Monday 6 January 2014

25 Disember 2013


Rupa2nya derang takde cuti krismas. Tapi kami buat cuti sendiri hari tu. Pagi tu encik suami tak pergi lab dan kami keluar berjalan2. Suka suki je hihi. Memula kami ke osukannon. Tempat ni macam petaling street sket. Tapi lagi besar la. Jalan berbumbung. Macam2 jenis kedai ada. Megakebab je ada 3 hahaha. Last week kami dah pergi situ. Terjumpa kuali. Terus beli. Senang sikit nak buat nasi goreng. Kalo tak, terkepot2 nak gaul nasik dalam kuali tefal tu.

Lalu kat temple osu kannon tu, ada banyak burung merpati. Eh, tengok merpati tu tengah terbang! 

Tiba2 berminat kat burung merpati ek? Padahal kat @tec siap isytihar perang lagi kat merpati.

Derang bagi makan, tu yang ramai merpati tu.

Kalau kat @tec ni, sebelah mata pun tak pandang hahaha.


Elok je dia ngan encik suami.

Siap makan kat tangan lagi.




Makin ramai pulak.


Tiba kat aku, semua lari hahaha. Instinct sang merpati hihi.

Semua terbang. Macam lah aku raksasa.


Kalau lah boleh dimakan...

Macam menarik je konsep kedai ni? Kiut je pintu dia. Kebetulan haritu hari rabu.

Kat jepun ni takde orang mati kehausan sebab vending machine jual air ada di mana2. Kalau rokok ni sekali sekala je jumpa.

Kedai 2nd hand. Yang ni jual kemre dan alat muzik. Last week pergi yang kain baju henbeg jam cincin rantai punyer. Second2 pun mahal la jugak kalau dah branded tu kan. Cuma maybe 1/2 dari harga asal kot. Baju timbang kati pun ada. Kat area sini banyak sangat2 kedai 2nd, terutamanya pakaian.





Kain batik ada kat sini.

Ayam golek pon ada. Ayam brazil. Kedai halal pun memang jual ayam brazil pun. Aku ada beli naget ayam brazil, sedap. Naget tu akan dimakan oleh cristiano ronaldo tau hehe. Derang sponsor worldcup tahun ni.

Pasar ikan dan sayur pun ada.




Kedai baju comel2.

Jumpa kedai elektrik dan elektronik! Teruja! Dari luar macam kedai komputer.

Ni tak tau apa benda. Ada kat tepi kedai. Replika bandar nagoya kot.


Kendian kami pergi cari makan. Gugel2, terjumpa kedai indonesia kat sakae. Dekat sangat dengan stesen sakae.

Samasama nama kedainya. Berharap dapat makan ayam penyet huhu.

Amek ko. Makan duduk bawah ok...

Takde ayam penyet, tapi ada pecel lele. Bakso, soto sumer ada la. Cuba sikit2 dulu. 




Kami order lodeh, lele dan ayam panggang. Tapi sambal dia dah ala2 penyet juga lah. Pedas berapi! Sedap! Cuma mahal sket ar. Tokleh lah nak ulang selalu macam ariana huhu.

Kami order lodeh tu sebab ingat takde sayur. Rupanya ada je timun ngan kobis. Cuma takde tahu ngan tempe goreng je la. Tempe ada dalam lodeh.

Teringat kat nasi ambeng akak smiling face. Kebetulan hari rabu lak tu.


Kat sini memang kami makan sampai licin. Betul2 appreciate sebab mahal huhu. Kat rumah pun tak pernah buang nasi basi.

Pas makan kami pun balik ikut sakae. Bila aku beli barang kat farmasi, dapat kupon. Tah kupon apa tah. Yang aku tau dia tunjuk satu tempat ni. Aku pun pergi lah situ.

Dapat kupon.

Kena beratur dulu.

Dia suh pusing benda alah tu 2 kali. Keluar 2 biji bola warna putih dan merah. Untuk yang putih dapat ceklat seketul. Yang merah dapat benda macam candy. Ingat amender la. Last2 aku buang je hahaha. 

Coklat dan candy.

Okeh, gitu lah kekdahnya kami meraikan anniversary ke 9 kami hehe. Itu je nak bagitau.


4 komen:

Shila said...

Wah dah mula sejuk ek

AyunasiA said...

dah lama bawah 10 deg. skrg dalam 5-7 deg. belum pernah bawah 0 lagi.

Unknown said...

Restoran tu best ke???? Awat tapenah dibgtau sedap tuuu pecal lele... Sakae belah mana???

AyunasiA said...

boleh la takat lepas gian makanan melayu. dia kat belah bookoff, tp belakang sikit. dekat sony centre. ada kat googlemap.