Thursday 21 November 2013

COE Dah Dapat, Residence Card Pun Dah Dapat


Hari sabtu yang korang cuti panjang sempena deepavali dan awal muharam tu, kami dah dapat surat dari imigresen yang mengirimkan coe aku. Yeay! Dah dapat coe! Dah boleh tukar status pelancong kepada residence dan buat residence card. Lega rasa. Takyah lah aku balik bulan 1 nanti kan. 

So, hari selasa depannya, kami pun pergi ke imigresen. Memula kena isi borang tukar status pelancong ke residence. Sibbaik bawak gambar! Pastu serah coe ngan passport dan dia suh beli setem 4000 yen. Lama jugak lah tunggu tu, sampai dekat dah nak tutup dah. 

Nampak tak tu dia dah turunkan blind tu? Dah nak tutup opis dah.

Dah siap tu, kami terus ke supa (supermarket) tachiya. Dapat lah beli ikan banyak2. Pastu kami gi makan udon. Ni first time aku makan udon ni. Caner? Boleh la tahan. Takde lah sampai tahap teringin nak lagi. Sama la ngan sushi. Belum ada rasa teringin lagi.

Kalau mee bandung, baru lah teringin.


Makan ngan tempura.


Pastu kami ke edi-on kedai barang elektrik. Ada daiso kat sini. Cuci  mata je lah kat edi-on ni.

Oven kat sini samada microwave semata, toaster semata atau microwave+oven+steamer sekali. Kalo kat mesia kira convection oven la kot. 

Kat mana2 ada jual mesin jahit. Nak beli, macam tak tau nak buat apa. Tak beli, susah pulak nak jahit benda simple2 pun. Alas meja pun aku sembat tangan tau.


Jumpa benda ni kat jusco. Pisau pelerai jagung. Mesin jagung aku tu  nak buat cenggini lah, tapi susah nak adjust mata pisau tu secara automatik. Ni kita boleh kepit guna tangan jer kalau nak kecikkan mata tu.


Pastu apa ek? Aku pun dah lupa sequence sebenarnya. Rasa macam kitorang makan last sekali? Tah. Oh, kat sini juga ada kedai alat jahitan dan langsir. Hmmm... #lampuataskepala.

Selamat pagi; ohaio gozaimasu
Selamat siang (lepas kul 10 pagi kot); konnichiwa
Selamat petang/malam; konbanwa
Selamat tinggal; sayounara.


2 komen:

nazayiena said...

Nasib baik dah dpt coe....

Shila said...

ohaio gozaimasu...

bestnye ada pisau pelerai jagung tu..rupanya ada ek benda tu...kalau la ada kat daiso malaysia kan best...