Monday 21 October 2013

Urusan Pelbagai - Part 2


Esoknya pepagi lagi femli-in-law sumer balik semula ke semencu. Terpaksa lah balik awal sebab kami nak ke jb pulak ni. Nak gi hsi ambik referral letter. Dari jb, kami terus ke jpj srigading. Tujuannya nak dapatkan maklumat lesen. Aku ada baca, kalau nak ambik lesen jepun, kena ada tarikh lesen pertama dikeluarkan. Banyak lagi yang diperlukan sebenarnya, tapi ni salah satu daripadanya.

Nak dapatkan maklumat lesen pertama ku tu kena isi borang dan potostet ic. Pastu gi ambik nombor dan tunggu lah nombor dipanggil. Bila dipanggil, kasi borang ni dengan ic tadi. Kendian tunggu la dia panggil dan bagi maklumat lesen tersebut. Cuma agak terkilan jugak lah sebab katanya orang sini nakkan maklumat lebih terperinci termasuk tarikh2 kiter renew lesen kiter. Lain lah kalau kiter masih simpan keratan lesen yang dah expired. Haih... tu nak kena mintak kat putrajaya pulak da... Leceh betul. Lantak pi lah.

Boleh mintak maklumat2 lain juga. Regenya juga berbeza.

Bayaran rm10 untuk maklumat lesen.


Dari jpj, kami terus balik. Esoknya pulak, kami ke bp lagi. Sekali lagi kami ke mahkamah untuk collect translation sijil nikah itu hari. Kendian ke tmpoint untuk terminate telefon dan strimiks. Kendian kami ke mebeng untuk kuarkan duit yang hendak ditukar. Mujurlah elaun daripada kpt sempat masuk sebelum pergi. Kalau tidak, dah plan nak kuarkan tabung haji aku jugak tu. Cuma elaun uni je tak sempat masuk. Mau makan bulan jugak tu. Takper lah. Masih boleh hidup dengan apa yang ada.

Dari mebeng, kami melintas ke bankislam. Oh, kat mebeng aritu kami dah buat permenant international transaction. Dah, kalau temporary maksimum setahun jer. Terpaksa lah buat permenant. kat bankislam ni pun nak buat benda yang sama. Tapi encik suami je yang ada kad atm bankislam ni. Tapi tak boleh pulak buat kad mesin atm. Kena telefon.

Cuba fahami ayat di atas. Deposit melalui pembayaran bil. Bukan sepatutnya pembayaran bil melalui deposit ker? Ke aku yang salah faham?


Dah terlanjur ada kat bank tu, kami masuk lah dalam terus. Kami tanya lah kot2 dia boleh setting kan international transaction jugak untuk credit card. Dia kata boleh. So, settle lah urusan2 di bank. Setakat ni, masih ada urusan yang perlu dilakukan dengan bank2 di malaysia, tapi semua nya boleh dibuat secara online. Macam insurans aku, dipotong setiap 26hb dari mebeng. So, aku kena pastikan ada duit untuk dipotong dalam akaun pada tarikh tersebut. Errr itu pun mengharapkan ihsan encik suami untuk bayarkan setiap bulan hihihi. Tengkiu suamiku! Untuk ansuran rumah, dipotong terus dari akaun bankislam encik suami. So, setiap bulan kena transfer interbank (mebeng to bankislam) la sebab gaji beliau masuk kat mebeng. Ermmm itu je lah kot benda yang kena bayar. Personal loan aku tu start potong dari akaun giro aku bulan november. So, nanti bulan depan aku akan email encikmukhtar tu untuk mintak dia check kan sama ada ianya berlaku atau tidak. Dia yang suh buat camtu. Cuma untuk installment tahun depan lagi satu, aku kena mintak tolong adik beradik la kot untuk tolong masukkan duit dalam akaun giro tu. Lambat lagi kan. Yang aku masukkan aritu cukup untuk tempoh setahun. Berkenaan insurans pulak, semua kami dah maklumkan kepada ejen.

Dari situ, kami ke k4 untuk pi tukar duit. Alahai... masa ni lah dia nak offline kan... Pergi pulak ke bpmall. Takde stok pulak. Paling cepat boleh dapat hujung minggu ni. Orang dah nak pergi besok daaa... Mula lah aku nak muncung ni. Kenapa tak tukar awal2? Eh, bukan ke duit baru masuk semalam? Oh, a'ah ek. Takpe lah, kiter tukar kat keyell je besok. Sempat kot...



1 komen:

Puan Ida said...

salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 64