Monday 6 January 2014

Berparti Hujung Tahun Sebelum Cuti Musim Sejuk


Ok, ini cerita dah basi. Kejadian ini berlaku pada 12 Disember yang lalu. Parti ini menandakan kelas nihongo akan cuti selama hampir sebulan, yeay! Hahaha punya lah malas gi sekolah, gembira gila bila cuti. Ni pun aku dah lupa banyak. Belajo takde exam camni lah...

Untuk parti ni kami kena bawak makanan. Susahnya nak pikir nak bawak apa. Last2 aku bawak roti jala. Masalahnya aku takde bekas yang boleh gandingkan roti dan kuah kari. So, roti berpisah dengan kari. Dan kebanyakan derang ambik roti, tak taruk kuah. Tawar gitu je lah.

Manisan2 jepun.

Banyak giler menu berasaskan telur.

Mejlis dimulakan denga ucapan oleh wakil sakae lion club. Pompuan ni citer pasal kedai makan yang dia pergi malam tadi. 



Ada persembahan bercerita. Cerita pasal cabut pokok sengkuang kot haha.

Memula pakcik ni jumpa pokok ni. Dia cuba cabut sendiri, tapi tokleh.


Yang baju biru ni sensei aku hari selasa. Kelakar sensei ni. Suka buat gaya2.

Tak paham pun, tapi tau lah last2 tu pokok tu dicaabut beramai2.

Ontokosyo, dokosyo! Derang sebut ni time mencabut pokok tu.

Ada public speaking. Ni mamat poland, citer pasal negara dia.

Makan time! Aku makan nasi lemak jer hahaha. Baik parti sesama mesian je la oi!

Ni mamat indonesia, nyanyi lagu juwita malam. Best jugak lagu ni.


Last sekali kami diberi sekeping kad raya new year. Kalau pos kat sini, derang akan hold kat PO. Pagi 1 januari baru derang hantar kepada penerima. Kad ni ada nombor siri. 19hb nanti akan dibuat lucky draw kat tivi. Hadiah macam tv gitu lah. Tapi sensei aku cakap seumur  hidup dia tak pernah menang. Tapi ada lah saguhati macam 3 nombor terakhir sekian2, dapat setem ke haper kat PO.  Sensei cakap, last year dia dapat 200 keping kad ni! Agaknya budaya ni masih subur ke tak? Ke derang pun dah main hantar sms je macam kiter dengan kad raya?

Ni ucapan yang aku tulis hehe. Siap disediakan stiker comel2 untuk kitorang decorate kad ni. Last2 aku tak pos ke mana2 pun. Malas nak beli setem hantar ke mesia.

Dan akhir sekali, group photo! Chizu!


0 komen: