Monday 18 November 2013

Menyambut Staf yUTHM di Kanayama

Perkara ini berlaku pada penghujung oktober yang lalu. Actually sebelum datang nihon ni lagi kami dah tau tentang lawatan kerja pihak uni ke nihon untuk monitor progress pengajian staf2 yang bercuti belajar. Kiranya derang semua kena berkumpul di nit untuk report research progress derang. Sibbaik lah encik suami baru sampai, tak payah lah present hihi.

Sebaliknya, encik suami terlibat sebagai urusetia program tersebut. Tah, tajuk program dia macam lain? Tak menggambarkan apa yang berlaku pun? Whatever lah.

Selain itu, staf uni juga ingin membuat lawatan ke NU. Mulanya derang kata dato' nc pun nak datang sekali. Encik suami pun pergi lah wat appointment ngan dekan kat sini. Oleh kerana kesuntukan masa, dia bagi slot pukul 1-1.30 tengahari jer. Maka, 3 orang je lah dapat join. Tak dapat lah delegasi yang lain turut serta sebab derang baru nak sampai di nagoya tengahari tu. 

Sempena nak membuat lawatan ni, encik suami kenalah jumpa dulu dengan derang yang nak datang tu untuk berbincang. Aku pun tak faham aturcara derang ni. Derang datang beramai2, tapi berpecah2. Yang 3 orang ni terus ke nagoya, yang lelain tah merata2. Ada mou ke haper tah kat tempat lain. Dipendekkan cerita, hari ahad 27hb oktober tu, kami pun pergi lah menyambut mereka datang di kanayama. Hotel derang kat sana. Stesen ketapi pun kat sana. Ada yang naik train biasa, ada yang naik shinkansen dari tokyo. 

Masa kami sampai di hotel, derang belum sampai lagi. Bila dah sampai, derang check in dan janji jumpa balik kat lobi sejam kemudian. (apasal ayat aku tunggang langgang neh???) Sementara tu, kami gi jenjalan kat sekitar kanayama station tu. Aku masih tertanya2 apa beza kanayama station ngan nagoya station? Malas nak google.

Ada kete racing kat lobi hotel tu. Saper punya ni eh?



Kat luar stesen tu ada pusat membeli belah terbuka. Tengah2 tu ada persembahan muzikal budak2 sekolah kot. Penontonnya tu mesti mak2 pak derang kan?





Siap bergaya bagai.


Settle berdiskusi, derang ajak mengeteh. Ingat senang ker oiii nak cari tempat makan kat sini? Jalan punya jalan, tak jumpa apa2 yang boleh diminum. Last2 kami lepak kat tengah2 tu tadi. Ada performance lagi. Kali ni ada retis baru. Sold out album dia tau. Ni kira retis hiphop la. Sedap jugak lagu yang dia nyanyi tu. Suara stok2 aril af tu huhuhu.




Memula ingat nak makan kebab kat sini. Katanya ada satu kedai kat situ. Sekali tanya kat tourist centre, dah pindah katanya. Jauh pulak tu pindahnya. Makan megi je lah nampaknya derang malam ni hihihi.

Dah settle kat situ, kami menapak ke aeon pulak. Aeon mana yang aku tak pergi lagi??? Nampak dari jauh macam dekat jer aeon-atsuta tu. Sekali  jalan punya jalan, jauh jugak. Melecet kaki ku. Pasni tunggu dah ada kete lah baru pergi situ lagi hihihi. Oleh kerana agak jauh, tak dapat lah soping moping sangat. Osah cari pasal lah kan.

Tengah belek2 barang kat situ, terjumpa benda alah ni.

Teh boh songket mango fevretku! Tau lah kat mana nak cari kalau habis nanti.


Kami balik pukul 8 malam. Sedih jer rasa masa berjalan balik tu. Tiba2.




0 komen: