Monday 9 December 2013

What's Up?


Dah genap 2 bulan aku berada di nihon. Masa belum pergi aritu aku ada cakap ngan encik suami, nanti mula2 mesti kiter blur je ek? Aku expect benda tu akan berlaku selama sebulan kot. Tapi tak sampai sebulan pun, aku dah rasa agak selesa. Takde lah blur lagi. So, apa agaknya perkembangan aku setakat 2 bulan ni eh? Konon nak tulis ala2 milestone la kalo baby kan. Pui!

  • Dah boleh baca hiragana! Tapi takde lah lancar lagi. Kira kalau nak bandingkan, macam budak2 darjah satu la. Pantang nampak tulisan, mesti nak cuba baca kan? Sama lah ngan kami kat sini. Pantang nampak tulisan hiragana kat mana2, mesti nak cuba baca hikhikhik. Tapi encik suami advance sket lah sebab beliau dah boleh baca katakana sekali. Aku belum hafal katakana lagi. Hiragana tu pun kalo aku tak wat 'drill' ke atas diri sendiri aritu, takdenya aku dapat hafal. Pasni kena wat drill katakana pulak, tapi tak tau lah lagi bila. Kena ambik mood dulu. Aritu aku wat drill seharian menulis hiragana, terus boleh hafal. Katakana ni masalahnya antara satu suku kata tu bentuknya lebih kurang sama jek. Kompius makcik. Kalo hiragana ni dia lain2, tak sama langsung pulak. Kata sensei aku, hiragana ni bentuk dia lebih beralun2, banyak curve, lemah gemalai gitu. Katakana pulak bersegi2, sharp macam robot. Macam yang aku kata aritu, kalau pun boleh baca hiragana, tak tau makna, tak guna jugak. Tapi kalau katakana, dengar bunyi perkataan tu ala2 english, so boleh agak2 la apa maksud dia. Kanji pulak memang tak masuk dalam silibus aku. Encik suami ada la. Takat basic tu aku tau lah jugak sebab dia sama ngan tulisan cina. Ingat lah sikit2, kanji pompuan macam pompuan duduk bersila. Kanji lelaki macam sawah padi, ada sabit sebab orang lelaki dulu2 bekerja kat sawah, kata laoshi mandarin aku dulu hihi. Lelain memang sepatah haram tak faham.
Sebelum start kelas sensei akan suruh tulis something. Ni aku tulis nama No-ra-shi-a dan Ma-re-shi-a. Yang dibulatkan tu maknanya betul. Subarashi!

Yang ni minggu lepas. Nombor 1 tu chikatetsu (subway), 2 eki (stesen) dan 3 daigaku (uniersiti). Dapat 600 markah! Banyak nyer!

Hiragana drill!!

  • Dah naik 2kg! Ini memang tak memberangsangkan. Tapi macam pelik pulak sebab seluar jeans aku boleh londeh la pulak? Mungkin sebab timbang yang aku guna tu tak sama ngan yang sebelum. Nak compare kena lah guna timbang yang sama, kan? Tapi kalau ikut logik, memang patut pun. Duduk kat bilik ni, aku asik maaakan jek. Eksesais nya seminggu sekali je lah, time kuar soping moping. Namun nak bersenam, non ado! Sesekali ada lah jugak pergi ke supa yang jauhnya dekat 2km juga tu. Tapi setakat ni baru 2 kali je aku gi situ. Salu suh encik suami je pergi sebab dia leh naik basikal (jitensha). Tapi tu lah, kalau beliau yang pergi, tah apa2 je yang dibelinya. Nak beli stok bebanyak pun tak boleh juga sebab freezer aku tu punya lah 'besar'. 
  • Dah pegi 5 buah aeon sekitar nagoya hehehe. Memula sekali nagoya dome, kendian yagoto, kendian atsuta, kendian chikusa; tapi ni ada supa (supermarket) je, takde depato (departmental store) dan yang terkini aeon aratama bashi. Ada beberapa lagi yang belum aku terjah. Tapi kebanyakannya sama je lah.
  • Dah ada oven dan mixer. Gandingan selamanya. Ni pun menjadi punca kepada point kedua dia atas. Asik nak buat kek, roti jek, naik ar lemak. 


Ni lah rupa oven aku tu. Pada suatu hari jumaat, lepas jumaat, encik suami gi kuar ngan rakan2. Balik2 tu, terus dibawaknya oven ni. Tak terfikir lak aku dia nak membelinya. Aku pulak tak perasan message beliau kat fbchat. Tapi, walau pun dah ada oven, makan seminggu jugak lah sebelum boleh guna sebab tak paham bahasa. Ada lah jugak aku translate sikit2 function dia mana yang aku tau. Tapi, tetap lah tak tau macamana nak operate. Oven ni ada 4 function. Microwave, grill, oven dan steam. Pada suatu malam, encik suami ajak sorang kohai (junior) datang untuk ajar aku cara nak guna ni. Tengkiu GG! Belum sempat masakkan apa2 untuk beliau. Besok tu jugak aku buat roti!



Belasah jer lah, takde bentuk. Ni abstrak namanya. Telur pun bersepah je aku sapu sebab takde berus. Main tepek2 jek. Tapi rasa lembut je doh tu time aku tepek2 telur tu. hiks!
 
Boleh tahan lah untuk cubaan pertama selepas kali terakhir errr 2 ke 3 tahun lepas kot huhu.

Yang ni cubaan kedua. Dari pemerhatian aku, oven aku ni macam terlebih panas sebelah kanan.

Eceh! Macam lah cantik sangat nak ambik gambo pelbagai angle. Takde lah... nak prektis photography senonya.


Wah! Teknik bokeh di situ. Tiba2 blur belah depan dan belakang, terang tengah2.



  • Masih guna henfon dan nombor celcom. Belum ada nombor telefon nihon. Dah beberapa kali aku nyaris terpengaruh dengan cucukan encik suami suh beli henfon, tapi akal rasional ku cepat membatalkannya. Aku nak telefon siapa je pun? Erkkk... takde kot. Dah lah mahal line tefon kat sini. Memang tak la. Derang mana ada prepaid2 ni. Sumer postpaid yang sekali pakej ngan tepon. Kena pulak kontrak 2 tahun. Kalau boleh beli simkad pasang kat tepon sendiri, best lah jugak. Kalau setakat nak update facebook, instagram, aku masih boleh bersabar lagi. Balik rumah baru update pun bukan orang terasa pun perbezaannya, kan? Mungkin aku bukan jenis macam tu kot. Dah lama praktis sebagai blogger hehe. Janji update jer. Tak up-to-date pun takpe. Lagipun bukan selalu pun aku keluar. Most of the time aku duduk kat rumah jer. Pakai je lah LAN free kat rumah ni. Boleh jer berkomunikasi ngan adik beradik through fb. Besok2 dah pindah rumah sewa baru lah aku fikirkan. Itu pun tengah fikir, nak pakai henfon ker, pakai mobile wifi ke, atau pakai fixed wifi macam strimiks kat rumah jer. Boleh teka kot aku akan guna yang mana nanti hihi. Eh, tapi nombor celcom aku masih aktif, masih topup rm30 setiap bulan sebab senang aku nak berTAC dengan m2u. Nak call mesia guna tepon encik suami je lah. 
  • Belum ada kereta. Basikal ada la hehehe. Konon aritu nak pecah rekod, datang seminggu je terus beli kereta hikhikhik. Tapi setelah di'takut2'kan dengan sewa parking dan minyak yang mahal, terus aku tutup website goo-net itu huhuhu. Bukan aku nak ke mana2 pun setakat ni. Memang lah tak best asik tumpang orang je, kan. Tapi elok juga. Boleh simpan duit wat jalan2 pada masa hadapan. Kang ada kete kang, pantang cuti jer, hilang jer kami berdua dari daerah nagoya ni kang. Bukan aku tak kenal si ayun ngan asia tu hehe. Silap haribulan, tau2 dah sampai ke sapporo nun huhuhu. Bukan tak pernah ber'caravan' kat mesia dulu pun. Kat genting pernah, kat PD pun pernah tau. Tak pernah citer je hehe.
  • Belum pergi ke pusat tarikan pelancong di Nagoya lagi. Kalau baca kat tenet, orang pergi sini mesti pergi Nagoya Castle, Noritake Garden, Aquarium, Muzium Toyota dan segala mak nenek muzium la kat sini. Biasa lah, banyak masa lagi kan. Lagipun, aku rasa, selagi aku bersubway dan bertrain, selagi itu lah aku takkan faham peta daerah Nagoya ni. Eloknya kena naik kete, baru tau selok belok jalan.
  • Masih menjawab 'yes' and 'no' pada setiap soalan. Belum biasa lagi ber hait hait. Tengok orang lain senang jer hait hait walau pun tak faham apa yang orang tu cakap hihi. Aku nak cakap timer kasih pun sempat berfikir dulu. Fikir apa perkataannya hahaha. Lambat pulak processor aku ni.
  • Dah agak mahir dengan jaringan chikatetsu (subway). Tapi belum lah hafal. Setakat nak tukar train kat mana tu, boleh lah. Kalau mula2 dulu aku kena kira bilangan stesen sebab tak dapat tangkap announcement dia, sekarang ni dah boleh terjah jer dan boleh faham sikit apa yang dia cakap. Hopefully, cukup 6 bulan nanti aku dah hafal semua nama stesen dengan nama line masing2 sekali. Penting ker? Agak la... Takkan selamanya aku nak berlagak macam tourist kan... 
  • Belum kenal duit sangat. Kalau beli apa2, aku masih lagi bagi duit besar dan tunggu jer dia pulangkan balance. Kalau encik suami dia siap korek2 duit syiling nak bagi cukup2. Sampaikan aku pun wow! abang kenal duit tu? Aku jarang bayar barang, tu yang tak hafal lagi bentuk dan warna duit syiling tu. Ada yang sama nilai, tapi satu berlubang, satu tak berlubang. Confuse i. Eh, tapi aku kenal duit 100 yen sebab salu guna untuk bayar tiket subway hehe. Oh, aku baru perasan. Kan aritu aku cakap kedai 100 yen tu sebenarnya 105 yen kan? Rupanya 5 yen tu ialah tax. Aku terperasan sebab ada satu kedai tu 300 yen, rege barang dia sumer 315 yen. Besok2 kedai 2 hengget korang tu pun akan jadi cenggini kot, ek? hihi.
  • Makanan jepun yang aku dah makan setakat ini ialah sushi, udon dan maguro. Eh, itu jer? Oh, dan takoyaki. Semuaya serba sekali. Kan aku dah cakap, aku belum ada rasa teringin nak mengulang makan kesemuanya. Tako tu aku suka, tapi belum yakin nak beli sendiri. Nak cakap takmo sos tu pun tersekat air liur kat tekak nak diluahkan. Baik takyah la... Selain makanan jepun, makanan luar yang pernah aku makan ialah makanan thai, paki, india dan istanbul aku datang! 
  • Ini restoran thai kat toyota.

    Makan tomyam udang. Tak pedas punnn???

    Kailan ikan masin kot huhu

    Oh, aku belum pernah beli beras jepun. Nak makan nasi jepun, makan kat luar jel ah. Setakat ni aku masak beras siam jer. 5kg sebulan. Kalo kat mesia, 5kg tu sampai berbubuk tak abis2 huhu.

    Somtam sedap!


    Namanya paprik, tapi rasa sos tomato jek.

    Kami di depan kedai thai. 

Aritu kami revisit kedai makan yang aku dibawa pada hari pertama dulu. Dah lupa rasa nasi beriani dia. 

Ni kari gandhara.

Yang ni kari ariana.

Cheese nan ariana.

Nasi beriani ariana. Aku prefer nasi beriani ariana tapi cheese nan aku suka yang gandhara punya sebab lagi manis. 

Tiba2 jadi entry makanan pulak hihi. Ok, itu jer perkembangan aku setakat ini untuk tatapan kawan2 di @tec. Boleh report kat bos korang. Boleh? Tata!


1 komen:

Unknown said...

Kalau nk cari reference tmpt2 mnarik kat nagoya ni leh tgk web kikuko-nagoya.com.. Monthly info pun ado hehe