Wednesday 9 October 2013

Route To Nagoya : Bagaimana Ia Bermula


Rasa macam nak nangis ketika menaip ni sebab sebenarnya aku dah siap  menaip entry ni, tapi tah macamana, mungkin aku tertekan delete kot kat senarai post tu. Terus hilang. Huaaaaaaaa!!! Dah lain feel nya. Anyway, ulang semula la nampaknya. Dah lah ni entry pertama. Yang seterusnya pulak yang dah siap. Nak tak nak memang terpaksa buat semula la kan. Takkan tetiba cerita lain pulak. Fuh! Bismillah... ganbatte asia!

Soalan pertama, kenapa Nagoya? Jawapannya, kenapa tidak?

Rasanya sesiapa yang masuk line akademik, pasti akan memikirkan tentang sambung belajar. Ye lah, kita nak ajar orang, mesti lah kiter kena lebih sikit dari orang yang nak diajar, kan? Kalau dah ada diploma, nak ajar diploma jugak, kena buat degree. Dah ada degree, nak ajar degree jugak, kena buat master. Dah ada master, nak ajar master jugak, kena lah buat phd. Dah ada phd, nak supervise phd jugak, kena lah ada pengalaman lebih lagi. Bila tengok sorang demi sorang member pergi buat phd, yang pergi pun dah balik, yang sebelum tu belum pergi, dah pergi, pun dah balik jugak, maka encik suami pun kena la buat phd jugak. Tapi persoalannya, nak buat apa dan di mana?

Ada orang, dari undergrad sampai lah ke phd, semua dia buat kat overseas. Ada tu pulak, dari taska, tadika, sekolah rendah, sampai lah ke phd, semua dia buat local. Ada tu pulak, dah undergrad, master kat overseas, phd buat local je lah. Ada pulak, dari tadika sampai ke master dah buat local, peringkat yang terakhir ni buat overseas la pulak. Dan encik suami termasuk dalam kategori terakhir ni. Bila lagi nak pergi ke tempat orang, kan? Tambah2 pulak orang kanan beliau yag dok lah berzikir, nak cuti, takmo kerja, nak cuti, takmo kerja, plis la buat kat oversea bla bla bla. Maka berusaha lah kiter ke arah itu.

Mula2 plan nak pergi uk. Fendi la yang cadangkan buat dengan sv dia dulu. Sempat lah jumpa sv tu masa dia datang yuthm, tah bila tah. Tapi plan tu tergantung begitu saja. Dah ramai sangat pergi uk katanya. Lagipun, kalau nak buat bidang robotik, baik buat kat jepun kot.

Lepas balik umrah, tetiba beliau excited nak buat kat usm pulak. Tah, dia tengok member dia dah pergi situ, dia pun nak pergi situ jugak. Tapi, nanti aku tak boleh la cuti mengikut suami ke luar 'negeri'? Setakat mintak pindah ke ilparumugampillai tu boleh la. Pastu, lepas 3 tahun, bukan senang nak masuk @tecbp ni balik kan. Lemah terus semangat ku.

Tak lama pastu, tetiba timbul pulak citer nak pergi ke jepun pulak. Tah, siap dia pergi jumpa potential sv tu kat utm lagik. Masa tu ada conference ke haper tah kat sana. Sejak itu, beliau mula berusaha ke arah itu. Apa2 hal pun, kena ambik ielts dulu. Ikut syarat kpt, dia nak 6.5. Boleh ker??? Aku kata, belum cuba belum tahu. So, mula2 aku cadang kan beliau redah kasi pecah je dulu. Test power kata orang. Nak tau lah, tahap mana sekarang ni. Mana la tau tiba2 sekali ambik terus cukup syarat ke, kan...

Tapi, itu semua ilusi belaka huhuhu. Cubaan pertama dapat 6.0. Eh, not bad  apa? Sikit je lagi. Lepas tu, beliau mula study maut sendiri2. Pernah pergi kursus pendek ielts yang dibuat kat uni. Malam2 tidur kul 2-3 pagi. Aku pulak yang risau. Kesian pun ada. Ye lah, kalau tak aku yang beriya2 benor nak mengikut beliau ke jepon, takde lah perlu dia mengambik ielts ni kan. Tak lama tu, beliau register untuk exam sekali lagi. Kali ni pindah pusat exam ke utm pulak. Kot lah kat sunwaycollege tu memang susah ke kan. Padahal ambik exam kat timbaktu pun sama je soalannya huhuhu.

Dan keputusan kali ini adalah masih sama. Acaner tu? Masa tu offer letter dari uni dah dapat. Kira kalau lulus ielts ni dah boleh proceed dengan permohonan scholarship la. Mengetahui keadaan ini, dekan beliau cadangkan beliau buat rayuan, kot2 lah boleh lulus, sebab bahasa pengantar utama kat sini kan nihonggo. Maka beliau pun buat lah rayuan.

Oh, lupa lak. sebenarnya masa ni sv beliau pun dah tukar sv lain. Sv yang ditemui di utm dulu tu dah nak pencen bulan 3 yang lepas. So, beliau turunkan ke anak buah dia pulak; arai-sensei. Pernah lah jugak depa ber skype dua kali sebelum nak apply tu. Masa first time tu, dia kata pukul 3 petang waktu jepon, yang encik suami pulak ingat waktu derang lewat sejam, ingat pukul 4 la. Sekali bila aku check balik, derang cepat sejam ropanya. Nyaris2 kitorang nak kuar jenjalan dan balik sebelum pukul 4. Fuh! Sibbaik dapat isteri cerdik yang solehah (lagi?).

Pada suatu malam, tengah2 baru nak tido, dapat call dari dekan beliau. Apa ke hey pulak call memalam ni kan. Rupa2nya beliau nak bagitau yang rayuan/scholar tak diluluskan di peringkat uni. Maknanya tokleh proceeed ke kpt lah. Yang agak menterkilankan ialah, dekan tu tak masuk pun meeting tersebut. So, tak dapat lah beliau defend. Ni pun dekan elektrik yang bagitau dia. Nak menyedapkan hati, beliau suruh buat local je lah. Kalau local, dan2 tu jugak boleh lulus. Kecewa ya amat! Kiranya malam tu menjadi malam paling menyedihkan la kot. Terus moral down, dengan aku2 sekali.

Setelah berfikir dengan lebih rasional (sebelum tu rasa nak marah je sebab fikir dia tak jawab exam tu bebetul huhuhu), aku pun memberi cadangan versi 'isteri cerdik yang solehah' hehehe...

Apa kata abang belajar bahasa inggeris kat pusat-bahasa-titian-jaya? Ayang sponsor yurannya.

Cerdik tak? Punya lah takmo berputus asa kan. Padahal tak tau lagi murah ke mahal yurannya. Kalau mahal, mati ai!

Jadi, pada suatu pagi ahad yang hening permai, kami pun pergi ke pusat bahasa itu. Memula dah call hari jumaat, dia suruh datang hari ahad. Encik suami pergi sensorang, aku jenjalan kat area bus stand tu. Ada ujian diagnostik katanya. Lama lah jugak, dekat sejam aku rasa. Tak lama kemudian, beliau pun turun dan dengan happynya berkata, 'ok dah register dan bayar deposit. Ni jumlah yuran yang kena bayar.' Aku pun tengok lah. Umangai! Ku fikir rat-rat jer. Sekali SERIBU EMPAT RATUS LIMA PULUH uolsss!!! Pengsan.

Tapi terlajak perahu boleh diundur. Redho je lah. Demi nak pergi ke jepun kan huhuhu.

Maka sejak itu, beliau pun pergi lah ke kelas tuisyen tersebut, setiap khamis dan jumaat. Masa tu dalam bulan 3 tahun ni kot. Pakej dia untuk 45 slot. 1 slot 1.5 jam. Satu hari ada 2 slot. So, kalau 2 hari 4 slot la kan. Memula aku pelik bila beliau tak balik dah dekat maghrib. Rupanya aku terlupa yang kelas abis pukul 6.30 petang. Cekal betul. Cikgu dia ada 3. Dua orang filipino, sorang india. Mula2 kekdahnya dia suruh call kalau nak datang. Tapi selepas2 tu jadi call kalau tak datang pulak. Leceh la pulak asik nak kena call je kan. So, secara defaultnya, beliau akan datang la setiap minggu tu.

Selepas dah agak confident, beliau pun register untuk exam lagi. Dah berapa dah tu? Masa first time ambik tu yurannya rm590. Kali ni dah rm610 pulak. Examnya berlangsung semasa aku berada di instep. Resultnya keluar betul2 semasa aku balik dari instep. Sampai2 rumah terus beliau menyampaikan ada berita gembira hehehe. Alhamdulillah. Sebelah kaki dah melangkah ke klia hihihi...

Lepas tu, beliau pun terus apply scholarship sekali lagi. Sebelum raya kot, dah lulus di uni. Cuma tak sempat masuk meeting kpt sebelum raya tu jugak. Meeting terdekat pertengahan bulan 8 katanya. Maka menunggu lah kami dengan sabar. Dah sampai tengah bulan 8, masih tiada jawapan. Postpone ke hujung bulan pulak. Dah sampai hujung bulan, postpone lagi ke tengah bulan 9 pulak. Aiyok? Macamana aku nak apply cuti kalau lagi 2 minggu nak pergi baru apply???

Akhirnya, pada 12hb septembar, keluarlah keputusan dari kpt. Berjaya! Ya, rezeki berganda yang aku maksudkan hari tu, ini lah dia salah satu daripadanya. Pagi dapat result ni, petangnya dapat surat naik pangkat. Kalau malam mendapat tau scholar tak lulus aritu tu merupakan malam paling sedih, malam ini mungkin boleh aku katakan malam paling gembira kot. Terus kuar gi makan lambchop hahaha. Tapi dalam masa yang sama, bimbang juga kalau2 ada yang tak berpuas hati. Ye lah, seperti kata seseorang tu, 'nanti kalau encik sambung belajar, uni kena bayar lebih pulak?' Harap2 mereka faham, rezeki ini ketentuan Allah swt. Lagi pun, bak kata encik suami, rezeki kiter ni bukan untuk kiter sorang. Lagi banyak kiter dapat, lagi banyak orang yang akan mendapat manfaatnya, ye dak? Syukur, alhamdulillah...

So, cenggitu lah kisah bagaimana kami boleh sampai ke sini. Seterusnya akan ku ceritakan setiap inci persiapan yang kami buat sebelum berangkat ke sini. Aku pun banyak membaca blog2 orang yang pernah dan sedang berada di jepun ni untuk dijadikan panduan. Memang banyak membantu. Dan aku harap blog aku ni pula akan dapat membantu orang lain pada masa-masa yang akan datang, in syaa Allah.

Nantikan sambungannya (takyah tunggu lama sebab dah siap pun 3 entry berikutnya. Entry yang ni je yang terdelete tadi hihi)




6 komen:

nazayiena said...

Slmt menjalani kehidupan dan tempat org.

kakLuna said...

Terbaik lah~aku doakan segala urusan korang dipermudahkan Allah..blk bwk baby Made In Japan .:insyaAllah :)

kakLuna said...

Terbaik lah~aku doakan segala urusan korang dipermudahkan Allah..blk bwk baby Made In Japan .:insyaAllah :)

kakLuna said...

Terbaik lah~aku doakan segala urusan korang dipermudahkan Allah..blk bwk baby Made In Japan .:insyaAllah :)

AyunasiA said...

naza...: terima kasih :)

AyunasiA said...

kakluna x3: amin...