Wednesday 23 October 2013

Perjalanan Bermula


Dan hari yang ditunggu tiba jua. Pada hari rabu, 2hb Oktober, kami pun berangkat meninggalkan rumah tersayang. Jaga diri baik2 ya. Ingat pesanan ustazkazim, kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga barang tak bernyawa milik kita. In syaa Allah. Ok, mari kita berzikir. Dengan berkat ayatul kursi, aku pun mengunci rumah itu dengan sebak di hati ecewah... Takde maknanya. Lagi happy ada kot. Salah satu daripadanya ialah happy sebab takyah pergi kerja hahaha. Ya Allah, aku bersyukur atas nikmatMu yang satu ini. #nampaksangatmacamtakikhlasjerakuberkerja. Bukan lah macam tu. Ni kira macam aku diberi rezeki masa yang lebih untuk dimanfaatkan untuk perkara lain la. Tengok macam sekarang, tetiap hari aku dapat sediakan sarapan, makan tengahari dan malam untuk encik suami. Kalau tak, kan pepagi bangun tido terus berdesup pergi kerja dengan ucapan, 'abang sarapan minum air susu ceklat dutch lady yang ayang beli jer ya...' gitu (nak jugak ada sumbangan 'belikan' susu ceklat tu huhuhu). Baru lah terasa diri berguna kepada agama, bangsa dan negara plus suami terchenta. Eceh.

Okeh, sebelum berangkat tu, biasa lah, finalize kan apa yang nak dibawa. Selepas berpuluh kali keluar masuk, akhirnya! Selebihnya standby dalam kotak. Kalau rasa nak bawak lagi boleh, kalau tak, pos je lain kali. Masalah yang berlaku dalam proses packing ni ialah penimbang yang aku ada hanyalah penimbang masakan yang boleh timbang maksimum 2kg dan penimbang berat badan. Fizikalnya tak sesuai untuk menimbang beg yang besar2 ni. Bila ku letak atas penimbang badan tu, meternya tak nampak. Kalau nak bagi nampak, letak tepi sikit, bacaannya lari pulak. Siap guna prinsip berat = jisim darab graviti dengan kosine sine dan tangen lagi. 

Yang mengharukan, masa mula2 aku beli barang2 dapo kat k4, balik2 tu terus aku timbang dulu. 65kg??? Baru beli sikit dah 65kg? Ko giler apa? Takkan takyah bawak baju kot? Masa tu dah down dah. Macamana nak buat neh? Tu pun mujur mas dah naikkan free baggage kepada 30kg mulai 14 februari lalu. Kalau baru benda alah tu je dah 65kg, dah tentu2 kena bayar excess baggage. Pikir punya pikir, selepas membuat perbandingan dengan kos pos yang luar biasa mahalnya, kami mengambil keputusan untuk bawak jer semua tu naik flight. Bayar lah sket excess baggage tu kan. Alah, itu jer kot yang kita bayar. Tiket dah tentu gomen dah bayar, kan. Caj untuk excess baggage bagi flight ke jepun ialah rm60 per 5kg. Aku bajet dalam 30kg pun dah kira ok lagi. 

Pada suatu hari, tengah2 kami dok turun naik turun naikkan beg atas penimbang tu, tiba2 aku terpikir. Aritu, masa aku gi kk aku bawak beg kecik. Aku bawak banyak baju masa tu. Kira padat la. Masa pergi, aku tengok berat beg tu dia timbang dalam 13kg. Tapi, kenapa bila aku timbang kali ni, beg yang sama, kosong je pun dah 15kg? Pelik tak? Mesti lah pelik, kan? Adoiyai... aku ni kalau bab matematik aplikasi, memang lah lemah. Selepas itu, baru lah aku tersedar dari lamunan,, rupa2nya, yang aku timbang selama ni berpuluh2 kilo tu sebenarnya dalam pound wakakakakakakakakakakakak... Rasa nak sorok dalam stor selama 24 jam jek. Ini semua salah penimbang tu la. Saper suruh dia buat dua scale dalam satu masa? Dah lah aku nak baca scale tu pun siap tertonggeng2 suluh ngan lampu picit lagik sebab tak nampak. Dan, selepas dari itu, baru lah aku boleh melipat lebih banyak baju ke dalam beg dengan senang hati hihihi. Beg paling besar saiz 29 liter tu pun baru 30kg. Maksimum dibenarkan untuk setiap beg ialah 32kg. Dan beg paling kecik tu pun boleh lah dibawa sebagai hand luggage sebab tak sampai pun 7kg. Itu pun aku bawak baju2 sejuk dalam tu. Baju sejuk kan ringan2. Inti dia kan bulu itik hihihi. Kalau pun terlebih berat nanti, boleh je aku pakai baju2 tu dan2 tu.

Okeh, so, inilah beg2 yang bakal aku bawa. Ni sebelum keluar rumah ni. Kat rumah bil pun ada masuk keluar lagi. Selagi tak pergi.

Macam nak pergi setahun! Eh, memang lebih pun. Sebenarnya baju takde lah banyak sangat. Dalam 1 beg tu, 1/3 je baju. 2/3 adalah bahan masakan. Nampak tak penimbang sebelah bakul sampah tu? Dia lah yang bersalah dalam isu pound-kg tu.

Ok, dah siap. Jom kiter!

Babai rumah!

Tata!

Sebelum tu, singgah ambik tesis kat kedai potostet dan hantar ke pusat inovasi kot.

Eh, cop, sebelum hantar tesis tu, kami singgah lunch dulu kat ciligiling. Aku suka asam pedas ikan patin kat sini. Seterusnya kami menghala ke muar untuk bertemu dengan nenek. 

Babai batu pahat!

Langit cerah hari itu.

Awan nano.

Dah sampai di parityusof.

Lama juga lah kami di rumah nenek. Pukul 4 petang baru mintak diri. Keluar ikut tol tangkak dan terus ke keyel. Ada dua tujuan. Satu nak tukar duit dan satu lagi nak beli souvenir untuk orang jepon. Disamping aku nak beli tudung kununnya. Sampai2 je kat kl, dah maghrib. Maghrib dulu kat masjid india. Pastu konon nak tukar duit kat area masjid india tu, tapi tengok gaya memasing macam muka orang jahat jer, tak jadi. Ye lah, dah lah malam. Buatnya orang money changer tu ada geng perompak ker, nanti dia bagitau ada orang tukar duit banyak ker, kan ke bahaya tu? Errr sebenarnya aku yang pikir macam tu. Aku kan paranoid terlebih. Tapi ada betulnya, apa... Pastu cari2 tudung yang aku nak, takde la pulak. Lagi pun kedai2 banyak yang dah tutup. Awal pulak derang tutup hari2 biasa ek? Kalau weekend kot baru dia bukak sampai tengah malam. Kedai fevret aku depan sogo tu pun dah tutup. Keciwa. Sambil2 tu try jugak tengok money changer yang kat dalam bangunan semuahouse, sogo dan pertama. Tapi semua dah tutup. Ooo orang tak tukar duit malam2 rupanya.

Akhir sekali kami ke CM. Nak cari souvenir kena lah pergi cm, kan? Sampai cm, pusing keliling (sambil nostalgia hihihi) semua, akhirnya dapat lah apa yang dicari. Kat cm pun dah tak ramai orang melayu ek? Dah tak rasa macam kat mesia dah. Sebelum balik, terjumpa gerai ayam unclebob. Beli lah seketul. Betul2 makan puas2 ni nampaknya. Sampai di rumah bil, femli-il pun dah sampai.

Esoknya pulak, pagi2 kami keluar ke mines untuk tukar duit. Memula pergi cimbtanmingjaya. Ingat dah putus asa lah, tukar kat bank jer. Tau bank jual mahal sikit. Tapi kalau dah susah sangat, terpaksa lah kan. Sekali dia cakap tempat tukar duit dia ada kat mines. Sekali jalan lah. Sampai di mines, terus survey harga kat semua money changer. Ada 3 ke 4 tempat tah. Paling murah ada rm33.30. Terus tanya. Dan seperti biasa lah, derang tak simpan stok banyak. Kalau nak, kena tunggu. Lepas dia call sana sini, dia kata boleh dapat petang pukul 5, tapi harga dah lain la. Dah malas nak cari lagi sebab rasanya mana2 tempat pun takkan dapat on the spot punya. Masa pun dah takde. So, setuju jelah denga harga rm33.55 tu. So, sekarang ni bila aku mengconvert, aku akan guna rate tu lah kiranya hikhikhik.

Dah settle kat situ, kami gi makan tengahari kat food court. Boleh tahan mahal kat situ. Lepas makan, kami pun balik. Petang tu, lebih kurang pukul 4, orang money changer tu call bagitau duit dah sampai. Lalu encik suami pun pergi lah ke mines lagi bersama abang beliau. Siap sorang adik escort naik motor lagi. Dah macam kenderaan perisai kekdahnya. Tak lah banyak sangat duit nya, tapi, eh, banyak lah juga hahaha. Selepas ditukar, dapatnya cuma 1cm jek (tebal duit tu). Sibbaik tak bawak karung guni siap bercepu. Okeh, dah settle tukar duit tu baru lah lega.

Lebih kurang pukul 6.30 petang, kami pun bergerak ke klia. Awalnya? Biasa lah, aku, cepat risau. Takut sangat kena tinggal katebang. Yang ikut cuma mil dan dua orang sil. Yang lain akan datang lepas isyak nanti. Sampai di sana lebih kurang pukul 7.30 (ikut jalan putrajaya). Mula2 sekali, kami check in dulu. Ingat nak check in sendiri kat kiosk dia jer. Encik suami punya mula2 berjaya, tiba turn aku, tak boleh pulak. Tapi boarding pass encik suami pun tak keluar. Tekan butang panik!

Kendian kami ke kaunter check in mas. Dia suruh check in luggage sekali. Memula timbang beg yang nak di check in, 86.5kg. Alorrr tak sampai pun 90kg! Ikut kan plan asalnya aku dah standby satu kotak. Kalau tak cukup 90kg aku nak sumbat lagi bagi cukup. Tapi.................................... kotaknya tertinggal dalam keter fil pulak. Derang datang lepas isyak nanti. Maka, selamat tinggallah ikan bilis 3kg siap siang oleh mil dan sedozen sardin botan tin kecil oleh fil. Dan timbul lah kesal di hatiku kerana mengeluarkan setengah dozen kotak santan hukhukhuk. Itu memang amat dikesali. Takpe lah, takde rezeki kan. Nanti2 suruh derang pos je lah. Ada 2 kotak yang standby untuk dipos apabila mendapat kiu. Satu stok makanan, satu lagi stok tudung dan novel ku hahaha. Rugi betul lah tak bawak sekali.

Maknanya kami dah terlebih 26.5kg lah kan. Tapi dia kira 25kg jek. So, kena bayar rm300. Sambil tu sempat aku mintak dia timbangkan hand luggage aku. Sekali dua2 8kg setiap satu. Tapi dia kata boleh jer bawak. Aku je yang skema. Takut tak kena tempat hihi. Ye lah, kalau ikut skema, hand luggage tu pun kena kempis je tau. Aku punya ni dah membuncit dah. Pastu dia kata selain hand luggage tersebut, boleh bawa beg laptop atau handbag atau beg kemre atau benda2 lain la. Yang penting dia kata ATAU ok. Yang aku dah cuak sebab aku bawak handbag ngan beg kemre. Acaner tu? Encik suami dah bawak beg laptop. Tu pun laptop aku terpaksa masuk dalam check in luggage sebab dah berat sangat laptop encik suami tu. Pasrah je lah kalau laptop ku itu dihumban kat dalam tu. Tapi encik tu kata boleh je bawak semua tu dalam kabin.

Oh, lupa nak citer. Kenapa tadi aku check in kat kiosk tu tak berjaya? Sebabnya nanti kat narita airport, kami kena check out dan check in semula. Kiranya bukan transit biasa la. Tiket je tiket mas, tapi akan naik JAL dari narita ke chubu nanti. Kena uruskan beg bagak2 tu semua sendiri nanti. Apa yang aku fikir masa tu? Apakah nanti kami kena bayar excess baggage sekali lagi? Ikut logik macam kena lah kan? Huaaa!!!

So, lepas check in tu, kami pergi bayar excess baggage kat kaunter G. Ada kanuter khas untuk bayar pun. Sebelum bayar tu dia bagi boarding pass untuk sorang jer. Lepas bayar tu baru dia bagi untuk lagi sorang. Selesai tu, baru lah kami pergi solat. Tengah solat tu, abangtp tepon, kata baru nak bergerak dari rumah. Kemudian, kami gi makan kehepsi.





Selesai makan, mereka2 pun sampai. Flight kami pukul 11.30 malam. Gate buka pukul 10.30. Sepatutnya kena turun ke terminal sebelum 10.30 la kan. Tapi kami pukul 10.30 tu baru nak babai babai. Dan sebagai aku yang takut kena tinggal katebang, agak kalut di situ sebab baru terfikir nak kena naik train ke terminal lagi, nak lalu pemeriksaan imigresen dan kastam lagi. Padahal lambat je lagi katebang tu nak jalan hehehe.

Sedih ker tu? Biasa jer.

Masa untuk bergambar2.

Masa untuk berwechat2.




Babai!

See you!

Tiba di terminal, semua orang tengah beratur nak naik katebang. Semua muka jepun. Ada satu je kot, couple melayu selain kami. Patutlah masa nak tempah tiket aritu kemain susah. Sekejap je dah penuh. Ramai rupanya orang nak ke jepun ni tetiap ari. Oh, lupa lagi nak citer pasal tiket ni. Kan mula2 kami plan nak pergi 2hb kan. Sekali katanya tiket 2hb dah habis. Ada paling cepat 6hb. Pastu dia cuba cari lagi (dia di sini ialah adik jiran sebelah rumah kami). Jumaat tu dia bagitau, ada 30hb. Opocot! Hari isnin ni? Terus aku terbayangkan strimiks aku yang belum dipotong huhuhu. Sempat lagi kalau nak pegi tmpoint petang ni. Pastu dia nak cuba cari lagi. Terima kasih la atas usaha murni mu itu. Last2 dia kata ada 3hb. Ok lah tu, tak jauh sangat. Petang tu jugak confirm flight kami 3hb oktober, 11.30 malam. Takpe lah kalau orang tokleh nak mengiringi kami ke klia sebab tengah2 minggu kan. Asalkan tak hantar kami kat stesen erl bts je sudah la.

Akhirnya, lebih kurang pukul 11.45 malam, katebang kami pun berlepas. Bergenang lah jugak ayer mata ku masa tu... eceh. Dan bila katebang itu meninggalkan landasan, aku menanam azam di dalam hati untuk menjadi sebuah sistem sokongan yang terbaik buat encik suami dalam perjuangan beliau mendapatkan sekeping sijil itu. Tokleh lah nak buat perangai dan mengada2 ya. Doakan saya ya kawan2! Gambatte N0rasiah!


1 komen:

Wan said...

utk travellers, saya syorkan beli portable luggage scale. Ada dijual kat kdai dan online pun ada.

Boleh cek di Qoo10.my atau mana2 online marketplace. Search "luggage scale" dan sort ikut "Low to High" utk senarai ikut harga terendah ke tertinggi.