Tuesday 17 December 2013

Posto! Posto!


Sesungguhnya entry ini bukan lah entry yang perlu. Tapi demi membanyakkan entry aku pada tahun ini, maka aku post lah juga ia. Lagi pun benda ni boleh jadi rujukan juga kepada aku pada masa hadapan. Dah la ko tu cepat lupa, kan.

Opsss sorry la kalau lagu yang dimainkan sebagai background blog ini mengganggu windows player atau radio streaming korang. Sekejap jer, sekejap jer. Aku menjanjikan entry yang kontot kali ini. Pasni korang bleh tutup blog ku ni kalau takmo dengar, ek? Kerana sesungguhnya aku sedang dalam mood bulan-bulan cinta, kata orang. Kasi chance eh? Hehehe... Eh, tak pun, korang stop kan je lah player tu. Apa susah. Alah, aku pun pasang online radio jugak. Besok bila aku dah meluat dengar, aku pun akan remove player tuh huhuhu.

Okeh, the story is about the parcel that i receieved about a month ago. Sebenarnya aku belum lah terdesak sangat dengan stok2 makanan ni. Tapi aku pun tau, mil mesti kecik ati sebab aku tak bawak ikan bilis 3kg yang beliau dah siap siang tu. Bukannya aku tak nak ikan bilis tu. Nak... lebih2 lagi yang siap siang punya. Cuma aku rasa ia tidak kritikal sebab berlambak je ikan bilis kat sini. Lagi pun masa tu aku dah bawak ikan bilis pun. Ok, berhenti memberikan alasan. 

So, selepas sebulan, aku rasa ok kot kalau nak hantar ikan bilis tuh. Sempat lah aku fikirkan benda lain yang perlu dihantar bersama. Ye lah, selagi tak berada di sini, mana aku tau apa yang senang dapat, mana yang susah dapat dan mana yang memang tak boleh dapat kat sini. Dipendekkan cerita, selepas itu, encik suami suh ku buat list dan suruh sil gi beli. Siap live update time soping lagik. Padahal aku suh beli tepung je pun huhuhu.

Selepas dipos, dengan berat lebih kurang 14kg, kena caj lebih kurang rm220 dengan pos biasa by surface. Dia pos hari jumaat. Aku pun tunggu lah, kononnya sebulan hingga 2 bulan baru sampai. Tetiba hari isnin 10 hari kemudian, dah pun sampai. Aik? So fast? Ini sudah bagus! Aku agak kebetulan hari jumaat tu jugak kapal belayar kot. Tu yang cepat jer sampai. Tapi, kalau pun betul dia bertolak hari jumaat, takkan jumaat depan tu dah sampai eh? Memang seminggu je eh perjalanan dari mesia ke nihon naik kapal? Rasa macam jauh jer. Tak pun, dia naik ketapi kot. Ketapi macam laju sikit ek? Eh, apa la yang aku nak susahkan dengan apa kekdah dia nak bawak bungkusan aku ni. Janji sampai sudah lah, kan?


Jadi, apa kah benda yang aku kirim selain ikan bilis dan tepung itu?

Bila dibuka kotak itu, penuh dengan tepung.  No, maksud aku tepung tumpah!

Tepung kena tebuk. Tapi aku dah agak dah, mesti kena check punya sebab tepung, kan. Masalahnya, aku takde pun suruh beli tepung gandum? Berlambak je tepung gandum kat sini. Buat tambah berat jer. Baik lah sekilo ni diganti dengan lada kering ke, lagi berbaloi kot. 

Dah tebuk tu tak geti nak tampal balik pulak. Dah, jadi ikan bilis bersalut tepung. Kalau taruk sotong boleh goreng terus.

Ini lah bendanya. Siap ada novel lagi hihihi.

Next rasanya aku nak lada kering dan keropok kering pulak. Lada kering dah habis. Sekarang ni aku terpaksa belajar masak sambal guna serbuk cili. Sedap la jugak, cuma rasa macam makan kari perisa lada hehe. Keropok pulak tinggal setengah kilo jek. Nak yang kuantan punya, boleh? hihihi.


0 komen: