah. Kalau kat mesia tak heran sangat nak pikir sebab memang gi keje naik kete.

Tapi sebenarnya aku tak beli pun kereta pada hari jadi beliau hari ini. Kalau beli pun, pakai lah duit beliau sendiri, kan. Dan bukan lah jatuh sebagai hadiah hari jadi lagi dah. Tapi, nak dijadikan cerita, aku beli lah juga sesuatu sebagai simbolik hadiah hari jadi beliau. Kenapa simbolik? Sebab aku beli pakai duit aku, berikan kepada beliau, dan sebagai tanda kasih sayang, beliau bagi aku gunakan benda alah itu. Atau dengan erti kata lain, konon2 aku pinjam lah dari beliau. Tapi buat macam rete sendirik hehehe. Sebab tu aku katakan simbolik jer.


Justifikasi pembelian ini walau pun encik dell masih bernyawa:


  • Laptop dell dah tingtong. Hilang sabar dah. Pada hari pembelian ini, seharian dia sangkut2. Kesian pulak.
  • Lama lagi nak duduk sini. So, takpe kot beli yang kepala plug jepun. Lagi pun benda ni lah yang akan jadi kawan aku sepanjang masa.
  • Duit dalam bank, kalau tak diusik sampai setahun/cukup haul, kena bayar zakat. Nak cakap la duit ko banyak dalam akaun la, ek? huhuhu
  • Nak nampakkan benda. Kalau tak beli apa2, nanti duit habis gitu aje, tak nampak apa2.


Akhir kata, Selamat Hari Jadi, suami ku! Semoga dipanjangkan umur, diluaskan rezeki dan diterangkan hati, Amin...



3 komen:

Shila said...

mmg rasa mcm x perlu kereta kat jepun..setakat duduk seminggu haritu kami naik train n bas dengan anak2 pun rasa ok je nak hidup tanpa kereta kat sana..sgt efisien train dan bas nye banding kat sini..

maybe kalau nak long distance dgn brg byk maybe perlu kereta..

wah beli laptop...haritu tgk jugak brg2 elektronik kat sana kat Umeda..rambang mata dibuatnye...

sejuk lagi ke kat sane? aritu masa balik dlm 2 degree masa pagi..huhu rindu rasa sejuk..kat sini especially malaysia barat panas sgt..cecah 40 waktu tengahari...

Irfa said...

hihi
simbolik sungguh kisah hadiah besday korang ni ye

adipro said...

Wahh.. Pakai MBP nampak!
Maverick la tu.
Welkam to de kelab..