Tuesday 10 December 2013

Susuri Tsuruma Park Untuk Ke Aeon-Chikusa-Town




Perkara ni berlaku dah agak lama. Sebelum aku pergi korankei lagi. Excited sangat nak update pasal petik epal ngan korankei, langsung draft entry ni turun ke bawah. Sibbaik tak terdelete, kan. Masa ni kira pokok2 baru bertukar kaler la.

Ini kat sebelah stesen subway uni. 





Tujuan sebenarnya nak pergi ke aeon yang dekat dengan NIT (nagoya-institute-of-techology). Aritu masa gathering raya ada nampak kat tepi hiway. Encik suami dah pernah pergi masa kawan2 datang ke nit itu hari. Nak pergi ke aeon tu kena melalui Tsuruma Park ni. Bukan lah kena lalu, tapi boleh la cross ikut park ni.

Keluar dari stesen subway, terus jumpa bunga ni. Montel bunga kuning tu.


Taman ni sama la macam taman lain. Ada tasik, pancuran air, gazebo, pokok, bunga dll.

Ramai orang sedang 'outing' (outdoor photography), tapi bukan pengantin la. Derang sengaja pakai baju comel2 (macam yang biasa kita tau orang jepun pakai), pakai wig, mekap2, pastu ambik gambo. Macam2 pesen!



Ada taman bunga ros sikit kat sini. Takde lah bunganya banyak sangat. Tapi ada la.








Phew! Ada effect air tu yang mahal tu.


Suker! Aku suka sangat ambik gambar mirror image camni. Suker sangat! Kalau dapat air tenang macam ni, lagi lah suker!





First time jumpa momiji daun besar2. Jakun sekejap. Tapi ada sepokok ni je. Tu pun dah gugur daunnya.



Fefeeling mohabbatein di situ. Hamko hamise churalooo...



Hmmm...

Santek!


Keluar je dari taman ni, terus jumpa NIT.







Aeon nyer nunnn di hujung jalan ni.





Kemudian, baru lah kami ke aeon. Ooo aeon ni takde departmental store. Dia cuma ada supermarket jer, MaxValu. Setakat 2 bulan kat sini, kalau nak solat, kami lebih suka solat kat fitting room uniQlo sebab luas dan kekadang tu ada yang berpintu. Tapi kalau tutup ngan curtain je pun takde masalah sebab curtain dia labuh hehehe. Yang bagusnya, ke mana2 kami pergi, uniQlo ni boleh dikatakan bersepah2 la. Kalau uniQlo kat mesia, pikir 8 kali la kalau nak beli jaket dia. Kat sini, jaket yang nipis dan ringan yang rege kat mesia rm499 tu, kat sini 499 jugak, tapi 4990 yen. Macam rm50 jer ar (kalo tak convert ar hehehe). Mafla yang aku beli rm50 kat mesia, kat sini 500 yen jek (anggap rm5 jer huhuhu). Ok, takyah compare lagi dah. Eh, tadi tengah citer pasal apa eh?

Cakap pasal convert2 ni, lupa nak masukkan dalam entry yang lepas. Sampai sekarang aku masih lagi mengconvert setiap kali membeli. Kecuali beli barang2 dapur kot. Mahal2 pun memang kena beli pun. Entah bila tah penyakit mengconvert ni nak kebah. Kadang2 tu sebelum beli tu tak convert, tapi time nak bayar tu, tiba teringat pulak. Terutamanya kalau nak beli pakaian. Macam jaket uniQlo tu pun dah berapa kali aku rasa nak beli, tapi bila sampai kedainya, terus tak jadik sebab nampak tanda harga 4990 yen tu, teringat tanda harga rm499 kat mesia. Macam sama. Vongok betul.

Salu tunggu kat luar fitting room uniQlo, tengok orang potong kaki seluar. 

Senang nak tau encik suami kiter solat kat mana hehe.

Siapa kata takde sampah kat jepun? Ni kes terpencil kot. Derang tertinggal kot...

Kat aeon tu ada satu kedai kopi yang menjual barang2 makanan worldwide. Kaldi nama kedainya. Tetiba terjumpa misterpotato ni. Sker sker sker!

Dan... last week kami ke aeon tu lagi. Kononnya nak beli misterpotato sepuloh tabung. Cari kat cawangan lain kaldi tu, takde la pulak. Tapi , kechiwa... Dah takde dah misterpotato. Mintak2 lai kali ada balik la. So, nak ke situ, kena lah lalu tsuruma park tu lagi. Mesti dah lain sebab aritu daun masih hijau. Gambar ni terbalik susunannya. So, bayangkan ini gambar last dan yang last tu gambar pertama ek...

Pokok yang sama. Aritu hijau, sekarang dah merah dan kecut. Sebenarnya momiji yang belah kiri tu warna oren, yang kanan merah. Konon pertembungan dua warna la ni...




Perasan ayu di situ.




Nyaman jer rasa tengok gambar ni.


Kalau bosan takyah lah paksa diri abiskan baca entry ni sebab aku taruk gambo je ni. Tak tau  nak citer apa.







Hari ni pun ramai orang outing lagi. Memang tetiap weekend kot derang outing.






Kali ni angin kuat, tak dapat capture air yang tenang.

























Sorry la uolsss sebab aku tepek gambo je dalam blog ni. Ini je tempat yang aku rasa sesuai untuk aku tepek gambo dan mudah di access. Tak sama ngan fb mahu pun insta. Eh, peduli aper, kan? Blog aku...?


6 komen:

KUREKURE COMEL said...

seronoknya tgk kat nagoya ni...sy mahu ke sana bln 3 thn depan...

blh suggest tak penginapan yg ok..mcm guesthouse tradisinal ke..

atau tmpt2 yg best kat sana...
dari nagoya ke ryuto jauh sgt ek...
sorry tanya byk...smile :)

Shila said...

matching je warna baju dengan warna daun...tapi mmg la cantik pemandangannya...especially gambar pokok kat tepi tasik yg ada bayang tu dlm tasik..SubhanAllah..

spyz said...

cosplay - pakai baju comel2

AyunasiA said...

kurekurecomel: email please... ayunasia@yahoo.com

AyunasiA said...

shila: laaa kwn kat fb pun cakap cenggitu. tak perasan pulak pakai baju mesra alam...

AyunasiA said...

spyz: ooo cos tu costume kot ek?