Tuesday 14 January 2014

Cuti - Cuti Jepun (Edisi Kyoto & Osaka) : Universal Studio Japan (USJ) & Mitsui Outlet Tsurumi


Awal2 dulu aku kompius, apasal la usj ni sekejap kat osaka, sekejap kat tokyo? Lepas diperhati betul2 baru lah aku perasan, yang kat tokyo tu disneyland. Dah, lebih kurang sama jer aku tengok.

So, aku menyambut tahun baru di osaka. Takde apa2 pun kat sini. Sayang jer tak dapat tengok pertunjukan bunga api kat nagoyaport hukhukhuk. Pagi tu, kami check out kul 10 lagi dan terus ke usj. Sebenarnya usj tu seberang sungai jer dari kaiyukan malam tadi, tapi kena naik jambatan la kalau nak pergi. Kalau ikut hiway memang lah dekat, tapi jalan biasa agak jauh kena pusing. Itu pun 2-3 kali salah masuk jalan, jumpa jalan mati. Ada tu bukan jalan raya, tapi jalan keretapi hihi.


Dah boleh jadi duta toyoko inn dah ni. Nampak tak nombor 39 dalam bulatan tu? Tu ialah nombor cawangan dia. Senang lah nak tau yang mana satu kiter pergi.


Yuniba-saru Sutajio hehe

Gate dia.




Mula2 sekali kiter kena lah ambik gambo kat globe pusing2 tu kan. Tapi sama je globe tu ngan singapore punya. Takde tanda yang membezakan dengan uss. Kot pokok je lah lain kot. Dan orang yang enterframe dalam gambo kiter hehe. Muka jepon.

Patut datang petang sebab pagi kiter mengadap matahari.

Bukan senang nak tangkap gambar benda bergerak ni guna timer. Timing kena betul. Tapi bila dah dapat sekali, kacang je. Tunggu huruf U betul2 kat tengah baru tekan. Untuk timer 10 saat.



Lepas tu, kami berjalan2 lah di kedai2 dia. Takde niat pun nak masuk usj ni. Lain lah orang nak belanja hihi. Itu pun aku takkan naik sebarang rides ke haper mak nenek yang mengerikan tu.







Masuk hardrock dan terbeli lah fukubukuro dia. Fukubukuro atau lucky bag ni ia ada time new year jer. Mula dijual pada 1hb januari hingga stok masih ada. Kebanyakan kedai ada fukubukuro masing2. Biasanya dijual pada satu2 harga, contohnya 10,000 yen dan isinya mengandungi pelbagai benda yang dijual oleh kedai tersebut. Certain kedai kiter dah tau isinya. Tapi kebanyakannya kiter tak tau. Kadang2 dipanggil surprise bag. Tapi boleh pilih saiz. Yang penting, nilai dalam tu biasanya lebih tinggi daripada harga yang dia jual tu.

3 pieces for 5000 yen. Yang ni kira tak surprise la sebab dia dah tunjuk kandungan beg tu. Dia ada yang 2000, 3000, 5000 dan 10000 yen. Boleh pilih mana yang kiter nak. Kami pilih combination ni dalam saiz M. Sibbaik tak besar sangat. Boleh la share2 pakai. Kalau beli asing2, lebih kurang 11k juga regenya ni. Sweater tu jer dah 6000 yen. Kira berbaloi la. Tapi sebenarnya kami bukan lah pengumpul t-shirt hard rock ni pun. Sajer jer nak merasai pengalaman membeli fukubukuro hehe. Beijing punya tshirt pun kami beli yang tipu punya hihi.






Habis pusing2, kami pun balik la, apa lagi. Eh, belum balik rumah lagi. Kami singgah di outlet pulak.

Tempat parking kami. Free hihi. 

Pemandangan osaka city.

Outlet yang kami pergi ialah mitsui outlet tsurumi. Adik beradik ngan nagashima la ni.

Dari jauh nampak 'tua' dah outlet ni. Kami parking kat 7E depan outlet ni. Lantak la.




Beli apa ek kat sini? Oh, baju sukan encik suami. Sini lagilah meriah fukubukuro, tapi outlet ni kecik jer. Tak banyak sangat kedai dia. Banyak kedai orang lelaki jer. Handbag2 bagai takde. Kalau ada pun macam lah ko nak beli, kan hihi.

Dari sini, kami terus balik. Tak kuar hiway terus. Ikut jalan biasa sampai kyoto. Konon nak singgah outlet nagashima balik tu. Sekali dekat nak masuk hiway isewangan tu, jammed la pulak. Jammed sebab 3 lorong jadi 2 lorong. Time tu dah dekat pukul 7 malam. Outlet tutup pukul 8 malam. So, tak jadi lah nak singgah. Kang tak puas jalan pulak. Besok je lah kiter pergi.

Dan, berakhir lah percutian pertama kami di bumi sakura ni. Banyak juga yang kami belajar dari trip ini. Antaranya ialah, kalau nak ikut gps, ikut lah sepenuhnya. Kalau tak nak, baik matikan jer gps tu. Huh!

Sekian...



2 komen:

Irfa said...

dh pandai bergambar cekak pinggang
hihi

AyunasiA said...

irfa: azam tahun baru, bleh?