Thursday 31 October 2013

Certificate of Eligibility Application


Tidak seperti encik suami yang senang jer dapat coe ni dengan status studentnya, aku pulak kena apply sebagai dependant kepada student itu untuk dapatkan coe tersebut. Dalam kebanyakan kes, student tu pergi dulu, apply kan coe ni untuk isteri dan anak2 kat tempat dia pergi tu dan bila dah dapat barulah bawak derang masuk jepun. Tapi dalam kebanyakan kes jugak, seperti aku, student pergi sekali bawak femli, di mana femli tu datang sebagai tourist, apply coe dan terus buat residence card bila dah dapat coe tu kelak. Lebih kurang sama je prosesnya cuma kalau dapat coe time kat mesia, boleh apply visa terus kat mesia dan bila masuk ke jepun terus dapat residence card macam encik suami aritu. Cuma masa tu kiter sensorang la kena pegi konsulat tu, melainkan suami kiter nak datang balik jemput kita. So, pada hari khamis minggu pertama tu, kami pergi ke imigresen untuk apply coe aku. Kebetulan sorang kawan tu pun nak kena renew dia punya, tu yang dia ajak pergi sekali. Kalau tidak, kenalah kami pergi sendiri dengan tutor yang blur tu huhuhu. Oh, lupa nak citer. Kat school, encik suami dibekalkan dengan seorang tutor untuk membantu dalam segala urusan di sini. Tapi? Tapi yang encik suami dapat tu agak blur orang nya huhuhu. Sabar je lah. Bukan apa, sepatutnya tutor tu boleh lah berbahasa inggeris dan jepun supaya boleh jadi translator ke haper kan. Ini... Sibbaik lah wujudnya satu bahasa universal yang difahami oleh semua manusia di dunia. Bahasa isyarat hihihi. 

Pagi sebelum kami pergi tu, datang 2 orang plumber ni nak servis plumbing kat bilik. Dia bersihkan saluran sinki, dan bilik air. Bagusnya! Aku memang lemah bab membersihkan benda2 kotor ni. Mengada! Pui!

Dua orang yang datang. Sorang ni bersihkan kat tepi mesin basuh, sorang lagi kat bilik air. Hud pun dia cuci sekali.

Lebih kurang pukul 11 pagi, encik suami roger aku suh turun sekarang sebab member tu dah tunggu. Encik suami tunggu kat uni. Ada sorang budak undergrad ikut sekali sebab budak undergrad kan pandai nihongo kan. 2 tahun preparation kat mesia kan, mesti lah terel nihongo. Imigresen derang ni agak jauh la jugak. Aku ingat dekat, tu yang aku tak bawak isi kandungan beg yang sepatutnya tu. Dia dekat dengan port. Kalau tengok dalam peta, kedudukan nagoya ni macam dekat teluk. Aku rasa kat situ lah kot port nya.

Sampai kat situ, pergi dulu kat kaunter maklumat dia. Isi borang siap2, baru lah naik ke kaunter urusan. Memula ambik nombor dulu.

Tak ramai pun orang.


Yang baju putih la budak undergrad tu. Aku faham hait hait jer. (sebenarnya 'hai' jer. tapi sebutannya macam hait! sebab huruf i tu tak mati, kena sebut asing ha+i tu yang bunyi jadi hait tu kot)

Tiba giliran aku, memula dia check dokumen semua. Pastu ada salah sikit kat borang tu. Sebab dia tanya tarikh aku dijangka masuk ke jepun. Yang kami ingat tarikh kami masuk ke jepun ari jemahat lepas tu. Sebab macam kes pertama tadi la, kiter tak datang jepun lagi, tapi suami kite yang applykan untuk kiter. Sebenarnya kalau aku tak ikut pun tak per kot. Pastu dia cakap aku kena balik mesia dan datang balik. So, dia nak aku tulis tarikh aku akan datang balik tu. Aiyok! Cuak jugak aku. Tapi selepas dijelaskan lebih lanjut, baru lah faham. Tak semestinya aku kena balik. Tapi lambat jugak lah proses nak dapat kan coe ni. Makan 2 bulan kot. So sekarang ni aku berdebar lah jugak kot2 coe tu dapat selepas 3 bulan ke kan. Sebab kalau 3 bulan tak dapat, memang komfem aku kena balik la... huaaaaaaa!!!

Settle kat sana, kami pergi pulak ke kedai bookoff iaitu kedai 2nd hand. Lama jugak lah kat situ, padahal tak beli apa pun. Takat beli cadar jer. Time dah nak balik tu aku baru perasan ada sebuah pasaraya kat bawah kedai tu. Sempat lah aku membeli tapewer kat situ. Memula aku macam tak percaya pada tanda harga dia sebab dia tampal kat situ 10yen. Takkan lah kan? Sekali bayar, memang betul 10yen untuk 3 biji tapewer! Ruginya tak beli 10. eceh!

Ada ferris wheel dekat2 situ. 

Lepas tu kami dibawa pulak makan sushi. Aiyok! bersediakah anda? Aku pernah la sekali makan sushi kat k4 tu. Boleh terima, tapi selepas makan tu aku pening. Tak tau lah kat sini macamana pulak.

Belut! Sedap je, rasa ikan keli. Lagi pun tak nampak rupa belut tu dah.

Yang ni sedap.

Lepas makan, kami singgah di supermarket, beli ikan. Kendian terus balik.

Cadar yang aku beli. Tapi kecik la pulak. Rap2 je tilam tu, tokleh selit.

Beli benda ni sebab cantik sangat!

Suka! Suka!
Okeh, dah takde idea. Tak boleh jadi ni. Aku kena update blog ni dalam kadar segera sebab kalau dah lama kejadian, banyak yang aku dah lupa dan feel nyer pun dah ilek.

Tata!

Wednesday 30 October 2013

Kisah Pertama Kali : Berjalan2 (read:shopping) di Nagoya & Kisah Doraemon Si Penyelamat


So, selepas seharian mendengar presentation report labmates beliau pada hari sabtu, maka hari ahad tu kami decided to berjalan2. Derang ada bagi map sekitar kawasan uni beserta tempat2 penting, so boleh la explore. Antara yang menarik perhatian aku ialah jusco! Ya, kat sini derang dah tukar nama aeon jugak, tapi aritu sensei tu sebut jusco. Maknanya, derang sama la macam kiter, still nak panggil jusco, walau pun dah tukar nama aeon.

Kami keluar lepas lunch. Kat sini kalau nak ke mana2 memang kena makan dulu. Melainkan nak bawak bento. Huh! Tak bawak pun beg aku dah macam pendaki gunung fuji dah. Semua benda nak kena bawak. Pastu sekarang ni aku kena bawak glove sebab nak jaga wuduk. Kalau tak pakai, alamat nya belum sampai stesen subway dan batal dah hikhikhik.

Sebelum tu kami berjalan2 sekitar uni dulu. Encik suami nak tunjukkan lokasi lab beliau. Senang nanti nak hantar bento katanya hihihi. Tapi setakat hari ni tak pernah la lagi aku hantar bento. Samada beliau balik atau bawak bekal sarapan membawa ke lunch siap2. Uni ni macam takde main entrance. Tiba2 je tepi jalan tu dah masuk kawasan uni. Hostel aku kat belakang bangunan berjam tu. Tapi jauh lagi la.


IntegratedBuilding (IB) tempat encik suami register aritu.

Belakang tu ialah coop. Aku memegang peta kawasan uni.

Kat sini lah lab encik suami. Derang ada satu fakulti engineering jer. Semua engineering duk dalam tu. Lab beliau masuk yang bawah sekali tu,


Tompang sekaki.


Seterusnya mari kiter ke stesen subway. Ni pertama kali nak naik subway ni tau. Tak tau pun camne kekdahnya. Masuk je dalam stesen, ooo ok, ada tulisan rumi. Dah hafal siap2 ni, nak pegi stesen nagoya-dome-mae-yada. Pastu kira, stesen ke-5 baru turun. Mula2 je. Sekarang dah boleh menonong jer naik takyah kira stesen bagai. Dia ada cakap english.

Ok, ada bahasa inggeris. Tak sesat punya.

Dah selamat sampai di stesen nagoya-dome-mae-yada. First time pergi ni aku tak faham kenapa ada banyak gambo pemain baseball pasukan dragon sepanjang koridor ni. Kali kedua pergi barulah faham... rupanya nagoya-dome tu rupanya stadium baseball derang yang berbentuk dome. Ada kat depan jusco tu je stadium nya. Kira kalau kat johor ni pasukan harimau selatan lah... eceh.

Jarak dari stesen tu lebih kurang 4-5 ratus meter kot. 

Tak tau tempat apa ni.

Masa ni ada pertandingan assemble tamiya car kot. Anak dan ibu/bapa.


Tengah jalan2 dalam jusco tu, aku ternampak lah sesuatu yang membuat jantung ku berdegup kencang, rasa nak melompat. Tada...

Jumpa kedai kain dan alat jahitan. Pandorahouse nama dia. Terus aku beli kain semeter nak buat sarung bantal. Tiba2.

Aku tak tau, rupanya ada satu kedai kain yang agak besar dan femes kat sini. Kat jusco ni pun aku dah teruja, kalau pegi kedai tu, tak tau lah macamana kan. (nota: tapi aku dah pergi dah kelmarin. lenkali citer. sekian) Kat sini banyak kain untuk kraf, corak2 kartun terutamanya.

Ada juga mesin jahit. Harga lebih kurang harga mesia jek, tapi aku ingat nak beli yang 2nd jek sebab bukan boleh guna pun kat mesia. Melainkan aku nak 'buat' transformer sendiri nanti.

Semua brand2 baik punya. Oh, tergugat.

Nak dipendekkan cerita, masa tu kami nak beli lah barang2 dapo sikit lagi. Dah ambik semua tu, aku pergi lah kat tempat blender. Tengah aku memilih2 blender, datang lah sorang hakak jepun ni, menawarkan pertolongan. Ala2 promoter gitu kot. Memula aku malas nak layan (ke sepatutnya dia yang malas nak layan aku ek?), tapi pastu dia tanya aku datang dari mana. Aku cakap la dari malaysia. Terus dia cakap, dia pandai cakap indonesia sikit2. Kira itik bercakap dengan angsa lah ni. Dia bawak aku ke tempat lesung, tapi aku tengok lesung tu macam sesuai untuk menggenyeh, bukan menumbuk. Porselin dengan alu nya kayu. Pastu tengok blender yang aku nak tu takde stok, so tak jadi lah nak beli blender.

Aku ingat dah habis kat situ lah kan. Tetiba time kami beratur nak membayar, dia datang lagi, dia tanya, samada bagi kami, the cheaper the better ker? Dah semestinya lah kan. Pastu dia belek satu persatu benda yang kami nak bayar, pastu dia tarik troli kitorang, bawak ke tepi. Aku dah kompius di situ. Encik suami macam faham. Pastu dia tinggalkan troli kami kat satu tempat dan bawak kami keluar. Rupa2nya dia nak tunjukkan kedai 100 yen kat luar jusco tu. Laaa awat tak habaq awai2 na... Kiranya masa dia punggah2 barang tadi tu dia nak pastikan benda yang kami nak beli tu boleh didapati di kedai 100yen tu. Haih... tak tau nak cakap betapa bersyukurnya kami kerana didatangkan tah dari mana satu makhluk yang telah membantu kami. Kalau aku beli kat jusco tadi, mau dekat 6-7 ribu, tapi kat kedai 100yen tu (seria namanya) baru 3k. Lebih kurang rm100 la.

Pas hantar kami ker kedai seria tersebut, dia terus kembali ke jusco. Lepas bayar, baru teringat, kami ada tertinggal kain yang aku beli kat pandorahouse tadi. Baru kami nak pergi cari troli tu balik, sekali lagi hakak tu datang kepada kami membawa kain tersebut.

Selepas itu, kami pergi membeli kasut sekolah encik suami. Ada sale kat kedai kasut tu. Kasut adidas ni cuma 2500yen (+-rm80) sahaja.


Sebelum pulang, encik suami mengajak aku pergi berjumpa hakak tu tadi untuk mengucapkan terima kasih. Dia kata dia sebenarnya kerja kat kedai GAP (jusco punya jugak kot), tapi hari ni ditugaskan di dalam jusco. Dah jodoh kan. Dan aku sempat bergambar dengan dia hihihi.

Lupa nak tanya nama. Boleh? Dia belajar bahasa indonesia 20 tahun lepas, tu yang dah lupa dah.

Hasil tangkapan hari itu. Memang berguna beg2 itu.

Sama ker? Lain... yang atas tu bokeh belakang, yang ni bokeh depan hehehe.

Dah, jom balik. Ni nak turun ke stesen.


Sempat lagi tu.


Tapi ni yang paling tak boleh blah hahaha.

Ok, tadi pergi malu nak ambik gambo. Kekdah beli tiket dia, memula tengok gambarajah laluan train2. Kat setiap stesen dia ada tulis nombor 200, 230, 260,290 atau 300. Itu ialah harga tiket. Contoh dari nagoya-dome ni nak ke uni, dia tulis 260 kat stesen uni. Maknanya rege tiket nya ialah 260 seorang. Simple jek. Tapi dengan tiket 260 tu tak semestinya kita kena turun kat stesen uni. Boleh je turun kat mana2 stesen yang bertanda 260 kat gambarajah tu tadi. Kiranya minimum 200 tu untuk jarak lebih kurang 1-3 stesen la. Jauh sikit, 230, jauh lagi, 260 dll.

Lantak lah nampak macam orang jakun kan. Kata pelancong. Aku kan pelancong.


Ok, mari tunggu train.

Oleh kerana line yang aku naik ni berbentuk bulatan, dia ada train ikut arah jam atau lawan arah jam. Masa pergi tadi aku naik yang lawan arah jam. Ni balik ikut arah jam la. Boleh je naik lawan jam, tapi jauh la kan. Macam jam.

Dah sampai di uni, kami tak terus balik. Nak singgah kedai halal dulu. Tak sudah2.

Akhirnya sampai juga di hostel. Tah berapa kilometer aku berjalan hari ni.


Berbangga sebab memilih untuk membuat dua tali pada beg ni. Satu leh sangkut kat bahu, satu leh jinjing. 

Hasil tangkapan yang menjimatkan. Thank you hakak jepon yang pandai berbahasa indonesia sikit2!



Stok Kedai Blok

Luaskan kuasa mu oh johorku... eceh. Tetiba patriotik! (eh, patriotik boleh dipakai untuk negeri ke?) Hari terakhir tengok bola aritu, aku beli bendera harimau selatan tu. Oleh kerana bilik aku ni kecik jer, pusing2 nampak ini jek, maka takde lah terasa sangat seperti berada di jepun. Rasa macam masih ada kat mesia.

Sudut kedai runcit saya (belah kanan)

Hari ni nak stori mori the morning glory pasal stok bahan makanan yang telah aku bawa ari tu. Pening juga memikirkan benda apa yang perlu dibawa dan apa yang tak perlu serta apa yang boleh dipos kemudian. Susah beno nak jumpa blog yang cerita secara detail. Ke benda ni common sense? Tah, bagi aku, kritikal juga bab ni sebab kita ada limitation kan. Bajet terutamanya. Kalau pun boleh diabaikan limitation itu, macam over sangat la pulak kalau bawa terlampau banyak beg. Mementang ada orang nak jemput ko kat epot, kan. Apa ko ingat dia bawak lori 3 tan ke haper? Gitu lah lebih kurang. Tapi, walau pun nampak macam banyak je benda yang aku bawak, tapi bila dah susun dalam gobok, hek eleh, tak penuh pun? Ada la certain benda yang kerap aku gunakan sampai dah nak habis dah pun. Tapi boleh je dapat kat sini benda yang sama, sebijik sebijon lagi. Kat kedai halal tu pun ada produk dari mesia. Sebab tu sampai sekarang aku masih belum bagi lampu hijau untuk mengepos kotak yang tersedia tu. Orang kalau pandai masak, tak perlu bahan pelik2 pun, akan jadi sedap jugak. Pui!


Ini beg yang pertama. Aku tak spesific kan satu beg tu untuk satu kategori barang, sebaliknya aku bagi2kan ikut berat. Prinsip yang aku pakai ialah, bayangkan kalau kiter tak jumpa kedai selama sebulan. Benda apa yang kiter perlu ada? Ha gitu. (sebelum korang tanya, baik aku bagi justifikasi kenapa aku bawak kotex tu). 

Hihihi acuan karipap ngan roti jala pun aku bawak. Beg ni yang paling tak bernasib baik sebab bila aku bukak jer, terus aku terpegang sesuatu yang melekit2. Selepas di siasat, rupa2nya sabun shokubutsu aku pecah. Sibbaik wangi.

Ini lah dia. Dah kempis dah. Tapi bila aku tonggeng2kan, tekan2 sumer, takde pulak dia terkeluar ke haper. Tang mana tah yang bocor. Kompius.

Kesemua beg2 ni tak kembung pun. Berat je lebih.

Mangsa2 sabun shokubutsu. Belacan pun kena jugak. Tapi kat luar je lah.

Dan selepas dikeluarkan, ini lah hasilnya. Jangan tertipu. Sebenarnya yang kat atas tu aku susun ke depan. Belakang2 tu kosong jer.

Paling penting ialah lada kering sebab kat sini lada kering dia jenis cili padi. Pedas kot. Nak ambik hati fil punya pasal, aku bawak lah jugak sardin botan tu setin. Megi pulak cuma megi kari, kari letup dan mi goreng. Teh songket tu aku ada jumpa kat jusco kelmarin. Paket 15 uncang, lebih kurang rm15. Boleh lah beli kalau terdesak. Sebelah koko tu ialah agar2. Rugi pulak tak bawak banyak. Ringan je kot. 

Kat belakang tu keropok ikan tamban 1/2kg, parang 1/2kg dan kerisi 1kg. Lelain tengok lah sendiri. Stok yang paling laju jalan ialah santan. Tinggal 2 paket je. Tapi ada je jual kat sini. Kalau perasan, aku beli rempah2 semua paket kecik. Sebab aku pikir, kalau kecik, sekali atau 2 kali pakai dan habis. Paket2 lain tak terdedah lagi. Kalau beli paket besar, dah terdedah, nak kena simpan dalam peti pulak. Cuma yang tak bestnya, aku suka rempah kari daging baba's, tapi dia cepat expired. Tahan 2-3 bulan jek. Kalau adabi bleh tahan 2 tahun. Baba's tak pakai pengawet kot ek? Sibbaik rempah adabi yang lain sedap la jugak.

Mujur lah bukan mayonis yang pecah huhuhu. Ngeri bila dibayangkan. Tak terpikir lak aku nak wrap benda2 liquid yang dalam paket camtu. Santan pun sokong produk batupahat lagi tau.

Bersama hasil belian pada malam pertama.

Besok tu aku susun elok2 dalam gobok pakwang. Baru lah nampak, sikit jer rupanya. Memula aku asingkan yang belah kiri tu yang expired tahun 2014, yang belah kanan 2015. Pastu macam susah lah pulak nak ambik huhuhu. Susun ikut jenis lagi senang.

Stok makanan segera dan sos. Eh, sos thai mae phranom tu ada jual kat kedai halal! Kicap abc tu pun ada jual. Pencicah ummi jek takdak hehe.







Ajinomoto stok 3 tahun tu tau hahaha.



Ni macam tak perlu bawak pun takper kan. Dah tentu2 shokubutsu tu produk kompeni jepun. Tapi aku lum jumpa lagi kat sini. Lagi pun kalau produk dia, dia akan tulis dalam tulisan jepun. Kalau produk luar macam dove, pantene, baru dia tulis rumi. Cuma shampoo rejoice je takde kot. Sibbaik aku bawak yang botol besar. Pas abis nanti terpaksa lah bertukar kot.

Gula dia jenis gula halus. Kalau nak compare, memang lah lagi mahal berbanding gula mesia yang dah tak bersubsidi tu. Tapi aku tetap kesian kat orang2 yang kurang berkemampuan di sana. Memang lah kiter mampu beli gula walau rm5 sekilo pun dan dalam masa yang sama boleh enjoy life. Apa kata orang, kalau mampu beli, kalau tak mampu cari alternatif? Orang selfish je cakap macam tu. (tak dapat komen kat fb, komen kat sini je lah ek. nak jaga hati hahaha)

Sekarang aku terpaksa belajar menerima hakikat bahawa bawang india tak wujud kat sini. Yang ada cuma bawang thailand yang setiap sebiji tu, dia wajib berkembar. Stress acik.

Okeh, itu jer cerita kedai runcit ku. Semoga bermanfaat!