Wednesday 11 December 2013

Cuci Mata Di Mitsui Outlet Park




Hari ahad selepas pergi korankei aritu, aku telah pergi ke factory outlet pulak. Mitsui Outlet Park ni terletak di Nagashima. Entah, kat celah mana aku pun tak pasti. Dekat Toyota kot. Selain outlet, kat situ juga ada theme park. Besar jugak lah roller coaster dia. Dari jauh dah  nampak. Aku ingat jambatan apa lah. Ropanya roller coaster. Perjalanan ke sana pun melalui kawasan kampung dan sawah padi. Gambar kat atas ni kat kawasan sawah juga, tapi ni dia tanam pokok bunga. Kalo korang bukak forum cari sekarang, ada iklan promosi AA ke nagoya ni, ada gambar bunga ni. Tah dia ambik gambar kat tempat ni jugak kot hihi.

Parking kat sana kena bayar 1000 yen, tapi kalau ada beli pape, bleh claim balik, kira free parking la. Theme park tu aku tak tau berapa kena bayar. Bagi free pun aku takkan naik kot roller coaster tu. Gayat oh.

Outlet tu suasana dan layout dia lebih kurang jpo. Cuma sini lagi besar la. Time ni ada sale. Ramai giler orang. Time kat sana, aku terjumpa satu couple dari mesia. Alah, lupa pulak nama tempat derang tu. Toyashi, ada ker? hahaha. Lebih kurang gitu lah bunyi nyer.

Selepas berpusing2, keluar masuk kedai, sesat sorang2, akhirnya satu je benda yang aku beli. Piuk ngan kuali T-fal. Ya, T-fal ni sama la ngan Tefal yang kat mesia tu. Nama je lain sket. Set ni ada 2 piuk, 2 kuali, 2 penutup kaca, 2 penutup plastik dan pemegang boleh alih, regenya 8900 yen lebih kurang. Kalau kat kedai biasa pun boleh dikatakan murah jugak barang2 T-fal ni. Banding ngan mesia. Macam kuali yang mula2 aku beli tu, 28" kot, baru 2000+ yen. Tak sampai rm100 pun.


Piuk kecik dan besar, kuali cetek dan dalam.

Overall banyak lah juga benda yang menarik untuk dibeli kat sana. Cuma aku takde plan nak pergi ni. So, tak tau nak beli apa. Plus aku memang kedukut pun bab beli barang2 branded ni huhuhu. Balik dari sana tu yang aku revisit makan nasi beriani gandhara tu. Ulang tayang.

Nasi beriani gandhara ni lebih berempah rasa dia dan lauk dia ada kuah. Kalo ariana lauk kering jer.

Kari dia lebih kuah, sesuai untuk cicah ngan nan. Ariana punya lebih isi daripada kuah.

Itu jer citer hari ini. Ada satu lagi outlet dekat sini, Tokai Premium Outlet. Aku belum pergi lagi. Ni adik beradik jpo kot.

0 komen: