Thursday 23 January 2014

PMS, AMBAT, BKATC, KCKS, ARIRO, KJiwa


Cantik tak? Cantik sangat sebenarnya tau... Bunga tu macam diikat sejambak2 gitu. Comel sesangat. Tiga2 warna cantik. Youtube pun selalu ada iklan sebelum video, kan...


Sajer aku taruk pms depan sekali supaya korang terfikirkan pms yang itu. Tapi sebenarnya takde kena mengena langsung. So, kependekan  apakah ini? Ala mesti korang tau punya lah.

PMS = Projek Memikat Suami
AMBAT = Ammara Batrisya
BKATC = Bukan Kerana Aku Tak Cinta
KCKS = Ku Cinta Kau Seorang
ARIRO = Ariana Rose
KJiwa = Kalimah Jiwa

Ini lah senarai penuh pencalonan drama yang sedang ku follow. Selepas LYMA, aku ala2 tak tau nak tengok citer apa. Sebab aku dah setkan lyma sebagai benchmark. So, mana2 citer yang sepesen dengannya kena lah lebih best atau lain ceritanya. Mula2 aku try tengok somi aku playboy tu, tapi sampai episod 3, terus aku delete balik. Buat memenuhkan hard disk aku jer. Citer budak2. Begitu jugak dengan cerita istidraj chenta. Memula macam menarik bila tengok ada ritarudaini. Tapi bila muncul johanasa'ari dengan memek muka yang agak annoying, pun drama tu menerima nasib yang sama dari ku. Aku memang sejak pelangi kasih lagi dah rasa sesuatuh jer ngan johanasa'ari tu. Bukan lah sesuatuh apa... Berlakon macam berlakon sangat.

Antara 5 drama ni, PMS, KJiwa ngan ARIRO kot yang spesis kawen terpaksa. Ada satu persamaan antara ariro dan kjiwa iaitu ada babak tengah nak nikah, datang seorang pompuan cakap, nanti! dan mengaku mengandungkan anak si pengantin lelaki. Dan kedua2nya sebenarnya berlakon jer. Boleh pulak tersama ek. Tapi lanjutan dari babak tersebut totally different la. KCKS tu pulak cerita jenis mula2 tak suka, lama2 suka, gitu. Yang BKATC pulak, cerita pompuan yang tergiler2 kan lelaki, lama2 terpaksa kawen ahha. Dan yang paling lain sekali ialah citer AMBAT. Phew! Misteri seram jek citer nih. Aku suka watak erra dan adiputra masa couple mula2 tu. Nampak macam couple yang dah stabil dan matang.

Okeh, selain drama2 di atas, kerja aku ialah menonton filem. Nak tengok wayang kat sini macam takde feel jek. Dahlah citer2 baru lambat nak sampai ke sini. Sampai sekarang citer the hobbit tu tak sampai2 lagik. Tah pape. Jadi terpaksa lah ku layan citer2 lama. Banyak sebenarnya citer yang aku belum pernah tengok. Sekali dapat tengok satu yang best, terus tetiap hari nak tengok wayang kikiki. Siap beli speaker besar lagik. So, setakat ni aku dah tengok...


  • The Count of Monte Cristo (ni yang pertama, best sangat!)
  • Fracture (kisah peguam dan kes pembunuhan. best!)
  • Man On A Ledge (citer ni agak bosan, tapi tak lah bosan sangat. malas nak citer kisah pasal apa haha)
  • Safe House (kisah penjaga safe house yang mengejar dan dikejar hehe)
  • In Time (kisah urusniaga menggunakan masa bagi menggantikan duit)
  • Oblivion (ni citer baru tomkurus. aritu nak tengok kat pawagam, tapi dah habis tayangan. tapi aku belum habis tengok citer ni. kisah bumi dah musnah, orang dah duduk kat planet apa tah)
  • Memoirs of A Geisha 
  • An Education (period movie. elok dibagi tengok kat budak2 yang malas belajo, tau nak kawen cepat jek)
  • Atonement (period movie gak. citer yang slow tapi best jek)
  • Tangled (aku tak suka citer katun, tapi citer ni best jek. tengok sebab pernah tau la sikit2 pasal rapunzel. tau rambut dia panjang jer.)


Ini rupanya aktiviti aku sepanjang hari ek? Eh, ada lagi tak citer. Pasal rosalinda. Dah habis dah pun citernya. Dan aku berjaya mendownload 80 episod cerita tersebut. Bravo! Konon nak sambung download citer cave of golden roses, sekali banyak episodnya dah kena delete. Hotfile dah ditutup rupanya. Tak jadik lah nak menatap wajah tarabas huhuhu. Maknanya banyak lah jugak link drama bk yang aku share dalam blog ni yang dah takde sebab aku upload dalam hotfile. Tengok lah, kalau rajin aku upload semula dalam zippyshare pulak ke. Kalau rajin la.

Okeh, itu jek. Nak tengok ambat yang malam tadi. Bye!


2 komen:

Unknown said...

Ade donlod muvi what maisie knew??? Klu ade nk copy 😁😁😁 aritu apis copy muvi2 dr azrai yp banyak action muvi tak minat ler huhuhu

AyunasiA said...

best ke citer tu? nanti kiter carik. citer2 ni copy dari azrai gak hihi