Thursday 28 November 2013

Ringo Picking Trip


Rasanya aku kena skip entry2 yang tak perlu. Takkan semua nak cerita kot, kan? Jadi kiter fast forward ke 2 minggu lepas. 2 minggu lepas merupakan minggu jenjalan bagi aku. Khamis, sabtu dan ahad aku tak duduk rumah. Penat giler rasanya. Mula2 sekali aku nak citer pasal jenjalan hari khamis.

Hari khamis tu, aku susah nak tidor malamnya. Biasa lah, bila nak pergi rombongan, aku selalu tokleh tidor. Excited sangat kah? 

Trip ni telah memang ada dalam kalendar akademik (cewah!) kelas nihongo aku. 14 November katanya. Masa majlis perasmian aritu pun orang dari lions club tu ada cakap, jumpa lagi masa field trip nanti. Maknanya derang akan turut serta lah kan. Dah, memang derang pun yang sponsor. 

So, dalam hujung bulan lepas, cikgu dah mula edarkan borang kepada yang nak join ni. Kiter kena bayo 100 yen untuk insurans, sementara kalau bawak spouse kena bayo 2000 yen. Kalau bawak anak pun 100 yen jugak. Sebenarnya 2000 yen tu untuk cover makan tengahari ngan tiket masuk kot. Maka, aku pun bayar lah 2100 yen. 

Lebih kurang seminggu sebelum tu, orang dari pejabat penganjur kelas nihongo ni datang ke kelas. Dia datang ke sorang2 nak tanya, kalau bas tak muat, spouse takleh pergi, u nak pergi tak? Aku kata aku akan pergi. Sebenarnya encik suami pun nak pergi berbelah bahagi sebab beliau ada kelas nihongo jugak setiap hari. Lagi lah kelas beliau jenis betul2 punya, siap ada exam bagai. Kalau kelas kami ni belasah jer. Balik rumah campak beg, minggu depannya bawak beg nya macam tu balik pun takpe huhuhu. So, orang tu kata dia akan email petang tu untuk confirmkan. Dan besok tu baru aku teringat nak tengok email. Derang cuma bagi anak2 je ikut. Semua yang berpacaran boleh lah bersolo-an. Ok. Kebetulan encik suami pun ada kerja lak hari tu. Just nice lah kiranya.

Nak dipendekkan cerita, pagi khamis tu, seawal jam 8.30 pagi lagi aku dan menapak ke depan toyodaauditorium tu. Dekat je dari kaikan (istilah yg digunakan untuk international residence, tapi aku rasa maksud dia international jek. lantak la. janji sumer orang sebut kaikan kaikan kaikan). Ramai jugak yang dah ada. Aku pun satu. Baca tak habis. Dia kata berkumpul kul 9 pagi, gerak 9.30. Yang aku baca kul 9 gerak. Maka lama lah jugak menunggu. Dekat 9.45 baru gerak.

Bas yang membawa kami.

Bos lions club dan bos pusat advisory uni turut melambai kami. Rasa macam bagus jek hihi.




Tu ketua rombongan weols

Ekceli aku tak tau pun derang nak bawak gi mana. Tau nak pergi apple picking jer. Kat mana, tah? Yang aku tau dia lalu motoyama, masuk highway. Lebih kurang 45 minit berjalan, derang berhenti kat RnR ni. Sempat lah aku makan kuih cek mek molek yang tak berapa nak molek yang tak sempat aku makan pagi tadi. Nak makan dalam bas cam segan.

Simple je rnr dia. Ada toilet dan vending machine hehehe 




Antara rombongan kami. Ni combine 4-4 kelas. Dengar yang kelas 4, dah boleh berbual dalam nihongo. Best nyer! Boleh ker aku?


Bila bas jalan semula, aku terus tido. Alah, sama jer lah suasana hiway dia ngan hiway kiter, cuma buat masa ni lain sikit lah sebab...

Daun2 dah bertukar warna! AKu celik2 jer terus ternampak pemandangan ini. Cecepat kuarkan kemre. Tak sempat nak setting dah habis pemandangannya.





Gambar yang sama je hehehe sebab set dia snap banyak kali. Paling malas nak pilih2 gambar.

Nampak lah sesuatu yang berbeza sikit kan. Kalau tidak, bangunan je keliling.

Lebih kurang sejam selepas jalan dari rnr tu kot, bas pun keluar dari highway. Iida nama exit tu. Dan bas pun terus pergi ke restoran untuk makan tengahari. Apalahhh yang derang nak bagi kiter makan tu kan...

Penuh giler restoran tu. Tah pelancong dari mana tah. Suasana dia lebih kurang  restoran yang kami singgah semasa nak pergi tembok besar di beijing dulu. Bawah ada kedai souvenir, atasnya tempat makan. Konsep yang sama. Eh, baru perasan yang derang duduk tegak je kerusinya sederet.

Sempat encik tu angkat tangan peacdi situ hihi.

Apa nama mee ni? Soba? Entah, tak pernah makan. Sibbaik aku bawak roti ngan sambal tumis. Sumer pun aku tak berani makan huhu.




Bersama classmates. Yang ujung macam matsaleh tu Linda (USA), sebelah dia Gegham (Armenia), hujung lagi satu tu bukan classmate, tak tau nama, tapi dari china, dah kelas 4. Sebelah dia salu duk sebelah aku lam kelas, Goran (Serbia). Apa yang korang fikir bila tau negara asal dia? Depan aku tu An dan anaknya Tina dari mesia hehe.


Lepas tu, ingat derang terus bawa ke ladang epal. Rupanya ada persinggahan lagi. Kali ni di pusat kraftangan. Tak terfikir pun derang akan bawak ke situ. Masuk2 je, terus diberi benda alah ni. Macam dawai gitu.


Pastu dia suh duduk kat tempat ala2 bilik kuliah gitu. Laaa dia nak buat demonstrasi rupanya. Layan je lah.

Dia ajar cara nak buat tempat nak letak chopstick. Ooo guna benda alah dawai yang dia bagi tu lah.


Pastu dia tunjukkan lah benda2 lain. Tengok je lah. Bila orang jepun tepuk tangan, kiter pun tepuk hahaha.

Antara hasil kraftangan berasaskan dawai yang ada di kedai dia. Mahalnya!


Yang mamat ni buat hiasan dinding yang macam kat belakang dia tu.

Kad ucapan kiriman mu.


Bunga2 pun banyakkk.




Yang ni macam bola takraw ek?



 

 
Bunga-bungaan.



Travel agencies.

Bergroup photo sebelum masuk.

Selesai membeli belah di pusat kraftangan (aku tak beli apa2 pun), kami terus dibawa ke ladang epal. Sampai2 je kat situ, dia suh masuk kat tempat memasak pai epal.

Setiap orang dah disediakan epal yang siap direbus nih.

Dan errr apa nama benda ni? Tepung pai la kot. Laaa aku ingat dia yang ajar buat pai dari bab menguli...

Okeh, dah sedia dan boleh lah terus membuat pai.

Gitu jer. Taruk epal, lipat, penyek2kan tepi dia dengan garfu, belah cross kat tengah dia dan sapu telur.

Ke sepatutnya ada seni nak kelim tepi dia tu? 

Oh, dah siap tunjuk cara2.


Letak di atas dulang pembakar. Dia tanda kan tray mengikut meja. 

Mamat serbia classmate aku la ni yang sibuk suh orang tangkap gambar dia sapu telur ni sebab nak tunjukkan kat bini dia.

Pastu, dia kasik satu lagi tepung pai tu. Kali ni beso sikit. Dia suh potong bulat ikut bekas aluminium tu. Kendian, tekan masuk dalam bekas tu, dan humban sumer belen epal tadi ke atasnya. Pastu buat lah penutup dia cemana pun guna lebih tepung tu tadi.

Tada! 


Ini jer yang paling kreatif mampu aku hasilkan wakakakak





Sementara menunggu epal pai itu dibakar, kami pun pergi ke pokok epal. Makan lah banyak mana pun. Nak bawak balik, kena beli. Mahal tu. Macam sebijik rm20 gitu. Tau lah sedap. Ok, layan gambar pokok epal je lah ye.





Tempat ni atas bukit. Sejuk!


 
Macamana ek rasanya? Rangup, manis dan sejuk. Macam baru kuar dari esbok. Pendek kata sedap lah!
 



 
Boleh tak nak duduk sini sampai besok? Tak aci lah bawak orang lepas makan tengahari. Muat 2 biji jer perut.

Semorang tekun mengupas dan makan. Dapat bayangkan tak, kiter nak makan epal banyak2, kena kopek dulu guna pisau, tapi nak ambik gambar banyak2 jugak. Nak buat yang mana dulu??? Sebab tu lah berdua lebih baik, kan? 


Geramnya!!!

 



Tetiba macam gambar aku digantung di tiang nih hihi.
 















 
Dah kenyang makan epal, derang panggil balik ke bilik masak tadi untuk makan pai epal yag kiter buat tadi tu. Alerrr dah kenyang la...

 


Sementara makan tu, pai yang lagi satu pun dah siap. Derang suh packing untuk bawa balik. Yeay! Ini untuk kamu!


Ini aku punya. 



Somel, kan?



Pastu derang suh pergi ke ladang epal lagi untuk group photo. Bunyi macam jauh je aku sebut ladang epal. Padahal 10 tapak je dari tempat masak tu.


  





Ni pemandangan kat luar kawasan ladang.

Pastu, kami pun balik. Aku naik bas terus belayar zzzzzzzzzzzzz. Sedar2 dah kat kawasan nagoya kot. Berenti sekejap kat rnr dan terus balik ke dai.