Thursday 23 January 2014

Badminton Pulak



Lepas hari sabtu tu tengok bola, ahadnya pulak aku tengok badminton super series terbuka mesia. Rasanya aku tak pernah miss tengok terbuka mesia ni sejak chong wei menang kat sarawak dulu. Teringat2 kebestan game tersebut. Bayangkan je lah, masa tu kira kali kedua dia menang mesia open dan sejak itu dia asik menangggggg jek. Raja terbuka mesia katanya.

Kali ni dlcw lawan tommy sugiarto (anak icuk sugiarto, patutlah macam familiar je nama dia). Pendatang baru dalam arena badminton antarabangsa. Tengok, indonesia dah ada pengganti topik hidayat. Mesia ni bila lagi lah nak lahirkan pelapis, kan? Dah lah dlcw tu dah semakin kertu. Nak tunggu anak dia macam lama lagi lah pulak kan. Aritu macam ada dah anak misbun si misbunramadhan tu, tapi macam tak berapa nak pergi jek. Dulu dulu dulu, aku dengar noranizaidris (ke nora tah?) nak latih anak dia jadi pemain badminton. Tapi sampai sekarang macam tak jadi jugak.Sekarang ni bam macam nak mula mencungkil bakat baru di peringkat sekolah katanya. Korang suh ar anak2 korang main badminton. Kalau sumer orang nak anak jadi doktor, engineer, bisnesmen, penyanyi, pelakon, saper nak main badminton? Boleh gitu?

Personally, aku rasa menonton badminton ni macam menonton persembahan drama. Kita nak dia menang, tapi, takmo lah menang mudah sangat. Nak ada pertarungan. Takat main 21-9, 21-4, baik takyah tayang kat tv. Aku suka game yang 22-20, 20-22, 25-23. Haaa gitu baru best. Baru puas tengok. Dan kalau nak tengok game yang macam ni, dlcw lwn lindan baru dapat kot. Masa tu baru lah kita dapat tengok 2 benda. Badminton dan drama. Sebab tu aku tak suka sangat dlcw lawan pemain baru. Senang kena makan.

Satu pasal dlcw yang tak pernah berubah ialah, dia lambat panas. Tapi benda tu bagus dari sudut psikologi jugak sebenarnya. Dia akan membuat konfiden lawan dia naik tinggi... kendian dia jatuhkan konfiden orang tu di saat akhir masa pertama. Kendian bila masuk second half, orang tu terus jatuh tergolek. Errr ni applicable bila dia lawan ngan player2 yang tak terel sangat la. Dengan lindan tak dapat dek... Dia yang kena psiko, adalah.

Okeh, bercakap pasal game hari ahad tu, memula dlcw dah ketinggalan dah. Tapi berjaya dikejar pada mata ke 12 kot. Ke 15? Tapi mencuakkan lah jugak. Dan selepas tu, semua berjalan lancar. Yang tak best nya cuma bila mata akhir separuh masa pertama tu, siaran pulak buffering hahaha. Alaaa rtm kan. Mesti kecik je bandwidth dia. Ada channel oramputih yang tak buffering, tapi tak best ar pengulas cakap oramputih. Dah lah terbuka mesia, kan. Tapi sibbaik masa mata akhir sebenar dia tak buffering.

Terharu, kan, tengok reaksi dlcw masa menang tu? Kemenangan ke-10 dalam terbuka mesia. Yang pengulas pulak bagi mood sedih, kengkonon teringat dlcw menangis time lagu negara china dimainkan pada olimpik beijing. Ok lah, sedih la jugak...

Lepas ni katanya dia akan memilih game2 penting jek. Bukan lah selama ni dia tak nak buat macam lindan, main game2 besar jek. Abis, kalau dia tak main, saper nak main? Ok, next. All-England.



0 komen: