Friday 27 December 2013

Wassap Bro! Edisi Jepun


Kalau korang baca blog aku dari awal, mesti dah tau yang aku pernah dah ada dua biji mesin jahit di mesia. Satu mesin highspeed juki dan satu lagi mesin jahit tepi brother. Keduanya telah berjasa dengan banyak sekali sejak menjejakkan kaki di rumah ku. Sumbangan terbesarnya ialah apabila telah menjahit 17 pasang baju raya aku pada hari raya tahun 2011. Tak berpada2 langsung. Sebenarnya bukan lah baju raya, tapi baju kerja kot. Cuma dia siap pada hari raya, maka jadi lah ia baju raya. Kalau kira purata, seolah2 aku beli 1-2 pasang kain sebulan, kan? Lebih kurang camtu lah. Aku beli kain tak kira masa dan tempat. Asal nampak cantik aku beli. Lagi lah nagoyatextile tu duduknya on the way dari k4 nak ke paksen. Asal lalu je, mesti singgah. Siap dah kenal dah mana satu kain baru, mana satu kain lama. Dah, tetiap minggu kot aku pergi. Tapi kat sini takde kedai kain macam tu. Nama je nagoya, tapi takde pun nagoyatextile. Kain jenis baju2 raya kiter tu pun takde. Balik2 cotton jugak.

Balik pada citer pasal mesin jahit, akhirnya pada bulan ketiga ini, baru lah aku membeli sebuah mesin jahit. Sekejap nak beli, sekejap macam tak perlu pulak. Sehingga lah pada 2 minggu lepas, aku terjumpa sekali lagi dengan couple yang dijumpai di outlet tempohari. Kali ni kat 0tsukaya. Maka keluar lah cerita pasal beliau dah beli mesin jahit yang aku dok usha kat amazon selama ini. Tapi ku tak beli yang sama sebab rege nya lagi mahal kalau bersama foot controller. Yang aku nak ialah mesin jahit basic yang boleh jahit lurus, zigzag dan lubang butang. Yang beliau punya tu ada beberapa jenis jahitan sulam yang simple dan ala2 electronic sikit nak select jenis2 jahitan tu. Aku punya main pusing tombol jek. Lagipun kalau nak yang bersulam2 bagai, baik aku beli mesin sulam jer seketul. 

Kami order hari ahad, bayar hari isnin, selasa dia hantar, hari rabu dah sampai. First time beli online sendiri.

Abang dapat adik baru.

Lain macam sikit kecanggihan mesin jahit jepun ni. Satu, dia ada speed controller. Tapi laju dia tak macam laju pun??? Dua, dia boleh jalan guna button, takyah pakai pijak kaki. Tu yang butang kaler gray tu lah butang start/stop. Aku dah try guna sekali, nak tumbang mesin tu aku tonjol butang tu nak bagi stop. Tak biasa lagi. Pijak kaki tu kena beli lain ok. Dan yang ketiga, kiter tak perlu cucuk benang dalam jarum. Lubang yang besar (biasa bergerak atas bawah) tu pun takyah masukkan benang. Dia main selit je dan benda bergerak tu terlindung kat dalam.. Tak membahayakan la. Benang kat jarum tu pulak dia boleh masuk sendiri. Kiter tinggal tarik jer sikit. Senang sangat! Sesuai untuk orang rabun. Kot. 

Ini untuk adjust ketegangan benang atas. Benang bawah macam tokleh adjust?


Ini lah benda pertama yang aku jahit. Sarung bantal.

Kain ni glow in the dark tau. Bila tutup lampu dia berkilauan tang space antara bulatan2 tu.

Dan ini pulak produk keluaran terbaru saya hehehe. Blouse ini diinspirasikan dari blouse aku yang ini dan ini.

  








Dalam kepala dah banyak design baju aku nak buat. Nantikan edisi seterusnya yea...


Wednesday 25 December 2013

25 - 12 - 2013 ~ Happy 9th Anniversary Ayun & Asia


Oh, bagaimana masa terbang... macam baru lagi aku memotong kek ulangtahun ke-3. Sekarang dah x3 dah pun. Besok mesti berita tv akan buat laporan pasal acheh.

Mengimbas kembali kenangan hari ini dalam tahun 2004, majlis pernikahan kami berlangsung serba sederhana. Ker sederhana pun tak sampai kot? Simple lagi tepat. Cuma upacara pernikahan, takde hantaran berdulang2. Beberapa minggu sebelum tu memang mil ada tanya pasal hantaran, tapi kami dah plan nak buat hantaran bagai tu masa hari langsung bulan februari nanti. Memang takde beli apa2 pun lagi. Bila dah mil tanya, baru lah kami terfikir, kot nanti rombongan derang datang masa nikah tu, lenggang kangkung jek la ek? Terus kalut siap nak pergi KL weekend tu untuk cari barang hantaran. Tapi akhirnya kami stick pada plan asal sebab rasa macam tak sempat jek nak gubah segala kan. Dan pada hari ini dalam tahun 2004, derang bawak 3 dulang; sirih junjung, duit hantaran dan gelang sementara aku tak balas apa2. Boleh? Boleh tak boleh lah hahaha.

Malam sebelum tu, mak dah mula memasak (goreng ayam untuk wat sambal/masak merah). Masa aku ke dapur, mak cakap, "lain kali jangan lah nikah pukul 10 pagi, nanti tak sempat nak masak macam ni." Eh, ada lain kali ker? Mudah-mudahan tidak lah ye... Dan aku masih ingat malam tu kak shila suh aku tido cepat sebab nanti besok mata sembab pulak kalo tido lambat hihihi. Tak terfikir lak aku.

Dan pagi itu, aku disolek oleh seorang budak perempuan, wakil kak andam eto1. Upah dia rm50 jek termasuk kusyen duduk encik suami. Bila aku tengok cermin, aku hampir tak kenal muka yang refleks pada cermin itu hahaha. Kenapa lain beno muka haku? Tapi aku suka sebab lipstik dia kaler pink hehehe.

Pakaian adalah dijahit sepenuhnya oleh aku. Kecuali shawl tu la, aku beli, tapi pastu aku jahit manik atas dia tau...


Tengok gambo ni baru ingat ada sirih junjug hihihi.

Okeh, cukup lah tu bernostalgia. Akhir kata, Selamat Ulangtahun Pernikahan Yang Ke-9 Ayun-Asia!

*Malu lak nak tulis jiwang2 huhuhu.




p/s Jepun tak cuti, tapi kami wat cuti sendiri

Tuesday 24 December 2013

Princess Is Not A Quitter


Ingat tak dalam citer gol dan gincu, puteri ada baca buku bertajuk seperti di atas? (ke lebih kurang gitu la tajuknya). Bukan lah nak cakap aku dah jadi princess tiba2 kan. Cuma nak bagitau kat sini bahawa aku hampir2 berputus asa untuk terus berniaga kain cotton gara2 banjir di kuantan yang lalu. Ya, aku belum bagitau bahawa baki kain cotton yang tinggal kat yayu aritu telah tenggelam dalam banjir di office beliau. Kan banjir tu start 2/3 hb disember kan. Betul2 time kain2 tu balik ke office yayu selepas dibawa ke polisas oleh kawan aku. Nak dijadikan cerita, kawan aku tu keje kat tempat kerja yayu dan wife dia yang juga kawan aku (kami bertiga classmates di uitm) keje di polisas. Dan bila kejadian banjir berlaku, yayu tinggalkan kain tu bawah meja dia. Maka terendam lah ia di situ. Masa tu lah aku rasa berputus asa.

Tapi selepas 2 minggu, member yayu dah tolong cucikan kain2 tu dan aku pun menjualnya dengan harga lelong. Tak sangka ada jugak yang nak beli hihi. Daripada 10 yang tenggelam, 5 dah terjual. Yayu kata, kain tu masih macam baru selepas dicuci. Takde pulak gambar. Kesimpulan yang aku boleh buat, bukan lah orang tak beli sebab corak yang aku pilih tu tak cantik,  (aku dah fikir macam tu sebenarnya), tapi sebab harganya mahal. Agak mahal la sebab atas seratus, kan... So, untuk batch pertama tu, memang lah aku tak rugi, cuma tak untung jer. Balik modal jek. Tak pe lah. Anggap itu sebagai amal kebajikan aku terhadap mangsa banjir hehe.

Selepas hampir sebulan, semangat aku dah pulih. Bukan lah aku berniaga tu sebab nak kaya sangat. Kecik je margin yang aku ambik. Tapi lebih kepada 'tak-tahan-tengok-kain-cantik-cantik-tapi-takde-sebab-nak-pakai-so-nak-bagi-orang-lain-cantik-maka-dijual-ia-ke-malaysia'. Boleh? Aku rasa masa jual kain batik sutera dulu pun aku berfikiran sedemikian. Ke semua orang berniaga pun berfikiran sedemikian kot.

Okeh. Jadi, kepada peminat cotton jepun, sila terjah blog tersebut, eh? Kali ni ada promosi free postage. Harga pun dah turun. Akhirnya ada juga yang turun selain hujan hehe.

email: ayunasia@yahoo.com


Monday 23 December 2013

Resepi Sambal Ayam Ekspres


Tiba2 teringat, bila jack bauer (in 24) interrogate somebody dan somebody tu jawab tak ingat atau tak tau, jack akan cakap, "Think!" Dan somebody itu kan dapat memberi jawapannya. Errr nak menyampaikan kat sini bahawa sometimes kiter malas nak fikir, take think for granted, ado ko kesah, peduli tidak dan yang sewaktu dengannya, padahal kiter sebenarnya mampu menjadikan sesuatu itu better, bernilai atau errr signifikan (tah pape je vocab yang keluar hari ni). Macam menulis blog juga. Selalu kiter (or at least aku) kata takde idea nak tulis apa, padahal kalau kiter kerah sedikit otak tu, takyah kuat sangat pun, kita mampu menghasilkan sebuah entry hahaha. Nampak tak kaitannya? Kadang2 aku gunakan pendekatan ini kat student aku. Fikir! kata ku. Kadang2 berhasil juga.

So hari ni, dalam dok belek2 post yang dah kurang berstatus draft itu, timbul ilham nak share resepi. Ye lah, salu kan blog2 perantau mesti ada resepi2 supaya senang nak rujuk, kan. Nak lah juga masuk dalam ini filem sekali. Tapi resepi ku ini bukan lah tahap nak buat kenduri punya. Takat makan laki-bini tu boleh la haha.

Aku namakan ia sambal ayam ekspres dan sebab kepada ekspres itu ialah kerana ayam itu tidak perlu digoreng separuh masak. Aku paling malas masak ayam masak merah atau masak kicap, hanya kerana ia perlu digoreng terlebih dahulu. Lantak la korang nak cakap aku pemalas ke haper. Dah memang pun. Tapi resepi ini, aku jamin, dia satu level lagi sedap dari ayam masak merah biasa ahah. Aku pernah cuba masak resepi ini dengan ayam yang dah digoreng, tapi lain beb. Air ayam dah terperangkap semasa digoreng kot. Tu yang dia tak blend in bersama sambal ni kot.

Aku pernah share resepi ni tahun lepas, tapi aku tak taruk gambarnya. Jadi hari ini aku taruk gambar beserta resepi yang proper sikit. Ko tak pening ke baca resepi dalam satu perenggan?

Rupa kejadian dia. Sama je macam sambal2 biasa.

So, here we go...

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
8 ulas bawang merah
4 ulang bawang putih
Seinci halia (atau yang berkadar langsung dengan bawang2 di atas)
8 sudu cili boh (atau ikut kepedasan cili)
3 sudu sos cili thai mae pranom
Sedikit asam jawa extra adabi
1 sudu gula
Garam, aji
Air

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh. Tumis sehingga garing atau naik minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul rata.
4. Masukkan sos cili mae pranom dan gaul rata.
5. Tambahkan air separas 3/4 tenggelam. Gaul rata dan biarkan masak (tutup lagi cepat dia masak).
6. Agak2 ayam dah masak, masukkan asam jawa, garam, aji dan gula. Gaul rata dan rasa.
7. Adjust rasa dia sampai sedap dan kepekatan kuah ikut kesukaan. Aku suka banyak sambal, tapi takmo cair sangat.

Dah, takde nombor 8. Dah masak tu, angkat dan hidang la. See! Senang, kan? Dan dijamin kurang utensil yang perlu dicuci. Oh, ini rupa sos cili mae pranom tu. Mujur kat sini aku boleh mendapatkannya dengan mudah. Yang ni aku bawak dari mesia.


So, apa lagi? Selamat mencuba!



Saturday 21 December 2013

Pergi Ke Noritake Garden Tapi Tiada Gambar Pinggan Berjaya Ditangkap


All this while, kami membeli tiket train seperti biasa kerana selalunya, dalam satu hari, kami hanya mampu pergi ke satu lokasi sahaja kerana kekangan masa dan tenaga. Dalam cuaca sebegini, tiada yang lebih baik selain daripada berada di dalam bangunan, you know? Sebab tu lah jadi lama kat satu2 tempat. Sehinggalah pada suatu hari, ketika pertama kali pergi ke aeonchikusatown yang beli misterpotato tu, kami terpaksa (takde saper paksa actually) singgah di kurumamichi (di mana otsukaya berada) untuk makan malam. Alasan menjadi lapar sebelum masanya ialah kerana jarak dari stesen subway ke aeon tersebut yang agak jauh. Masa pergi memang lah tak terasa kejauhan itu sebab merentasi taman bunga bagai, kan. Bila dah malam, terpaksa juga lalu jalan raya. Tu yang terasa jauh. Bukan terasa, tapi memang jauh kot. Errr apa yang cuba aku sampaikan sebenarnya ni hah? Ok, cut the story short, sejak itu, kami mula tidak percaya kepada pembelian-tiket-setiap-kali-nak-naik-train routine. Dan mencari alternatif yang lebih menjimatkan.

So, pada suatu hari ahad, (selepas hari sabtunya pergi ke sakae) kami pun membeli pas harian (daily pass). Dalam kes ini, ia dipanggil weekend eco pass (WEP) kerana jatuh pada hujung minggu. Kalau pass harian biasa dijual pada harga 720yen, WEP ini bernilai 600yen sahaja. Dan ia sangat bernilai even kiter cuma singgah di 2 stesen sahaja pada hari tersebut since minimum caj untuk ke next station ialah 200yen. So you know what i'm trying to explain here.

Ini lah rupa WEP tersebut. Yang specialnya (taklah special benor, cuma something different je kot) tentang pass ni ialah, ia boleh disimpan hahaha. Told you... nothing special.

So, bila dah ada pas ni, boleh lah kiter bersiar2 gaya bebas macam tourist hehe. Dan destinasi pertama kami ialah the infamous noritake garden! Ok, tak famous sangat kot. Tapi i have to stress here bahawa here is the origin of noritake! Alah, sebenarnya sama je macam claytan, pun duduk letak originnya dekat dengan rumah haku hahaha. Tapi ini lain ok. Sebab ia adalah Noritake! Errr masih takde perasaan apa2? Ok, ku anggap kalian bukan penggemar pinggan. No, thank you. Tapi kalau bagi free korang ambik jugak, kan???

Berbeza dengan kalian, aku adalah suka terhadap pinggan2 cantik. It's just that aku tak mampu nak beli. Kesian. Tapi masa nak kawin dulu, antara benda yang aku 'invest' ialah dalam pembelian pinggan mangkuk dan periuk. Bayangkan, dalam keadaan ekonomi diri sendiri yang sangat lemah ketika itu, aku telah membeli set pinggan corelle dan periuk vision sebagai starter untuk memulakan hidup baru! Bagi orang yang banyak duit, benda tu biasa je la kan. Tapi bagi orang biasa seperti aku, ia boleh dianggap sebagai mengabiskan duit yang sedia tak banyak, ok. Pakai pinggan hadiah kawen je sudah la woi! Duduk rumah kos rendah pun nak bercorelle bagai. Ok, benda lepas jangan dikenang... Pelaburan itu nyata berbaloi bila mana setakat ini baru satu pinggan aku yang pecah. Itu pun sebab aku secara tidak sengaja telah melibaskan, ya, melibaskan pinggan itu kepada kepala paip di sinki. Sebab tu time hati tengah menggerutu jangan basuh pinggan. Satu lagi mangsa akibat dari tabiat buruk tersebut ialah sebuah dulang melamin. Aku rasa cikgu terlupa mencungkil bakat membaling cakera dalam diri ku. Kalau tidak, mesti aku dah jadi atlit sukan baling cakera dalam temasya sukan olimpik di beijing 5 tahun lepas. Stop! Please lah stop asia... Cukup lah satu perenggan ini membuktikan bahawa aku memang suka pinggan sejak sekian lama, bukan tiba2. V peace V .

So, inilah dia gambar2 aku di noritake garden. Cuma gambar di luar, tidak di dalam sebab aku memang skema. Dia tak benarkan pengambilan gambar di dalam, so...








Tak faham kenapa aku ambik gambar berlatar belakang kan pokok lonjong2 itu. 









Eh, macamana nak pergi ke sana eh? Senang sahaja. Turun ke subway, naik higashiyama line (yellow track dalam peta) arah ke nagoya station dan turun di stesen kamejima (sebelah nagoya station). Kuar ikut exit 2. Kuar kat exit tu, terus belok kiri, straight (akan lalu bawah train tracks), lintas satu traffic light dan belok kiri di traffic light seterusnya. Kat situ akan jumpa signboard seperti gambar kedua di atas. Tu dah area dia lah tu. Terus je sampai jumpa pintu pagar dengan signboard seperti gambar di atas. Then, masuk lah! Kalau naik kete, ikut je signboard atau gps hehe.

Oh ya. Lupa nak citer tentang apa yang aku lihat di sana. Pinggan yang cantik sangat2. Itu jer. Dan harganya tidak lah semahal yang ku jangka. Bawah rm1k pun banyak jer. Pernah dulu, kawan aku ikut husband dia kerja kat osaka selama 2 tahun, nyaris2 aku nak kirim kat dia pinggan noritake gambar buluh macam yang biasa aku tengok kat mesia. Dan aku dah allocate rm2k untuk itu. Mujur lah aku terlupa dan tau2 dia dah pun balik mesia for good. Mujur sebab pinggan gambar buluh tu jauh sangat cantiknya dari apa yang aku lihat di sini. Haihhh... kalau lah semua pinggan tu boleh dibuat makan, memang lah aku nak beli satu set setiap bulan selama 3 tahun ini. Over di situ. Malangnya kebanyakan yang cantik tak hengat tu ialah bone china. Cuma segelintir yang ceramic. Kalau ikut pada website dia, dia kata bone china dia menggunaakan tulang lembu, tapi menurut pembacaan aku, walau pun ia tulang haiwan yang boleh dimakan, tapi kalau kaedah penyembelihannya salah, pun kiter tokleh makan di atasnya. Ni aku baca kat website jakim kalo tak silap (betulkan jika salah, yea).

Tapi aku telah mendapat idea. Ting! Maknanya, kalau kiter beli pinggan bone china tu, boleh lah kiter jadikan ia hiasan di dalam almari pameran, kan? Mesti suami kiter tak marah sebab memang kiter tokleh guna ia untuk makan, kan? Yeay! Patut laaa selama ni kiter tengok orang dok display keliling rumah dengan pinggan cantik2 ni. Dalam hati pernah berkata, patut dah beli mahal2, guna kan lah. Kufur nikmat! Astaghfirullah... ternyata aku berburuk sangka selama ini.

Okeh! Dari situ, kami nampak signboard ke commemorative toyota museum. 700 meter dari situ katanya. Memang salah satu tempat yang aku teringin nak pergi pun. Tapi bila check website, ada entrance fee 500 yen. Sama la macam muzium kat noritake tadi, pun 500 yen. Memang banyak tempat yang aku nak pergi, ada entrance fee. Huh! Apa maksudnya? Maksudnya kita cuma kena pergi ke situ sekali seumur hidup jer. Dan lebih sesuai kalau pergi tu apabila ada pelancong datang dari mesia. Ye lah, bila derang datang, mestilah kiter nak bawak dia ke tempat2 tersebut, kan? Masa tu lah baru kiter masuk bersama2. Tak perlu masuk banyak2 kali pun. Same goes to nagoya castle jugak. Aku akan masuk bila tiba waktunya. Tapi kalau tempat2 di luar nagoya, kena lah masuk dan2 tu jugak sebab masa tu kiter adalah tourist. Bukan resident hehe. Maka, tidak lah kami pergi ke muzium toyota itu.

Next, kami ke nagoya station. Ada dua tujuan pergi ke situ. Pertama sebab nak survey cemana nak naik train aunomi lain untuk pergi ke bookoff yang pertama kami pergi suatu ketika dulu (masa nak apply CEO). Dan yang kedua sebab nak tau apa yang ada kat situ. Selain boleh lah survey cemana nak naik shinkansen.

Nagoya station ni lebih kurang sama dengan kanayama station (yang kami jumpa orang uthm tu). Ada underground mall dan pusat segala jenis pengangkutan awam darat. Aku tak pasti apa bezanya. Tapi kami tak explore habis la station tu sebab besar sangat. Besar macam airport. Tapi kami jenjalan kat luar dia. Tertarik pada sebuah electrical store nih. BICCamera nama dia. Besar sungguh la tempat ni. Ada 6 ke 7 tingkat tah. Tingkat bawah tu segala mak nenek henfon. Pastu ada satu tingkat tu semua meeeeeeenan jer. Dari menan budak2, sampai lah menan orang tua. Pastu satu tingkat tu barang leeeeeeeeeeeeeetrik jer. Atas sekali pulak ada tilam bantal segala. Eh, baru 4 tingkat eh? Rasanya ada satu tingkat tu barang komputer kot. Kemre kat mana? Tah, lupa. Kami cuma singgah beli bantal jer. Dan tengok barang letrik. Satu yang aku perasan kat sini, peti ais dia ada banyak pintu. Bukan pintu je, laci pun banyak. Dan of course la besar2. Tapi, mesin basuh dia pulak, kecik2. Tak jumpa lagi macam kat mesia sampai 15, 20 kilo punya. Bila ku fikirkan balik, patut lah, derang kan keluarga kecik. Anak paling ramai pun 2 orang kot. Rumah pun kecik, mesti lah penghuninya tak ramai. So, logik lah, mesin basuh dia kecik.

Dari situ, kami ke aeonchikusatown yang cari misterpotato tapi tak jumpa tu. Kendian ke kurumamichi untuk makan. Kebetulan waktu tiba di stesen tu baru pukul 6.15, sempat lah aku menjenguk ke otsukaya untuk membeli kain nak buat selimut.

Somel tak gebor saya? Balik2 terus je jahit tepi gebor ni sebab tak sabar nak pakai. Kalau tak jahit bulu2 dia berterbangan di angkasa raya.

Oleh kerana menjahit ni ada momentum, maka terjadilah juga sebuah sarung bantal buat bantal yang baru dibeli di biccamera tu tadi. Takde kaitan langsung bantal dengan kamera.

Lepas makan, kami pun balik. Kesimpulannya, puas ati dapat pergi ke merata-rata tempat dengan weekend eco pass! Sekian laporan saya. Tiba2 je entry tamat.

Thursday 19 December 2013

International Cooking Class : Makanan Jepun Menyambut Tahun Baru Katanya


Pada 2 disember yang lalu, aku telah mengikuti sebuah kelas masakan antarabangsa. Kali ni masakan jepun. Sebelum ni rasanya masakan indonesia, derang buat bakso. Bayaran yang dikenakan ialah 300 yen. Pagi tu, aku pergi sendiri naik subway ke motoyama. Hehehe satu stesen je dari dai, tapi kalau jalan kaki berpeluh lah jugak keti kot. Kalau ada geng boleh la jugak. Sampai di sana, aku tunggu member lain kat bawah. Pukul 10 lebih baru kitorang naik. 

Memula sekali dia bagi menu dan resepi yang akan dimasak. Ada 3 menu; sup sayur akar (kekentang), makarel masin panggang dan nasi kek apatah (nama aku translate sendiri ikut suka). 

Step pertama sensei rendam benda alah ni. Nama dia konbu atau seaweed. Tapi dia bukan seaweed yang kiter bungkus temaki (nama diambil dari game pou hihi) tu. Ni dalam bentuk lain. Pada mulanya aku suspek dia nak bagi seaweed ni kembang kendian dihiris2 ala2 tahu kering. Rupanya... (nanti citer).

Anggap lah jari tu untuk compare size benda alah konbu tu ye.

Konbu tu dibeli dalam plastik biru tu. Sebelah kiri tu ialah fish flakes aka bonito. Punya lah sedap fish flakes ni kalau makan takoyaki, kan? Seciput je dapat kalo kat jusco. Kat sini aku tengok sebungkus tu baru 200+ yen. 

Sebungkus ni 80g, kira banyak bagi benda nipis dan ringan cenggini. Dia sebenarnya ikan (salai kot) yang disagat.

Kendian kami diperkenalkan dengan benda yang bernama konyaku (ker konyoku tah, tak jelas sangat sebutan dia) ni. Dia sebenarnya berasal daripada ubi. Kenyal dan tak mudah pecah. Dia datang dalam bentuk macam fish cake, tapi lebar sikit.  Dia hiris lebih kurang 1cm, belah kat tengah tapi tak putus dan sumbat satu hujung ke dalam belahan tu dan dia pun bergulung seperti gambar di atas. Kami lah (malaysian) yang teruja menggulung benda tu.

Oleh kerana menu ni bernama sup sayur akar, bahan2nya pun ialah sayur akar lah seperti renkon atau akar teratai (lotus) ini. Derang memang suka kot benda alah ni sebab banyak je jual kat supa.

Ini pula aku panggil ubi jepun atau namanya satoimo. Rupa macam kentang tapi kulit putih.

Ayam pun masuk dalam sup ni. Awal2 lagi sensei bagitau, ayam ni dia beli kat kedai halal. Dia pakai boneless tori-niku/cikin. So, memula dia masak ayam ni dengan sedikit minyak zaitun. Masak sampai ayam bertukar warna jer.

Kendian dia masukkan (iremasu) satu persatu sayur2 tadi.

Sayur yang dipotong serong tu nama nya gobo (tak tulis, so tak pasti, tapi aku ingat bunyi nyer macam gerobok)


Dan gaul (mazemasu) rata. Kendian dia perasakan dengan gula/sato (agak banyak), soyu (kicap) dan hon dashi (ala2 ajinomoto kot). Last sekali dia masukkan air dan biarkan lah sampai masak.

Sementara itu, ikan2 makarel (saba) masin ni dipotong2 untuk sorang makan. Dia beli kat supa memang dah siap diperap masin. Aku selalu beli ikan ni sekor. Besar, macam ikan tongkol gitu. Nak kenal tengok je kulit dia, ada corak2 sikit. Rege dalam 500+ yen sekor. Rasa dia sangat sedap. Aku selalu masak asam pedas atau kari. Like sejuta kali ikan ni! Ada satu lagi ikan yang aku suka tapi tak tau nama. Aku panggil ikan kulit hitam jer. Rupa dia aku tak pernah tengok sebab salu beli dah siap potong. Tapi isi dia merah2 dan ada daging hitam macam ikan tongkol. Tapi rasa dia lagi sedap dari ikan tongkol. Aku suka part daging hitam tu. Pergh! Entah2 memang ikan tongkol ek? Tapi tak kot sebab dia bersisik.

Di satu sudut yang lain, sensei menyiapkan menu ketiga iaitu nasi kek. 

Memula dia celur sayur komatsuna (sawi ke bayam tah) ni. Ingat dia nak makan gitu jer. Rupanya kekdah derang masak sayur kot, celur dulu baru potong. Kacang buncis pun dia celur dulu. Takmo khasiat hilang kot ek?

Ini lah dia nasi kek atau mochi tu. Rupa dia macam sabun hehe. Yang ni jenis plain. Katanya ada yang berperisa. Aku bandingkan dengan nasi impit.

Nasi ni akan dimasak macam sup juga. So, dia masukkan sayur dalam sup ni. Yang ni lobak putih.

Lobak merah pun dicelur. 

Bersama lobak putih. Menurut sensei tu, kombinasi warna lobak merah dan lobak putih ni ialah symbol of love. Hmmm... ok.


Gigih betul mencelur sayur dalam piuk comel. Tapi serius, dia buat sampai semua masuk dalam piuk tu. Sabar sungguh.

Sebelum hiris pun disusun elok2 dulu.

Ok, tadi kan awal2 dia ada rendam seaweed konbu tu kan? Pastu dia rebus la benda tu bersama dengan bonito. Dah tu, rupanya dia tak pakai pun konbu dn bonito tersebut, sebaliknya dia tapis air rebusannya. Laaa dia nak buat stok ker... Dan terjerit lah kami bila tengok dia buang gitu jer bonito dan konbu tersebut? Sayang nya!!! Tapi mungkin dah tawar lah kot.

Stok bonito+konbu.

Ini lah mochi tadi. Dipotong kecik2 sikit dan dimasukkan ke dalam stok tadi bersama sayur2 yang telah dicelur.



Makarel masin yang telah di panggang. Sedapnyaaa...

Oishi!!! Tengok lah tu... minyak ikan tu keluar.


Ini pula rupa sup sayur2 akar tadi. 

Pastu, kami pun makan lah...

Ada kaki yang dihiasi momiji hihi.

Sebenarnya aku tak pernah makan buah ni kat mesia. First time makan kat sini sebab member bagi. Rupanya, aku suka!

Ku punya. 

Sup sayur akar. Rasa dia bagi aku 'kaya'. Macam2 rasa. Sedap.

Rice cake tadi. Ada la serpih2 bonito yang terlepas. Mochi tu actually liat. Agak bahaya kalau terbegik. Menurut ceritanya, makanan ni dimakan pada tahun baru. Biasanya mereka mempersembahkannya kepada tuhan mereka, kendian baru mereka pula makan. 

Makan beramai-ramai.

Juga dihidangkan teh.

Habis makan, cuci2, kemas2 dan kami pun pulang. Sebelum balik, aku singgah kedai dulu. Sajer nak tengok apa ada kat situ. Ada supa, departmental store dan kedai makanan imported. Tapi makanan oramputih jer. Ceklat2 sumer ada.

Balik tu, baru perasan yang pokok2 dah togel.