Tuesday 14 January 2014

Koleksi Banner


Ada orang tu komplen, kenapa banner sekarang ni gambar aku sensorang? Oh, selama ni ada ramai orang eh? hihi. Aku ingat, selama ni musti orang meluat tengok banner aku yang kengkonon gembira di hari raya tu, kot? Tapi rupanya orang tu suka je aku tayang muka beliau di kepala blog ku. Tompang glemer lah tiew!

Ekceli ada beberapa lagi banner yang aku baru design, tapi tak geti nak pilih yang mana satu. Bagi aku yang aku duduk kat rumput tu macam simple dan misteri. Eceh. Apa kata korang yang tolong pilihkan? Boleh? Ngada. 

Ok, sila vote antara 5 ni eh. 

Banner A

Banner B

Banner C

Banner D

Banner E

Macam sama je sumer ek? Maksudnya temanya sama la. Baru lah adil untuk dinilai. Yang penting, mesti meriah berwarna warni hehe. Mentara tuh, aku pun godeh2 balik banner2 lama. Pikir2, kalau disimpan jer kang, tetiba hard disk kong, langsung hilang kenangan lama blog ini, kan. So, baik aku upload kat sini. Boleh jugak buat back up. 

Ini banner sekitar 2010 - 2011. Ingat sebab gambar tu gambar kat langkawi. Aku pergi langkawi hujung tahun 2009.

Ini pulak sekitar 2011-2012 kot, sebab gambar tu gambar aku berraya haji sendiri2 di paritraja pada tahun 2010. Rasa macam lama jer aku pakai banner nih.

Ini dah komfem tahun 2012-2013 sebab tu gambar raya 2012 yang hilang kete tu hihi.

Tapi aku tak pasti yang mana satu antara dua ni. Rasa macam yang ini kot, kan?

Ini dah semestinya banner raya 2013 sehingga sebelum ke jepun.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini, aku pun tukar kepada banner ini. Sama je ngan yang sebelum, cuma tambah @Nagoya Japan. Banner ni aku buat sebelum ke sini lagi. Ingat lagi, buat kat opis.

Ok, itu jer. Tak pepasal jadi satu entry.






3 komen:

Yayu said...

Banner E

shila said...

Vote for banner A...tapi kalau gambar berdua lg cantik...pendapat je..:)

AyunasiA said...

shila: point noted.