Wednesday 22 January 2014

Tahniah JDT! Masa Tu Takde Perasaan...



Iklan percuma di blog sendiri.

Liga super sudah  bermula minggu lepas. Untuk perlawanan pertama ni, jdt menentang perak. Tahun lepas, game pertama yang aku tengok kat larkin pun lawan perak jugak. Tapi masa tu bukan game pertama. Sebagai bangsa johor, perak bukan lah 'orang lain' dengan kiter. Tapi bila dah obses sangat, dengan adik beradik pun boleh gaduh. Aku agak kesal dengan insiden di luar stadium tu. Apasal la over sangat? Itu mesti perbuatan budak2 yang memang tak berdisiplin masa sekolah. Sekarang, rasa'in loh. Tak boleh masuk stadium seumur hidup. Seumur hidup, tau! Maknanya sampai tua dah jadi atuk pun tak boleh. Tak dapat aku bayangkan.

Kali ini aku cuma mampu menontonnya di depan laptop. Nasib baik lah ada siaran live dari stadium estro. Tapi pasni, kalau takde live dari arena atau pun rtm, dapat dengar berita dari kawan2 yang gi stadium je lah. Tu pun kalau lawan kat larkin. Kalau away, takde live kat tv pulak tu? Tak tau lah kalau jdtv ada live streaming pada setiap perlawanan. Tu pun kena bayar lah. Macamana sekali pun, takkan sama dengan tengok di depan mata sendiri. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuu nak nangis!!!

Hari sabtu lepas, tah tiba2, tergerak pulak hati aku nak pakai jersi. Dari siang lagi. Masa nak tengok bola tu baru perasan, e'eh, kiter pakai jersi lah! Dari pukul 8 malam, encik suami dok godeh2 tenet mencari siaran (macam tengok tv pulak nak cari2 channel). Akhir nya berjaya jumpa di ubola. Sebenarnya banyak jer website yang bagi link streaming estro arena ni, cuma nak kena install tah haper2 tah, tu yang macam tak percaya jer tu. Kalau laptop aku memang jangan harap lah nak install pape yang pelik2. Karang asik la hang. Aku beli laptop baru kang!

Memula tengok tu, eh, ni estro ke rtm? Sebab pengulas tu macam orang rtm, kan? Tahun lepas? Dia dah pindah eh? Eh, sukati dia lah kan. Masa perlawanan tu, ada lah beberapa komen dari pengulas yang aku ingat. Antaranya, dia cakap, kalau tengok kan pada barisan player jdt yang star2 tu, boleh jer kalau derang tukar sumer player first half kepada player baru masa second half. Kesemuanya. Kira dalam team jdt tu boleh buat 2 team sebenarnya haha.

Pastu, melihat pada performance jdt yang ado tu, dia cakap, kalau kekal la keputusan tu 1-0, dia harus memuji lah pasukan perak sebab berjaya menyekat jdt yang star lah sangat tu huhu. Sibbaik tak jadi nak puji.

Lagi, dia cakap, masa matyo dimasukkan, agak pelik sebenarnya bila matyo tak diturunkan dalam kesebelasan utama pada mana2 team pun. Bukan dalam jdt je, masa dia ngan kelantan ngan t-team (ke ganu eh?) pun. Aku pun baru perasan yang matyo memang sentiasa turun dari awal pada tahun lepas.

Dan, keputusan akhir ialah 2-0. Permulaan yang baik. Semoga jdt tidak lagi menjadi hero tamil dan juara seri lagi pada tahun ini.

Dulu, dalam tahun 2011 kot, aku pernah pergi kelantan semasa ada perlawanan kelantan vs johor. Tinggal pun kat hotel betul2 kat depan stadium tu. Tapi masa tu takde perasaan langsung nak tengok. Cer korang baca entry tu. Langsung takde perasaan kot. Kesian betul.

Sebenarnya nak share entry gi kelantan tu je hehe. Tetiba intro pulak yang terlebih. Ok bye.


5 komen:

shila said...

Salam..lari tajuk lagi...semlm pegi kyoto pegi fusyimi inari tu..tp tak sempat pegi tgk buluh tu..actually tempat buluh tu dkt fusyimi inari shrine tu ke?

Harini ke Kobe...pegi masjid kobe..interesting jugak..cuma lg sejuk dari kyoto...di kyoto pun pegi islamic centre....

td masa nak g kobe nampak train ke nagoya masa nak naik train hanshin line..huhu

AyunasiA said...

buluh tu kat arashiyama lah. jauh. yang dekat ngan buluh tu golden pavilion.

mesti tengok train nagoya tu teringat megi, kan?

shila said...

Ooo yeke..huhu jumaat dah nak balik..esok baru nak round Osaka..tak sempat nak ke arashiyama...aritu pegi Osaka Castle tak?

haah teringat megi tgk train nagoya hehe...

semlm terjumpa dgn sorang penulis blogger traveling...afif..dia tegur kitaorg sbb masa tu dia tersesat..dia backpacker..blog dia timetravelafif.blogspot....

kat tempat mcmana nak carik cotton jepun ek?...

AyunasiA said...

tak pergi osaka castle sebab tutup new year.

kat osaka ada 0tsukaya, tapi tak tau la cemana nak pergi. tapi kalo nak sangat, pergi je pandorahouse kat dalam mana2 aeon.

shila said...

Ok tq..dah search camne nak g otsukaya osaka..insyaAllah esok nak kesana ..naik train dari namba ke esaka naik midosuji line