Friday 15 November 2013

Kunjungan Pertama Ke 0tsukaya


Kalau aku kaya, bila aku kaya, kalau aku kaya, bila aku kaya, kalau aku kaya aku pergi 0tsukaya bill2 jiran keluarga, aku belanja selamba...

Kenapa tah buat entry mesti nak bagi intro camtu. Seperti yang telah diceritakan itu hari, ada sebuah kedai kain yang agak best kat nagoya ni. 0tsukaya namanya. Tengok website je pun aku dah teruja. Tak sempat tunggu weekend, hari selasa jugak aku dah pergi. Kami pergi tu lepas asar, dalam pukul 3 gitu.

Cam best je baring2 tengah padang ni. Tapi dalam cuaca sejuk macam sekarang, baik aku duduk bilik selubung dalam gebor.

Sampai di stesen kuruma'michi, terus nampak papan iklan. Keluar pintu 4 katanya. Keluar2 stesen, terus jumpa pintu masuk dia. Bila masuk tu, terus rambang mata aku. Banyak nya kainnnnnnn!!! Tapi ni bukan kedai kain macam nagoya-textile atau jakel tau. Dia takde kain memacam jenis. Cotton jer kebanyakannya. 95% kot. Kalau nak ikutkan, beso lagi jakel. Kononnya kali ni nak mencuci mata jer dulu. Balik kang baru pikir apa langkah seterusnya hihihi. Habis pusing 4 tingkat, kami cari port nak solat kat luar. Settle maghrib ngan isyak, konon nak sambung cuci mata lagi. Sekali dia dah tutup la pulak. Laaa tak perasan dia tulis kat pintu, tutup pukul 6.30 petang. Apasal la awal sangat tutupnya???

Ini lah dia.


Oleh kerana dia dah tutup dan masih awal lagi, kami pun pergi makan. Tak tau pun kat mana restoran-ariana tu, tapi yang aku ingat, kat depan dia ada kedai kopi. Di kejauhan, kelihatan satu papan tanda kedai kopi yang besar. Kat situ kot. Sibbaik betul! Restoran ni menyajikan makanan india, afghanistan dan pakistan kot. Kami order yang pernah kami makan je lah. Nasi beriani, cheese nan dan ayam masala. Walaaa sedapnya cheese nan tu. Lagi sedap bila tengok cheese tu meleleh keluar hihihi.

Kena dengan selera aku.

Saya suka! Lepas jugak rindu pada beriani matbond walaupun jauh sangat bezanya.

Pelik sikit rasa dia, tapi ok la...

Tak pernah makan nan kat mesia. Sedap rupanya. Tapi yang kat gandhara punya lagi manis kot.


Ok, jom balik. Eh, aku beli apa tu ek? Alat2 jahitan kot. Benang, tape, jarum peniti, bla bla bla...

Masuk dalam train, semorang berpakaian pejabat. Derang balik kerja pukul 8 malam kot.

Dulu, orang kiter cakap, orang jepun ni rajin membaca buku. Dalam train pun membaca buku. Bila aku dah saksikan sendiri, betul lah, derang membaca buku dalam train, tapi orang yang dewasa la (maksudnya generasi yang orang kiter sebut dulu). Kebanyakannya membaca manga hehehe. Generasi muda kebanyakannya membaca juga, tapi membaca ipong. Membaca dalam train juga. 


Adeh, banyak nyer entry yang pending. Tak tau nak tulis apa dah. Maaf la ye kalau entry aku macam sampah. 

Sekian.


5 komen:

nazayiena said...

Awainya kedai kain tu tutup.

AyunasiA said...

tu lah... kena pergi pagi2 lain kali, baru boleh belek satu2.

Hanisumayyah said...

Kuciwa....xde gambar kain banyak2 dalam kedai tu...huhuuuu...

Hanisumayyah said...

Alahai ingat ada gambar kain2 yg banyak tu...xde pulak daaa.....

AyunasiA said...

sorry hanisumayyah... aritu nampak cctv dlm kedai tu, terus takut nak ambik gambo. tp 2nd time pergi selamba je tangkap gambar sambil senyum2 kat henpon kengkonon tgh bc text. next time, dlm entry kunjungan kedua pulak eh