Wednesday 16 October 2013

Urusan Pelbagai


Balik dari ambik visa tu, encik suami terus pergi tempah tiket flight. Derang mintak surat pengesahan cuti aku lah pulak. Dan2 tu jugak aku call hq. Belum sign pulak suratnya... Tapi aku mintak sebarang bukti yang mengatakan cuti aku dah lulus jek. Dan, dan2 tu jugak derang faks. Tengok2, eh, dah ada pun suratnya sekali.

Bila dah mula bercuti, maka mudahlah untuk melakukan urusan2 di bank dan sebagainya. Sebelum cuti ni pun aku dah mula dah. Jumaat pertama dapat confirmation tu lagi aku dah pergi bsn untuk menukar kekdah membayar personal loan aku tu. Selama ni aku buat potongan gaji. Jadi sekarang aku nak buat standing instruction untuk dia deduct dari akaun giro aku je bulan2. Memula aku call dulu encik yang uruskan loan aku dulu tu, tapi dia dah pindah kluang. Mulanya dia suh berurusan dengan bahagian kredit jb. Tapi aku mintak buat semua kat bp jek. So, dia suruh aku jumpa encikmukhtar kat bp. Dah diskas2, dia suh buat standing instruction je kat kaunter. Tapi aku terlupa bawak buku lah pulak. Maka postpone la minggu depan.

Minggu depannya, jumaat jugak, aku pergi ke kaunter. Dia suruh pergi jumpa orang kat sebelah pulak. Terjumpa encikmukhtar tu lagi. Dia pun musykil kenapa nak kena jumpa orang sebelah pulak sebab benda ni simple je kot. Macam selama ni aku bayar insurans pakai auto-debit mebeng je kot. Kendian dia teman aku pergi kaunter, pung pang pung pang sket dan settle.

Hari rabu, selepas semalamnya ambik visa tu, kami settlekan urusan kewangan dan utiliti pulak. Memula pergi bsn lagi untuk bank in kan installment untuk setahun. Tapi ni pegi bsnparitraja je la. Boleh ajer kalau aku terus bayar setahun, tapi, eh, kiter ikut je lah perjanjian, kan?

Kendian kami ke mebeng untuk tukar kad. Kan kat atm dia ada cakap kalau kad kiter expired tahun 2014, sila tukar baru, kan... Ni nak buat la ni. Tu pun sekejap je dah siap. Kali ni expired tahun 2020. Wow! Wawasan dua puluh dua puluh satu pandangan jauh...

Kendian kami ke tmpoint. Memula pergi yang kat bandar u punya, sekali dia kata untuk terminate kena pergi bp punya. Huh! No point la bukak tmpoint kat situ kalau nak kena pergi bp jugak! Powerpoint betul! (ni status fb aku aritu hehe). Rasanya yang kat situ macam vendor ke ejen gitu kot. Masa kat situ lah pulak opis encik suami dah memanggil2. Derang tengah audit mqa. Adoiyaiii orang dah cuti lah... Tapi encik suami sendiri yang offer memberi bantuan sekiranya diperlukan huhuhu. Sibbaik derang suh datang lepas rehat tengahari. Maka dapat lah kami terus ke bp pulak.

Sampai di bp, kami ke mahkamah dulu. Nak translate sijil nikah ke bahasa inggeris. Encik suami dah siapkan dah translationnya, tapi dia nak semak dulu. Tapi tak boleh siap hari tu jugak. Maka kami terus ke makan. Ok, sekarang ni adalah masa untuk makan apa sahaja yang tak dapat dimakan selepas ini. Nombor satu, kami makan asam pedas kat sebelah post office. Gerai generation tambak. Pekena kepala merah satu. Terbaek!

Mahkamah sesyen dan majistret.


Phew! Berasap!

Lawan dengan sambal goreng pulak tu.
I'll miss you!



Selepas makan, baru lah pergi ke tmpoint. Bla bla bla dia kata akan terminate dalam tempoh 14 hari, tapi kalau kes nak ke luar negara ni biasanya besok dia dah terminate. Aiyak! Mana boleh cenggitu? Ada masa seminggu lebih lagi ni, takkan nak terminate awal sangat? So, tak jadi terminate hari ni. Kiter terminate minggu depan, sehari sebelum pergi. Kendian kami ke tabung haji. Pergi yang kat bus stand tu. Sekali, laaa dia dah pindah ke parit raja. Laaa apa ke jauh bebeno pindahnya. Tapi bagus la, dekat dengan rumah aku. Cuma aku fikir, bagusnya tabung haji tu dok kat bus stand, senang orang2 kampung yang datang naik bas nak berurusan di situ. Kan? So, kami pun terus balik. Aku turunkan encik suami kat opis dia, dan aku pula pergi ke th parit raja. Memang ada perasan masa derang renovate bekas bsn tu jadi th, tapi tak tau pulak dia dah mula beroperasi. Aku park kat dalam masjid abdullah faqeh dan terus mengupdate buku akaun th. Laaa itu je ke urusannya? Hehehe itu je lah buat masa ni. Dari situ, aku pun balik rumah dan sambung mengemas beg lagi. Selagi tak pergi, selagi tu lah tak siap mengemas beg.

Petang tu, lepas menjemput encik suami, kami terus ke opis beliau untuk mengemas opis pula. Dah nak siap kemas dah, tinggal nak dihangkut je. Umangaiii... kalau dibandingkan barang yang aku bawak balik dari opis aku dengan barang encik suami ni, aku rasa boleh dikira aku punya tu 1/100 je kot hahaha. Betapa banyaknya! Macamana tak banyak, segala benda yang berkaitan kerja aku tak bagi tinggal kat rumah hahaha. Menyemak je. Tapi kali ni terpaksa bawak balik rumah jugak huhuhu.

Ciri2 orang yang sentimental. Benda ni pun dia simpan. Aku punya pun termasuk sekali kat sini hihihi. Kalau aku tak kosser nak jaga baik2 camni. 

Holoh holoh terharu aku tengok keychain ilpmersing aku pun ada dia simpan rupanya huhuhu.

Ok, tang ni memang aku tak terlawan. Pen aku setengah mug tu pun tak penuh kot. Apa ke banyak beno pen dia ni? Ni je dah makan sekotak.

Ha yang ni memang tak boleh blah. Bunga zaman kitorang kawen dulu tu tau. Sebenarnya aku dah nak buang dah, sekali dia nak bawak opis. Cantik jugak ek? hihihi. Plak2 dan piala2 tu pun pernah sampai kat rumah tapi aku suh bawak opis balik huhuhu. 

Buku2. Ini selalunya complimentary copy dari supplier ni. Kan?

Time maghrib baru lah kami balik. Ni pun baru trip pertama. Yang nak dijual recycle pun banyak giler! Oh, lupa. Masa kitorang sampai tadi terjumpa ngan mancahayabina. Kawan zaman kontraktor dulu.


Proud to be malaysian! Tapi kami akan meninggalkan mu buat sementara waktu demi menyahut cabaran zahidhamidi huhuhu (kalau tak menerima keputusan pru13, sila duduk luar negara hikhikhik). Dekat nak pru14 kami balik ekkk...

Hari khamis pulak, encik suami ada jamuan kat opis tengaharinya. Petang pulak, konon nak gi klinik gigi, sekali dah lambat, tutup pukul 5. So, gi makan jelah. Pusing punya pusing, terjumpa warongharun kat sebelah gelanggang raja-futsal. Laaa kat sini rupanya di berpindah. Ingat dah tutup terus. Man ayam pun masih ada kat situ. Sejak bulan puasa rasanya warong lama tu dah diruntuhkan. Kat tempat baru ni ada gerai2 kecik kat tepi dia. Ada otak2, roti canai, tahu bakar dan bakso. Tak sempat nak try kot.

Hari jumaat pagi, kemas rumah jer. Petangnya aku pergi tabunghaji lagi. Tetiba lak ada urusan lagi. Masa kat tabunghaji aku dapat call dari hsi, bagitau refferal letter dah siap, suh datang ambik. Hari isnin je lah. Lepas tu kami ke klinik gigi lagi. Kali ni dah call siap2. Lama betul menunggu. Macam tu klinik gigi ek? Dalam satu hari dapat buat beberapa orang jer. Encik suami siap sempat balik rumah print tesis lagi. Datang balik pun orang yang sama tak siap lagi. Settle kat situ, terus gi makan. Dah banyak juga benda yang settle setakat ni.

Bersambung lagi. Mengah dah aku menaip ni ha.






0 komen: