Friday 24 May 2013

R u ok?


Malam semalam, aku sms encik suami. Tiada balasan sampai tengah malam. Hati dah mula risau dan berdebar2. Jantung dah berdegup laju. Kali terakhir beliau telefon ialah pada malam semalam, ketika keluar dari stadium. Macam2 dalam fikiran aku. Sejak kes kereta di hari raya aritu, aku cepat berburuk sangka. Tak jumpa kereta lagi ker? Kereta terbabas masuk gaung takde orang tau ker? Henpon kena curik ker? Pengsan sensorang ker? Macam2 lah lagi.

Dari pukul 11.30 malam sampai ke pukul 12.15 pagi, aku tak berenti mendail. Semuanya tak berjawab. Sampailah kedengaran suara perempuan. Jeng jeng jeng. Sebenarnya aku dail tapi tak dengar direct. Kira sayup2 je lah bunyi deringan tu. Dan bila sayup2 dengar suara perempuan, lagi lah laju degupan jantung ku huhuhu. Bila aku dail semula, perempuan tu cakap, the number you have dialled is not reachable, please try again later. Fuh! Lega dari satu sudut. Bukan perempuan 'lain'. Tapi hati tetap risau sebab kemungkinan telefon dah habis bateri pulak. Dah siap terfikir, nak call saper ek? Jiran sebelah? Mak mertua? Adik ipar? Hah! Telefon  sapit lah, suruh dia tengok kat rumah. Tapi dah tengah malam, macam tak patut pulak nak call.

Banyak kali jugak perempuan tu menjawab. Air mata dah bergenangan. Ya Allah, selamat kan lah suamiku. (huhuhu poyo je macam drama). Tapi serius, masa tu rasa macam hopeless. Hanya padaNya tempat bergantung. Sampai terpikir jugak nak drive balik malam ni jugak.

Tiba2 telefon kembali berdering. Tapi masih tiada jawapan. Ku cuba berkali2 dan akhirnya panggilan itu berjawab.

Abang pegi mana? Kenapa dengan telefon abang?

Oooooo abang tertinggal telefon. Abang pegi sekolah ayang la, sekolah sains, dengar forum perdana ehwal islam.

Huuuuuuuuuuu...

Terharu, sebak, lega hahaha.

Ekceli last week aku yang bagitau pasal siaran langsung ehwal islam kat sekolah aku tu, tapi tak sangka lah pulak beliau ingat dan betul2 pegi hihihi. Aduhai...



6 Tahun


Diam tak diam, hari ini genap 6 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan MALAYSIA. Pada hari ini, dalam tahun 2007, (baca di sini, takkan nak ulang kot). Kalau masa tu, aku memandang orang yang senior 3 tahun je pun, aku dah fikir, uiii terel dah derang ni... Tapi bila aku sendiri dah melaluinya, malah lebih 3 tahun pun, aku masih rasa banyak kekurangan pada diri aku. Tak tau lah orang lain pandang macamana. Mungkin sebab kebanyakan derang yang aku temui dulu, kalau kat tempat kerja, jadi ketuabahagian. Sedangkan aku, tak pernah pun memegang apa2 jawatan 'ketua'. Pendek kata, tak pernah ada anak buah lah. Atau tak pernah jadi PegawaiPenilaiPertama lah. Sebab tu kot aku rasa kurang.

Tapi kalau nak dikira dari sudut pengalaman mengajar, mungkin aku boleh jadi juara kot (di kalangan kawan2 sebatch je lah) huhuhu. Memang dari mula menjejakkan kaki ke institut lagi, aku dah memang mengajar. Even masa kat mersing dulu pun, kawan2 lain kat institut lain semua rilek tak mengajar dan tumpukan pada mendapatkan sijil skm. Tapi aku, jadi student, dalam masa yang sama jadi pengajar jugak. Errr apa yang aku nak sampai kan sebenarnya eh? Sebenarnya just nak ucapkan selamat ulang tahun perkhidmatan yang ke-6 kepada diri sendiri dan rakan2 sebatch yang berada di jpk&jtm dan di mana jua berada dengan ucapan, macam biasa lah, hari ulang tahun kiter mesti merangkap hari gaji. So, selamat semua lah!

Tuesday 21 May 2013

Jangan Rindu


Blog ini berhibernasi untuk 2 minggu lagi.

Saturday 11 May 2013

Yang Tidak Disiar Dalam FB


Satu yang aku suka tentang blog, berbanding laman sosial lain ialah, aku 'bebas' menulis apa sahaja (kecuali soal dasar, betul, tuan director?) tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Sebab orang baca blog sebab dia 'nak' baca. Tidak seperti di laman sosial yang selalunya kiter 'ter'baca. Sifat streaming laman sosial itu kadang kala menjerat kita, kan? Walau pun kadang kala kiter bukan lah nak sangat baca entry orang tu. Tapi dah sifat semulajadi, bila nampak orang tu baru update, kita terus klik link dia dan errr 'ter'baca jugak. Tapi kalau tak suka dengan entry tu, dah, jangan masuk blog dia lagi dah. Buang link dia dari bloglist kita (aku tak buang sebab masih menjaga hati hahaha) dan lupakan. Bukan kiter kenal dia secara personal pun. Kecuali lah kalau pembaca blog kiter tu ialah kawan2 kiter.

Terlintas di fikiran aku akan jenis2 kawan pada hari ini. Kawan di alam maya ini. Satu, kawan lama di alam realiti yang kiter temui balik di laman sosial. Sebahagiannya menjadi kawan di blog juga. Tapi aku tak ramai kawan jenis ini yang baca blog ni sebab tak mahu kebebasan bersuara ini tersekat. Kalau pun terlepas jugak sorang dua, korang terpaksa lah pasrah kalau entry2 aku tak kena dengan selera politik korang. Atau paling mudah, buang link aku dari bloglist korang, berhenti 'melanggan' blog ini dan lupakan saja. Kita tetap kawan walau tidak berkomunikasi.

Kedua, kawan yang originally dari alam maya dan terbawa2 ke alam realiti. Atau yang memang tak membawa ke alam realiti langsung pun. Tak pernah blind date. Walau pun sikap menjaga hati itu masih perlu, ia tidak lah sampai tahap jingga sangat. Jadi, secara pukul rata, aku anggap pembaca blog ni ialah dari kategori kawan kedua ini. Boleh jugak aku tambah kategori ketiga tapi ni tak masuk kategori kawan, tetapi orang yang baca blog ini kerana ter'paut' dari keputusan enjin carian. Ni yang lagi ramai sebenarnya (untuk blog ni lah. blog korang mestilah lagi ramai regular reader, kan). Kesimpulannya (kesimpulan bagi intro ni, bukan entry ni. belum lagi) apa yang akan aku tulis di bawah ini ialah segala yang tercetus ketika menghadap fb, sudah tertaip di ruangan 'what's on your mind?', juga sudah customized untuk dikongsi, kepada siapa dan tidak dikongsi kepada siapa (eh, tak, aku guna english kat fb aku) tetapi tak tertekan butang 'post'. Banyak sangat yang difikirkan.

Pertamanya yang ingin aku dibangkitkan ialah tentang pengalaman sehari semalam berada di kampung halaman sebelum pru. Benda pertama yang aku temui di atas meja tempat abah selalu membaca sotkabo ialah sebuah buku tanpa nama penulis dan penerbit bertajuk (lupa tajuk sebenar tapi lebih kurang cenggini la) 'kenapa mereka tinggalkan anwar'. Aku percaya buku ini diedarkan kepada seluruh warga kampung ini. Di dalamnya diceritakan kisah2 oleh para bekas kawan dan penyokong dsai tentang sebab2 kenapa mereka meninggalkan dsai. Antaranya ialah zulkiflinordin. Tapi secara rawak (aku baca skip2), dua sebab utama mereka meninggalkan dsai ialah kerana soal moral dan kerana sikap gila kuasa. Ada satu kisah tu, mamat ni kata dsai pernah bukak pintu hotel dengan memakai long john. Maksud dia, kalau orang tu 'bermoral', mestilah dia suruh tunggu jap, pakai baju, sebelum buka pintu tu. Apakah? Tu baru satu kisah. Ada banyak lagi, termasuk yang terlibat dengan kes 1998 dan 2008. Ada la dalam 20 orang kot.

Aku juga percaya, sesiapa yang membaca buku yang muka suratnya tunggang terbalik itu, jika tidak mendapat maklumat lain yang membela, akan percaya sepenuhnya cerita2 itu. Tapi aku rasa abah tak baca habis buku tu sebab ada mukasurat yang melekat dan tak diceraikan lagi. Aku pulak yang berusaha menceraikannya hahaha. Tapi nak sampaikan di sini bahawa masyarakat kampung tidak mendapat maklumat yang seimbang. Walau pun ada anak2 muda yang terdedah dengan maklumat2 ini, maklumat2 ini tidak cukup kuat mesejnya untuk mereka terima, apatah lagi nak disampaikan kepada ibu bapa mereka. Ye lah, mereka tinggal dalam persekitaran itu kan.

Kedua. Selepas menarik nafas yang agak dalam, mengira tolak tambah kali bahagi aku dah boleh menerima keputusan pru13. Aku percaya kepada qada' dan qadar. Memang itu yang sudah tertulis. Kita tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi. Tapi kita masih boleh memperbaikinya pada masa akan datang. Akan datang tu bukan lah 5 tahun lagi. Lama sangat tu. Derang ada masa 21 hari untuk menghantar petisyen. Aku memang tak mampu berbuat apa2 lah. Biarlah mereka yang sepatutnya yang melakukannya. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan mereka. Doakan yang baik2 saja.

Ketiga. Tentang isu yang berbangkit sebaik sahaja pru13 melabuhkan tirainya. Isu racist. Sebenarnya sebelum pru lagi orang dah cakap, tapi ia meledak selepas itu. Tsunami ciner kataya. Memang, kebanyakan ibu negeri telah ditawan pr, kecuali jb dan melaka kot (malas nak carik, tapi rasa 2-3 buah jer). Semorang tau ciner ramai kat bandar2, apatah lagi ibu negeri. Tak termasuk terengganu dan kelantan la tapi. Tapi sebenarnya orang ciner pangkah sesiapa sahaja selain bn. Aku pun terkejut bila batu pahat boleh jatuh ke tangan pkr. Bukan apa. Kalau nak diikutkan kawasan bp ni dari bandar bp tu sampai ke rengit. Sepanjang tu banyak kampung2, parit2 yang ramai melayu. Kalau ikut tempat2 lain di negeri johor ni, kalau kata kampung, mesti be end pegang punyer lah. Apatah  lagi calonnya ialah bekas timbalan menteri pelajaran. Tapi, bak kata (opismate) aku, 'dah, aku mintak tukar laki aku dia tak nak tolong, padan lah muka aku tak pangkah' hahaha. Husband dia asal cikgu, naik pangkat pindah ke iab gentinghighland. Tapi bila dun penggaram (area bandar) pun pr (dap) menang, aku yakin udi ciner turut membantu. Hakikatnya, parlimen tu malay lawan malay, manakala dun tu ciner lawan ciner. Takde pilihan.

Eh, pasal analisis pru, biarlah selepas aku selesai mengkaji ek. Ni nak citer pasal isu tadi. Bila orang ungkit pasal 13mei, aku selalu terkaitkan dengan kisah jepun. Bila jepun menyerang mesia? 1941? Ke 1945? Boleh tak dah lupa? Tengok! Bukan aku je yang lupa. Ramai lagi yang dah lupa. Bukan setakat lupa tahun, kekejaman yang dilakukan oleh jepun ketika itu pun orang dah lupa. Errr tu bukan lupa sebenarnya, tapi orang yang melalui zaman tu yang dah takde lagi dah. Kalau kita tengok, masa tu adalah zaman datuk nenek dan moyang kita. Tetapi pada zaman 80-an, ketika dasar pandnag ke timur diperkenalkan, masa tu ialah zaman mak abah kiter. Masa tu datuk nenek kita mungkin masih ada lagi. Kita pun ramai yang dah ada. Tapi masa zaman jepun tu mak abah kiter masih kecik atau belum ada lagi. Sama lah juga, masa tahunn 80-an, kiter masih kecik atau belum ada lagi.

Nak sampaikan kat sini ialah, macamana kiter dan mak ayah kiter boleh 'memaafkan' akan kekejaman jepun, sebaliknya boleh pergi kerja di kilang jepun, hantar korang belajar ke jepun, kawin dengan orang jepun, tengok rin hani koma dan oshin, maero attack dan chiaki (eh betul ke tajuk ni?), seolah2 jepun tidak pernah menjajah negara kita. Ada lah marah sikit2 bila tengok citer sarjanhasan dan embun kot. Adakah kerana kita tidak berada pada zaman itu dan hanya membacanya dari buku sejarah?

Tengok pulak pada kejadian 13mei. Masa tu kiter belum ada lagi. Sebahagiannya dah ada, tapi masih kecik, tak tau pape. Kiter tau pun dari buku sejarah dan cerita mulut ke mulut. Tu pun mungkin orang kl je tau cerita sebenar. Sotkabo pun tak banyak masa tu. Kalau ada pun, entah2 (spekulasi) 'sama macam sekarang'. Tapi kenapa sampai sekarang kiter masih tak mahu memaafkan kaum itu? Padahal derang sama jugak macam kiter, pegang ic biru? Aku bukan nak memperjuangkan kaum derang, atau mengenepikan hak bangsa kita. Walau pun aku tak berapa nak suka dengan bangsa yang lagi satu tu, tapi tu 'tak berapa nak suka terpilih'. Sikap sesetengah mereka yang aku tak suka. Namun, terimalah hakikat bahawa keberadaan mereka di tanah air kita ini banyak manfaatnya kepada kita. Betol tak? Banyak sangat sebenarnya. Errr jangan suruh aku pindah ke singapore pulak ek?

Akhir kata,

Kepada pr, dalam kesedihan akibat kegagalan yang kecil dan tipis, kenangkan lah juga kemenangan yang besar. Mungkin itu boleh merawat hati.

Kepada be end, dalam kegembiraan atas kemenangan yang kecil dan tipis, kenangkan lah juga kekalahan yang besar. Tapi kenapa aku lihat derang tak berapa nak happy eh? Lagi mau tanya ker?






Thursday 2 May 2013

Oh, Tribal!


Pada suatu hari, sorang student pempuan ni beritau, "puan, sekarang dah ada tudung bawal tribal..."

Apa benda tu?

Alaaa tribal. Puan tak tau?

Entah? First time dengar.

Tribal tu macam kasut puan la...

Haaa??? (sambil tengok kasut)

Ooo ini ker tribal? 

Kiranya corak zig zag ala pua kumbu ni la tribal kot ek?

Aku pun tak tau yang kasut tu bercorak trend masa kini hihihi. Aku beli sebab nampak cantik jek. Tak sangka pulak. Dah lama gak aku beli kasut tu. Agaknya selama ni student tu dah lama perati kasut aku kot.

Pastu aku cakap, ooo patut lah aritu saya ada nampak sorang pompuan ni pakai skirt corak cenggini, dengan tudung pun corak cenggini. Cantik jugak.

Haaa ye lah tu. Sekarang ni baru keluar tudung bawal corak tribal ni. Sebelum ni skaf/shawl jek.

Ok, maknanya sekarang ni tengah musim tribal la kan? Maka aku pun tidak mahu ketinggalan mengikut trend ini hehe. Mula2 sekali nak cari skirt dulu.


Memula berkenan yang ini. Banyak warna, sesuai untuk kebanyakan baju yang aku ada.

Pastu tengok yang ni pun nampak cantik jugak. Ok, beli 2-2. Tapi sebenarnya ada berkenan lagi satu. Tapi lain kali lah. Ini kali lah beli yang ni dulu.

Pastu, jumpa tudung pulak. 

Kesimpulannya, aku sudah ter'tribal'. Anda bila lagi?

Wednesday 1 May 2013

Retak Seribu

Pada suatu hari rabu, aku bawak kereta kancil ke tempat kerja. Sebelum bergerak tu, baru aku perasan yang side mirror belah driver tu dah pecah. Selisih dengan kereta orang, kata encik suami. Aku pun terus pergi. 

Sedang aku dok layan radio, tiba2...

POM!

Mak! 

Terkejut aku. Rupa2nya cermin windscreen keretaku retak. Ooo dia meletup ek. Tak pernah. Aku ingat dia akan retak tiba2 jek. Dan aku ingat dia pecah bila terlampau panas waktu tengahari jek. Ni pagi, sejuk, ada ekon lagik.  

Nak buat apa ni? Boleh je teruskan perjalanan sebab boleh nampak jalan dari celah2 retakan. Tapi aku decided to berenti kat tepi jalan. Terus call ayu. Kot2 dia belum sampai situ, boleh tumpang. Tapi dia dah sampai la pulak. Telefon encik suami, dia suruh terus jek. Tapi aku pikir, kalau terus, aku kena pandu slow. Sekarang ni waktu puncak, orang berkejaran nak pergi kerja. Tak pepasal kena sumpah kalau bawak macam siput. 

Last2 aku teruskan perjalanan dengan di escort oleh ayu dari belakang hehe. Kebetulan pulak, depan kete aku ialah sebuah bajak. Ok lah, bukan aku yang punca slow tu. Sampai opis, terus park kat depan. Punch card merah. Tulis kat kenyataan, 'cermin kereta pecah'. Macam takde kaitan jek hihi.

Gini lah keadaannya semasa aku berenti di tepi jalan. Masa ni masih berbunyik krik krik krik.

Petangnya, pukul 5, encik suami datang nak bawak kete berjumpa doktor cermin. Entah kenapa line celcom pulak tokleh buat call. Memula aku ingat nak terus balik jek. Sekali pikir balik, apa2 hal jadi tengah jalan, macamana dia nak telefon aku? So, aku follow jugak ke kedai doktor cermin.

Belah bawah retak seribu, belah atas retak seratus jek, Ok lah. Kiranya tahan 13 tahun la jugak cermin ni sebelum pecah.


Nak dijadikan cerita, pagi tu aku dapat sms dari AG, bagitau claim aku pergi melaka tu ari dah di bank in kan. Dan rege cermin yang aku ganti ni lebih RM7 jek dari claim aku tu tadik. Alahai. Kalau dah bukan rezeki, dah masuk dalam perut pun boleh termuntah balik.

Sembang2 Bersama ABU (anak belum-cukup umur, bukan asal-bukan-umno)

Situasi 1

Student: Puan, kenapa orang keje kerajaan tak nak undi kerajaan?

Puan: Eh, mana ada kerajaan bertanding dalam pilihanraya. Yang bertanding tu be end ngan pr.

*dah macam jawapan UAI lak jawapan puan ek ekekek.

Student: be end tu apa?
Puan: be end tu parti. Dalam be end ada amno,m1c,mc@,parti sabah sarawak sumer bla bla bla. Ada 14 parti dalam tu. be end la kerajaan dari dulu sampai sekarang. Sebab tu orang (termasuk awak) ingat be end tu ialah kerajaan.
Student: pr tu apa pulak?
Puan: pr tu pakatanrakat. Dalam pr ada pkr,pas,dap. Derang pembangkang sekarang.
Student: Abis tu, kalau be end kalah, pembangkang jadi kerajaan lah?
Puan: Sekarang ni kiter belum ada kerajaan. Yang ada kerajaan sementara. Lepas pilihanraya nanti, kalau be end kalah, pr la jadi kerajaan. be end jadi pembangkang la pulak.
Student: Ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Naif nyer.

Situasi 2

Puan: Awak ni macam be end tau!
Student: Puan! Politik!
Puan: Tak lah. Awak tu, kalau buat assignment, semua jawapan sama. Macam be end. Potostet! Saya tanya ciri2 bahan magnet, sorang tulis ciri2 beban magnet, semua tulis ciri2 beban magnet. Sorang salah, semua salah.

Situasi 3 : Sedang membuat Ujian pukul 2 petang.

Puan: Ujian kali ni awak tak boleh pergi toilet. Nak buang air, pergi sekarang. Lepas tu, letak semua henfon kat depan.

30 minit kemudian, salah satu henfon berdering. Puan pun melihat skrin henfon itu.

Puan: Alamak, 'Emak memanggil'! Sorry mak! Anak mak tengah test (puan tekan butang cancel).

Owner henfon tersipu2.

So sweet kan? Emak telefon petang2 macam ni. Beberapa minit kemudian, sms pulak masuk.