Thursday 5 December 2013

Jalan-Jalan Tengok Pokok Maple (Momiji) di Korankei, Daerah Toyota, Negeri Aichi

#Kalau korang kawan aku di fb, takyah lah tengok gambo banyak2 ni. Sama je. Sebab tu aku tak suka blogger jadi friend aku di fb.

Kejadian ini pula berlaku pada hari sabtu. Pada suatu hari, encik suami membawa balik satu errr apa ke nama benda tu tah, pamphlet kot. Ke kalendar? Kalendar Nagoya untuk bulan November katanya. Tengok muka depan dia jer aku dah teruja dan mula berangan2 nak pergi ke situ. Dia ada mention cara nak pergi. Naik train, kendian naik bas. Macam mencabar je kalau nak naik public transport huhuhu. Dan bila member2 ajak pergi pada hri sabtu tu, aku pun terus setuju! Nak nak nak!

Ni lah kalendarnya. Semalam encik suami bawak balik yang bulan disember punya pulak.

Berlangsung selama sebulan jer. Pastu daun dah gugur.

Maka pada hari tersebut kami membuat potluck. Apa laaa yang aku nak masak tah. Ayam ikan sumer dah habis. Bercinta sungguh nak pergi supa. Malam sebelum tu, aku buat kek gula hangus. Kena buat malam sebab besok pagi baru boleh bakar. Ni kira kek pertama yang aku buat kat sini. Boleh tahan jadik la juga, cuma aku takde susu pekat. So, aku buat susu pekat sendiri hehehe. Boleh la... Boleh aje kot pakai susu segar campur gula sebab dalam resepi tu pun susu pekat tu dicampur air jugak. Tapi oleh kerana pertama kali kan, tak patut lah pulak nak derhaka resepi kan... Lenkali kot. Eh, tapi lenkali pun takyah sebab aku baru dapat 5 tin susu pekat, yeay! So, jadi ke tak sarang semut nya?

Jadi kot? Cuma agak pahit sikit sebab encik suami lambat masukkan air dalam gula tu. Aku takut nak masukkan air sebab takde tutup kukus nak berlindung. Lari jauh2 dulu baru masukkan air. Macam berperang jer.

Yang penting dia jadi kenyal2 macam plastik. Kalo dia hancur, mungkin lah tak jadi. Mungkin betul kot, kena sejukkan dulu caramel tu sebelum dicampur ke dalam adunan. Sibbaik tengah musim sejuk, letak sekejap je kat tepi pintu, dia pun sejuk.

Tengahari sabtu tu, kami pergi selepas zohor. Sajer pergi lambat sikit sebab nak dapat kan suasana malam kat sana. Lagi pun takmo jumpa banyak waktu solat kat luar. So, mulai sekarang, tengok gambo je lah.


Tempat ni terletak di pinggiran desa. Banyak lah pemandangan menarik yang boleh dilihat di kiri kanan jalan. Kami ikut jalan biasa jer.


Jumpa flyover highway yang agak mega. Macam tengok megastructure gitu,













Ni dah dekat nak sampai. Ala2 pekan gitu tempatnnya.









Sampai kat korankei, banyak giler orang. Sesak jugak la jalan tu dengan kereta. Parking kena bayar antara 500-1000 yen. Kami park betul2 kat tempat masuk dia. Strategik sangat.

Dah sampai baru teringat yang aku lupa bawak tripod. Holoh...


Kami pergi 3 keluarga je, 6 dewasa 3 kanak2. Tapi makanan ni macam banyak jer. Selain kek, aku masak bihun goreng ngan sambal udang jer.







Sedap mata memandang.


Semua momiji spesis daun kecik2. Aku ingat boleh la jumpa yang macam citer mohabbatein tu. Takde pun...


Tempat ni luas, tapi kami masuk dekat2 jer. Tak masuk dalam2 pun.



























































Waktu ni dah maghrib. Encik suami nak ambik air sembahyang. Sejuk giler kot air tu.






Ni lah masalah nya bila tak bawah tripod. Kemre memang tokleh capture dengan sharp dalam night mode. Shaking je manjang. Mencik!







Waktu malam ada illumination. Cantik! (Tengok live la cantik, tengok kat gambo2 aku ni hampeh sumernya hahaha)


Lepas maghrib, kami pun balik. Ramai orang baru datang. Baru pukul 5 je pun.


















Banyak juga gerai2. 








Kebetulan tertangkap gambar signboard korankei tu. Asalnya nak ambik gambar kesesakan ni jer.


Kendian kami terus balik. Penat giler rasanya, padahal takde lah beraktiviti lasak pun. Stamina ke laut. Dah itu jer. Tahun depan baru boleh pergi lagi. Insya Allah.



5 komen:

nazayiena said...

Subhanallah,cantiknya pokok2 maple.

Unknown said...

Bulan 12 ni ape yg menarik ek?? Sejak tak dok kaikan tak dpt kalendar nagoya tu tatau ape xtvt bulanan huhu

Shila said...

SubhanAllah..cantiknya alam ciptaan Tuhan...teringat cerita autumn in my heart...bulan januari ada lagi ke musim luruh ni kat sane?

AyunasiA said...

zira: mcm takde yang menarik jer... banyak art exhibition je. cuma ada bunga api kat port 24hb.

AyunasiA said...

shila: januari dah masuk winter, pokok sumer dah togel.