Wednesday 27 November 2013

Ia Mengambil Masa 20 Tahun


Eh, perasan tak? Semenjak dua tiga menjak duduk kat negara orang ni, aku asik tulis entry pasal aktiviti harian aku je ek? Ini bukan seperti blog aku yang aku kenali dulu, kan? Mesti anda rindu dengan aku yang dulu, kan? Pui! Dah, nak buat macamana... tanah air jauh di seberang lautan, tak sempat nak ambik tau hal ehwal semasa sangat melainkan apa yang kengkawan update kat fb jer. Jangan kan topan haiyan, tah2 topan haiyun (eh, macam nama suami den jek?) pun aku tak sedar kot. Aku mana ada tv lor. Isy, aku yang sebenarnya adalah lebih advance sepatutnya. Sebelum orang update kat fb, aku sepatutnya dah khatam board isu semasa kat forum dah. Bosannya kau ni? Oh, kembalikan aku yang penganalisis itu please...

So, sebelum isu ini menjadi sendu, baik aku story mory sekarang. Bukan, bukan nak citer pasal citer hantu yang tak hantu sangat tu. Dari mulanya seram, terus tak seram hujung2nya. Nyampah! Ok, aku nak citer pasal cuti hujung minggu di Johor yang akan dikembalikan ke hari Jumaat & Sabtu bermula Januari 2014. Atau lebih tepat lagi, bermula 3 Januari kelak. Haaa mesti kanak2 tak paham kenapa aku kata dikembalikan, kan? Haaa itu maknanya uols lahir selepas 1994. Kalau pun sebelum 2-3 tahun, mestilah uols tak faham lagi apa yang dimaksudkan di sini.

Kenapa aku mengambil keputusan untuk menyentuh isu ini? Sebab ia ada unsur nostalgia hihihi. Baling belakang kata orang sekarang kan... Ni dah mula lah rasa sentimental. Dapat pulak kalau dengar lagu baling belakang yang layan baik punya, kan. Tapi untuk isu ni lagu yang sesuai ialah iman mutiara daripada raihan la kot. Baru kena dengan tajuknya. Insaf terus.

Desas desus tentang perkara ini sudah kedengaran sejak seminggu dua yang lalu. Tapi masa tu katanya derang baru jer membentangkan kertas kerja mengenainya. Belum sohih lagi. Kabo angin katanya. Tapi kalau lah betul, oh, alangkah bestnya. Bukan best apa. Best lah bila apa yang pernah kita lalui suatu ketika dulu, akan dilalui juga oleh anak2 korang sekarang. Takde lah bila kiter kata kiter pernah sekolah hari ahad sampai khamis, mereka mengambilnya sambil lalu sahaja. Ini mitos ker mama? Gitu. Hebat vokab anak korang, mitos pun dah tau. Aku tau perkataan mitos pun selepas dah besar2.

Okeh, sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, aku nak 'quote' status aku 2 minggu lepas ketika terdengar desas-desus itu.

"masa tu kiter form 3. dak lelaki kena pakai baju melayu, samping biru muda pergi sekolah menengah. balik sekolah menengah awal, berebut naik bas. tapi dak lelaki diutamakan. kalau bas dah tak muat, kena tinggal, tunggu lah bas datang balik untuk sesi petang pukul 2 lebih. masa tu kiter form 3. bermulaya cuti setiap sabtu & ahad. hampir 20 tahun yang lalu."

Setiap kali teringat pasal peralihan dari cuti jumaat kepada ahad, secara automatik mindaku akan retrieve pasal berebut naik bas dan kena tinggal bas ini. Tahun tu ialah tahun 1994. Kalau tahun depan ia bertukar semula, bermakna genap 20 tahun kami bersabtu-ahad. Tapi, in between tu ada lah juga aku berjumaat-sabtu. Misalnya masa aku bertugas di uitm-dungun dulu, setahun setengah ok, aku berjumaat-sabtu. Tapi tu tak terasa sangat sebab masa tu waktu kerja aku fleksibel. Hari khamis tengahari aku dah ca alip bot balik bp. Pastu hari ahad yang sepatutnya kerja pun aku baru terhegeh2 nak balik dungun semula huhuhu. Isy isy isy. Sibbaik sekejap jer aku kerja kat sana. Kalau lama, lagi lama lah aktiviti tidak beretika itu berlaku. Astaghfirullahal'azim... Oh, pastu aritu masa aku kursus 3 minggu kat instep (tu pun nak kira), pun aku berjumaat-sabtu jugak. Syok giler 'feeling' pada hari khamis. Padahal takde lah aku balik rumah pun. Tapi lain lah rasa dia. Tu tak ambik kira lagi suasana pada hari Jumaat tu itself. Bila bangun pagi tu, aku dapat rasa seperti burung2 berkicauan dan suasana tu hening dan damai sekali. Puitis je rasa hahaha. Over, kan? Eh, tak payah ambik contoh jauh sangat lah. Ko ambik je cuti hari jumaat, pun perasaan tersebut akan terbit sendiri. Lagi lah kalau duduk kat kampung2 macam aku. Bila merenung ke luar jendela, takde kereta atau motor yang lalu, tu yang jadi hening dan damai je tu. Pastu bila tengahari, tengok orang naik motor dengan kain pelikat, oh, nostalgianya!

Ingat lagi, dulu bila hari jumaat, mak akan suruh salah seorang daripada kami  untuk menggosok kain pelikat abah untuk abah pakai pergi solat jumaat. Ada ke ek? Ke aku bermimpi? Sebenarnya bukan lah tak pernah kiter cuti pada hari jumaat walau pun cuti hujung minggu ialah sabtu-ahad. Time cuti sekolah, time cuti semester, time cuti umum, pun kiter jumpa suasana tu. Ni aku ceritakan dulu. Dahulu. Zaman cuti jumaat-sabtu.

A'ah ek, maknanya, masa aku sekolah kat bandarmas, kiter masih cuti jumaat-sabtu lah ek? Ye lah... masa tu, sesekali abah akan datang jemput aku balik eto5 naik motor pada petang khamis tu dan kami akan bermotosikal pada malam jumaat hihihihihihihihihihihih ok, tak seram langsung. Aku pernah terfikir, malam jumaat takde roadblock kot sebab polis takut hantu. Eh? Masa tu motor takde roadtax dan tak pakai helmet. Itu pun aku rasa abah pinjam motor seseorang, tak ingat saper sebab aku rasa macam kami naik kapcai? Motor abah masa tu yamaha tangki kat depan tu. Eh, lantak lah. Apa kaitannya dengan cuti jumaat-sabtu pun, ye tak?

Tapi, tak semua orang berperasaan seperti aku dalam isu ini. Ramai yang suka, dan ramai juga yang membantah. Masing2 ada alasan tersendiri. Yang takde alasan pun, sengaja mencipta alasan bagi mencucuk orang yang sedia membantah. Kasi bakar lagi! Ye lah, kadang tu, ko takde lah lagi anak yang sekolah. Laki ko pun takde lah kerja kat luar johor. Dan beliau juga tidaklah bekerja swasta. Gomen jugak. Macam sempurna sangat dah tu kalau cuti hari jumaat-sabtu pun. Tapi? Tapi, tak nak juga setuju dengan alasan2 yang agak menyampah bunyi nya.

Tapi ada juga yang setuju separuh. Separuh tu dia setuju cuti jumaat-sabtu. Tapi separuh lagi tak setuju kalau pihak swasta tak dipaksa ikut serta. Maksudnya kalau semua orang yang duduk di johor ni cuti jumaat-sabtu, tak kira lah gomen ke swasta ker, maka dia bersetuju 100% lah. Ok lah. Aku melihat benda ni dalam tempoh percubaan. Cuba dulu buat dalam sektor awam, swasta tak wajib ikut. Kang kalau diwajibkan terus kang, lagi lah meletup kan. Terus bungkus legoland ngan jpo gamaknya. Ni kiranya tuanku buat macam dahlia dalam citer jodoh itu milik kita ar. Apakah? Dalam citer tu, dahlia maafkan syafiq sebagai hukuman katanya. Supaya syafiq rasa bersalah. Mula2 ni kiter jalan lah untuk gomen dulu. Besok2 kalau sektor swasta rasa macam tak masyukkk jer, mungkin ada yang akan mengikut jugak. Alah, derang pun ada anak sekolah kot.

Sementara tu, kalau gomen cuti jumaat, sementara sektor swasta kerja, kiter gunakan lah masa tu sebaik2nya untuk melakukan urusan2 bank dan sebagainya. Kalau selalu nak keluar gi bank pun bercinta, kena isi borang bagai, pasni pergi lah hari jumaat tu dari pagi sampai ke malam. Takde saper nak kisah. Manakala hari ahad pulak, aku tak tau lah kat tempat lain, tapi kat tempat aku (kat bp lah, bukan kat jepang ni) selalu sangat kedai tutup hari ahad. Pasnih, ko tutup lah kedai hari ahad, ada aku kisah? Gitu. Besok kalau swasta pun mengikut, kiter serang melaka lah pulak. Yang untungnya orang muo ngan melake lah kan? Macam orang kontan ngan kemaman la. Compliment each other gitu.  Kalau utara ada kedah-penang-perlis-perak, pantai timur ada terengganu-pahang. Kira ni versi wilayah selatan ar. Eh, aku bukan cakap macam ni sebab aku tak berada di johor ok. Aku pun kalau boleh nak sama2 merasai pengalaman pada 3-5 Januari itu. Kalau ada siaran langsung kat tv pun lagi bagus.

Pastu, bagi yang kerja kilang, ada sesetengah company tu takde peruntukan masa untuk orang lelaki solat jumaat. Contohnya masa aku keje kilang VS dulu. Selamba jer derang keje macam takde hari jumaat. Tapi kilang pne-pcb ada waktu solat jumaat. Siap disediakan bas lagik. Tu sebab kilang tempatan kot. Cer kilang jepun/us/singapore ker. Kalau level atas2 tu mugkin lah, boleh jer kuar sekejap, kan? Kalau operator, biasanya makan pun boleh makan kat kantin jek. Tapi tulah... cuti ni akan apply pada sektor awam jer. So, pekerja2 kilang ni kena tunggu lah benda ni diwajibkan ke atas sektor swasta, yang entah mungkin ker tidak tah.

Yang bagusnya, budaya bapak2 membawa anak2 ke masjid untuk solat jumaat pasti akan subur kembali. Kalau selama ni bapak gi jumaat dekat tempat kerja, sementara anak pulak pandai2 sendiri lah pergi masjid. Tu pun kalau pergi masjid. Budak2 ni kadang pergi tu memang lah pergi, tapi tak solat pun. Ni nak citer ni.

Hari tu, dalam minggu2 terakhir aku di @tec, aku ada la keluar ke bandar masa rehat hari jumaat tu. Itu adalah luar biasa ok... Sebab aku adalah sangat jarang keluar ke mana2 pada waktu rehat. Jangan kan hari jumaat, hari2 biasa2 pun jauh sekali. Tak kosser sebenarnya panas2 cenggitu nak keluar. Baik aku tido hehehe. So, pada hari itu, aku terpaksa punch out - punch in sebab keluar sebelum pukul 12.15pm. Oh yaaa... aku nak pergi bsn urusan tukar kaedah bayaran loan tu. Aku keluar awal sebab bsn tutup pukul 1.00pm.

Nak dipendekkan cerita, semasa masuk semula tu, betul2 time imam angkat takbir nak mulakan solat. Aku pun berjalan dari parkir menuju ke reception counter untuk punch in sambil melewati kolam ikan di sebelah kafe. Macam novel kot ayat camni hihi. Kat situ aku lihat ada beberapa orang budak lelaki sedang bergurau senda di tepi kolam itu. Mengusik ikan barangkali. Tapi aku bersangka baik, budak2 ni di bawah 10 tahun kot. Belum tahap kena rotan kalau tak solat.

Lepas punch in, aku terus menuju ke office, melalui kolam ikan yang dah takde ikan pula. Masa tu dah nak habis solat pun. (Eh, jap, tiba2 aku rasa macam hari ni hari jumaat, padahal baru hari rabu). Dan bila aku memanjat tangga di tepi kolam itu, aku terdengar suara budak2 dan terlihat beberapa orang budak lelaki dengan sebuah basikal sedang menuju ke arah ku. Dan bila ternampak jer akan diri ku, terus derang berhenti dan memandangku dengan muka terkejut. Aku pun membuat isyarat tangan ala2, "haaa aiyok... acik bagitau mak korang." Langsung derang pusing 180 degree dan cabut! Kebetulan salah seorang daripada mereka ialah anak opismate ku.

Sementara nak naik rehat tu, aku membuat pertimbangan terlebih dahulu. Nak bagitau ke tidak? Kalau bagitau, takut member tu belasah anak dia. Aku lak rasa bersalah. Kalau tak bagitau, rasa macam lemah sangat iman di dada. Gagal mencegah dengan lidah. Pastu aku pikir balik, budak tu baru 9 tahun kot, belum 10 tahun. Eh, ker sebenarnya 7 tahun? Tapi rasanya 7 tahun tu dah kena suruh anak solat. Kalau dia tak solat umur 10 tahun, baru lah kena rotan, kan? Pastu fikir lagi, budak tu belum sunat, belum baligh dan sebagainya. Banyak nau difikirnya sampai tak jadi nak cakap dah. Cakap je lah! Susah sangat.

Dan bila member tu datang, aku pun cakap... jenuh jugak la pikir ayat yang sesuai sebab yang paling aku risau balik karang budak tu kena belasah pulak huhuhu.

Xxxx, saya ni bukan lah nak mengapi-apikan ke apa. Tapi tadi saya nampak anak xxxx dengan kawan dia kat bawah time orang solat jumaat. 

Oh ye ker? Thanks la sebab bagitau.

Errrrrr tapi xxxx jangan lah belasah pulak yyyy tu ek.


Ermmm... mesti lah kena tegur dari kecik. Budak lelaki kan...

Alamak? Apakah yang berlaku selepas itu. Aku pun tak tau. Tapi aku lega sikit bila dia sebut 'budak lelaki' tu sebab terus aku membayangkan lelaki sebagai pemimpin. Tiba2. Jadi, mungkin betul lah tindakan aku tu. Hiks.

Jadi kesimpulannya di sini, dengan perlaksanaan cuti pada hari jumaat ni, mudah-mudahan para bapa akan dapat memastikan anak2 pergi ke masjid dan solat jumaat. Bukan setakat pergi jer tau, tapi solat juga. Pimpin tangan anak tu. Tapi kalau belum sunat, susah jugak nak pastikan, ek? Pastu kalau bapak derang kerja kat tempat lain, ibu2 lah pulak yang kena pastikan. Camner caranya, pandai2 korang lah. Anak korang, kan. Aku citer jugak benda ni kat encik suami. Katanya, dia pun pernah jadi budak lelaki. Bila dah jumpa kawan2 kat masjid, memang lah camtu kekdahnya. Ada takde ajk masjid la yang kena perambat budak2 tu masuk dan solat. Kot.

Kat sini aku list kan antara sebab mereka membantah. Tapi ada di antaranya bantah secara one-off jer hihi.
  • Dia nak kawin bulan 1, dah confirm tarikh sumer. Susah ar cenggini. Kad sumer dah print. (maknanya lepas kawin dia tak kisah jer cuti bebila pun). Ini one-ff case.
  • Dia keje swasta. Hari sabtu keje half day. Kalau cuti hari jumaat, half day je lah ada masa untuk anak2. Caner nak jenjalan?
  • Dia keje gomen, pasangan keje swasta. Makin terhad lah masa bersama keluarga.
  • Tak boleh lah nak pergi kenduri kawin kat luar johor kalau dibuat hari ahad. 
  • Kalau wat kerja kawin hari sabtu, tak boleh lah rilek2 sebab besok tu dah kena kerja.
  • Kalau wat kerja kawin hari jumaat, kawan2 dari luar johor tokleh datang la. (banyak nyer isu kawin yang berbangkit hihi)
  • Dia pjj. Suami keje kat melaka. Jumpa time weekend jer.
  • Alaaa dah tak boleh tengok melodi!!!
  • Dah takde lagi la soping2 tengahari jumaat ek? Tak boleh la lagi survey2 barang hari jumaat, tapi tak beli sebab nak beli hari sabtu supaya boleh pow encik suami, kan?
  • Macamana nak berurusan dengan HQ kalau kiter duk kat branch di johor? Takde bisnes ar jumaat sabtu ahad?
Ada beberapa alasan ni yang boleh dilihat dari sudut positif, lalu menjadi bagus. Aku juga ada rasa tak setuju sikit2. Especially part yang dia tak selaraskan kesemua sektor dalam negeri johor. Itu memang agak mengelirukan. Lagi pun, aku rasa yang bercakap tu sebab dia belum melaluinya. Semua orang belum melaluinya. Takyah lah cakap dulu ok, sekarang pun mesti lah ok juga. Dulu tak ramai orang bekerja.Atau dalam kes aku, zaman aku dulu tu, kami duduk di felda. Majoriti isteri suri rumah tangga sepenuh masa. Suami pula kerja di ladang, tiada waktu pejabat. Kiter pulak kecik lagi. Taunyer gi sekolah, balik, main, tido. Time cuti lak main, makan, main, makan, main, tido. Ok, memang itu jer aktiviti masa kanak2. So, memang tak terasa langsung cuti hari apa pun. Tapi sekarang, kiter suami isteri bekerja, anak2 bukan setakat pergi sekolah, main, tido pada hari sekolah dan main makan main makan main tido pada hari cuti, tetapi di antaranya ada satu aktiviti yang zaman 20 tahun dulu takde, iaitu jenjalan soping moping hujung minggu. Kan? Dulu mana ada jenjalan2 ni sumer. Ada takde balik kampung time cuti sekolah ngan raya jer. Tak payah ibu bapa bekerja lah. Bapa jer bekerja dan ibu suri rumah pun mesti kena ada aktiviti jenjalan ini. Itu lah kot bezanya dengan 20 tahun dulu.

Pasal kenduri kawen tu, boleh adjust kot. Ada orang kata, kalau wat kenduri hari jumaat, masa terhad sebab orang nak solat jumaat. Tapi ada pulak yang kata, lagi lah bagus sebab balik dari solat jumaat orang boleh terus serbu rumah perantin. Cuma jemputan dari luar jelah kot yang tak boleh datang. Sementara kiter pulak tokleh pergi jemputan kat luar. Kes2 terpencil lah kot. Be positive katanya.

Apa2 pun, kiter tengok lah pada 3 Januari 2014 nanti. Dan 5 Januari tu jugak. Time tu baru nak naik sekolah kot, kan? Beruntung lah orang yang keje swasta sebab boleh pimpin tangan anak ke sekolah pada hari ahad tu. Kan?

Sekarang, adakah anda rasa ini blog ini seperti blog aku yang dulu? derang

2 komen:

ayzaqaysukashah... said...

i termasuk dalam golongan yang suami cuti sabtu ahad dan saya jumaat sabtu..
aku dah cakap kantan taknak kelas hari ahad
aku nak cuti manjang

AyunasiA said...

nanti kakak ko tu pun tak nak kelas hari ahad,, kan kan kan?