Friday 13 December 2013

Aktiviti Mendownload Masih Diteruskan



Tah pape je tajuk entry aku sejak akhir ni ek. Tak boleh fikir tajuk lain dah. Itu lah yang terbaik yang boleh aku fikir sekarang. Yang penting ia nya straight to the point, kan?

Sempena aku takde tivi, sumber infotainment aku hanyalah internet. Dan antara benda pertama yang aku cari waktu mula2 datang aritu (aku masih guna perkataan 'aritu', kan? pasni dah lama2 mesti kuar perkataan 'dulu', ek?) ialah siaran radio sinarfm. Ye lah, selama ni pagi2 pergi kerja memang aku layan sinarpagi, balik kerja sinarpetang. Siiinar je manjang. Tiba2 bila sampai sini, rupanya semua siaran radio esteruk tak boleh diaccess atas sekatan undang2. Sedih oh... Nak tak nak, terpaksa lah aku layan hotfm. Tak pernah umur, ok. Dan kini, selepas 2 bulan, aku dah boleh menerima hotfm sebagai halwa telinga ku. Langsung sekarang ni dengar lagu yang terkini jer. Sekarang aku tengah layan lagu suki untuk kamu. Suka suki sebab suara dia gemersik. Suka suki suka suki!

Pastu, sampai2 jer terus orang dok sibuk dengan citer lyma. Ada terperasan citer tu masa belum pergi, tapi aku memang malas nak layan slot akasia tu. Suka sangat taruk citer adaptasi novel yang lebih kurang sama jer. Tapi, dah sempena takde benda nak buat, kan, maka aku pun mendownload lah citer tu. Dan, terjebak sama lah aku dengan korang. Paling awal pun aku dapat tengok pukul 10 malam hari yang sama. Takde lah ketinggalan jauh sangat.

Sambil2 tu, aku cari2 lagi citer yang oleh ditengok, tertarik pula dengan citer rosalinda. Aku tak ingat sangat rosalinda ni dulu main kat mesia tahun berapa. Tapi zaman study dulu la. Ke dia saing2 ngan betty tu eh? Kalau betty tu aku ingat lah, time aku baru grad. Tapi yang penting bila aku tengok balik rosalinda, ada lah certain2 part yang aku macam ingat sikit2. Kira hujung2 memori gitu. Macam part si beto tu ngayat si valeria tu, macam aku ingat sikit. Tapi masa mula2 tengok aku tak pasti, betul ke ada part tu dalam citer ni sebab macam banyak jer telenovela latin yang aku tengok. Gegirl keliru. Aku start tengok telenovela ni pun lepas abis study. Masa study tak sempat nak tengok. Rasanya dia bermula dengan mariamercedes, kan? Pastu ada mistres hermanas la, tah pape lagi. Tau pun sebab housemate dok layan petang2. Tapi selepas abis belajar, semua channel aku layan telenovela. Eh, pasal rosalinda tu, sekarang aku dah download sampai episod 66. Kat tv dah episod berapa eh? Tetiba aritu episod 41-49 tokleh download. Leh tengok jer. Sedih oh. Tak complete ar camni... Dah lah aku nyer internet download manager tu dah lama expired. Kena format hard disk kot kalau nak install semula trial version dia. Aritu ada IDM, best jer. Video iklan pun leh download hihi.

Selain itu, aku baru nak layan citer kucintakauseorang. Tapi dia seminggu sekali la pulak. Jenuh menunggu. Aku tengok tu pun sebab abam wemi hehe. Tengok jalan citer macam tak logik hahaha. Tapi, dah takde citer, layankan je lah.

MaharajaLawakMega pun aku layan gak. Selalunya sabtu pagi tu memang waktunya kami tengok mlm ni. Mula2, 2 minggu pertama tu nabil macam best. Tetiba last week ala2 kureng plak. Tapi memang semorang pun tak best. Kecuali shiro kot, tetiap minggu memang best hihihi.

Live streaming pulak, aritu aku tengok anugerah skrin. Teruja giler biler dia sebut acara ini boleh ditonton secara langsung dari seluruh dunia. Selama kat mesia tak rasa pape pun biler dia cakap camtu hihi. Hopefully ajl nanti ada live streaming jugak la...

Lepas anugerah skrin, aku tengok pulak citer2 yang tercalon dan menang. Memula download citer kil. Masa tayang citer ni dulu, ramai retis yang puji citer ni. Ok, boleh la tahan citer nya. Ala2 katun sikit bagi aku. Pastu shot dia ala2 short film gitu. Tak banyak pergerakan kemre. Watak yang bergerak. Ala2 sepet, muhsin gitu lah. Cuma aku rasa macam tak patut jer pelakon wanita terbaik tu dibagi kat si crissie tu. Takde lah berjiwa sangat lakonannya. Tuah citer tu je kot.

Pastu aku cari citer mawar putih tanda perpisahan, tapi tak jumpa link download plak. Bleh tengok jer. Tapi citer ni memang best! Best dia sampai tahap dah kuar credit title last tu pun aku masih tekun menengoknya. Dah selalu sangat kiter tengok citer kawen paksa, asik la kawen ngan orang kaya, kan. Dalam cite ni, kes kawen paksa orang semekin plak. Semekin giler lagi. Suker lah! Dia ada unsur lawak (bukan lah lawak kelakar, tapi lebih kepada lucu kot), sedih, dan banyak pengajaran jugak. Lagu dia pun sedap. Sinematografi pun menarik. Eceh.

Pastu citer apa lagi ek? Ermmm haaa aku tengok citer fatihah untuk abah, pun tercalon dalam ask. Boleh tahan la jugak. Cuma aku kompius sikit, kenapa citer ni ditayangkan time hari raya itu hari? Sebab takde scene raya pun dalam ni? Bukan lah tak boleh, tapi eh, bukan salu time raya orang tayang citer raya ker? Ok, abaikan.

Dah itu je kot benda yang aku tengok setakat ni. Yang agak mengecewakan ialah aku tokleh download guna torrent sebab guna line tenet uni. Dilarang sama sekali ok... So, tak dapat lah aku download movie2 oramputih sangat. Dah.

Eh cop. Aku tengah nak tengok citer banglo seksyen two pulak ni. Tapi nak tunggu encik suami, nak tengok sama hehe. Pernah baca pasal banglo seksyen 2 ni kat forum, tapi dah lupa cemana. Sibbaik bukan banglo yang aku sewa biliknya dulu tu. Tapi makcik banglo tu pun misteri jugak hihihi. Jom tengok, korang!


4 komen:

ayzaqaysukashah... said...

wei LYMA tu best la...tengok la weh

Shila said...

Movie ke banglo seksyen 2 tu? huhu lama tak tgk tv tu yg tak tau...kisah benar ke?

AyunasiA said...

ayu, ko takyah suruh pun akak dah tgk la... tgk saing ngn korng jugk arituh...

AyunasiA said...

shila: telemovie kt estrobiyon kot. dh tgk... seram, tp tetiba jadi lawk sbb ada si bocil kump saywho tu ekekekek. dgr citer org... tk tau ler betul ke tak.