Sunday 19 January 2014

[Editted] Berita Gembira Yang Mengiringi Berita Yang Tak Berapa Nak Gembira


Siapa tah yang aku ikut, letak tajuk entry semacam ini. Tapi aku suka. Terang dan  nyata macam ikhfak hakiki kekdahnya. Jadi pembaca boleh menjangkakan entry ini akan mengandungi dua perkara seperti yang dinyatakan di atas. Kalau pun tidak, penulis lah yang bermaksud sedemikian.

Kita mulakan dengan berita yang tak berapa gembira ya. Pada bulan oktober yang lalu, aku telah mendapat berita bahawa, akhirnya, kpf telah pun 'berjaya' menjual kesemua pegangan sahamnya di dalam felda holding yang 51% itu kepada tak lain tak bukan, encik fgv! Sesiapa yang mengikuti cerita aku tentng 'krisis' kpf-fgv-felda ini sudah tentu akan faham bahawa dengan ini, bererti kpf telah melepaskan satu peluang yang selama ini telah menyumbang banyak dalam pendapatannya, sekaligus pendapatan ku huhuhu.

Apa sudah jadi dengan kpf? Entah, aku tak faham sangat bisnes koperasi ni macamana. Cuma yang aku rasa2 dan agak2, selepas penjualan saham itu, kpf tentu mendapat duhet yang banyak untuk memulakan hidup baru bersama... entah, belum tahu. Cuma aku berharap, moga2 mereka melaburkannya ke dalam industri oil and gas hahaha. Tetiba kan... janji oil. Walau bagaimana pun, kpf bukan lah buta2 melabur kat FH je, kan. Dia masih ada share di dalam syarikat2 subsidiary yang dilaburkan secara direct. Siap ada yang 100% share lagi, macam dalam feldatrading. Tapi kat FH kira paling banyak ar. Lebih 116 juta hengget. Itu pun tak sampai separuh daripada jumlah pelaburan kpf. Hampir separuh. Maknanya, ada separuh lagi sumber2 yang boleh membawa keuntungan. Nak sedapkan hati.

Akibat daripada berita itu, aku telah mula goyah. Macamana kalau tahun depan dah takde untung? Macamana kalau dah tak dapat dividen? Macamana aku nak bayar loan aku yang lagi 12 tahun baru settle tu? Macamana? Macamanaaaaaa????????? Hahaha over di situ.

Tapi sebenarnya aku dah buat back up hehe. Dividen2 yang lepas aku tak joli katak ok. Boleh je cover untuk bayar installment sampai aku balik bekerja semula.Cuma, kena tahan lah sikit, tokleh beli henbeg oh my gucci. Eh, semalam aku ternampak seorang wanita memakai henbeg gucci seperti yang aku idamkan!!! Cuma dia punya kaler coklat gelap. Yang aku suka tu kaler beige. Henbeg saripah amani dalam citer sesungguhnya. (Sajer bagitau, kot2 ada orang nak bagi hadiah ke, kan... hihi). Ok, keluar tajuk.

Susah nak imagine, kan? So aku screen capture kan henbeg itu. Sempat tu...

Santek kan? Kalau tak dapat hadiahkan, dapat bagitau biler terjumpa pun jadik lah. Biarlah iols belik sendirik jek nantik hukhukhuk.

Sebab itu aku katakan berita ni tak berapa nak gembira, bukan berita sedih terus. Kerana masih ada sinar di hujung terowong.

So, apa pula berita yang gembira? Ok, tang ni kiter tukar background music kepada lagu altimet dan awi rafael eh. Kalau aku kaya, kalau aku kaya uooo. Berita gembira tersebut ialah, setelah menjual saham juta2 lemon itu tadi, encik kpf telah memohon daripada suruhanjaya koperasi mesia untuk memberikan saguhati kepada kami, yeay! Dan permohonan itu telah diluluskan, yeay yeay! So, pada 10hb yang lalu, encik maybankku telah dimasuki wang saguhati itu, yeay yeay yeay! Tau tu pun baru malam semalam sebab FIL yang  bagitau. Siap pagi besoknya aku check balik akaun sebab takut mimpi. Sebab macam luar biasa kan. Selalunya benda2 best ni mimpi jer. Rupanya ada yang realiti hihi.

Syukur Alhamdulillah...




7 komen:

ayzaqaysukashah... said...

Okey blanje oh my gucci

AyunasiA said...

ayu: apa? nak hadiahkan gucci? terima kasih laaa. nak alamat pos tak?

shila said...

Sorry..lari tajuk nak tanya..masa kat osaka ada jumpa restoran halal or indonesian restaurant tak?

AyunasiA said...

aik? dah pergi ke belum ni? kitorang makan bekal jer aritu. tak cari pun kedai makan. tp dengar citer ada jer restoran halal turki, india...

shila said...

Di osaka skrg ni...esok nak ke osaka castle insyaAllah..td g doutonbori je..tak tahan sejuk balik hotel semula

AyunasiA said...

oic.. nah, cer cari restoran ni http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=262717&extra=&page=5

shila said...

Ok tq for the info..td jumpa kedai turki jual kebab tapi tutup la pulak..huhu takde rezeki..