Friday 11 October 2013

JDT vs PKNS



Ok, kita berehat seketika, layan bola sekejap. Aku tau, jdt dah kalah takleh masuk semi piala mesia. Tapi nak buat macamana kalau aku dah ada gambo2 ni. Takkan nak bersedih dan peram je, kan. Maka terpaksa lah juga publish buat kenang-kenangan. Tahun depan dah tentu dah tak boleh gi stadium lagi dah, kan. Dengar berita dari fb je lah...

Game ni ialah game liga yang terakhir. Yang akan menentukan siapa yang akan masuk quarter. Aku tade lah menaruh harapan tinggi. Pergi sekadar nak 'tengok-puas2-sebelum-dah-tak-dapat-tengok-lagi-dah-pasni sob sob sob. Sebenarnya aku pun tak tau kedudukan jdt dalam kumpulan ni. Kalau menang macamana, kalau kalah macamana, kalau seri macamana.

Kami pergi ke jb agak lewat sebab najib nak datang ambik kereta kancil. Hukhukhuk ni pun agak menyedihkan sebab nak meninggalkan sang kancil itu. Dia sampai di ayer hitam lebih kurang pukul 4 petang dan kami terus bertemu di sana. Selesai pass baton, kami balik semula ke rumah. Laaa kenapa tak terus pergi jb, dah terlanjur sampai kat tol ayer hitam tu? Sebabnya kami tak sempat makan. Aku baru je siap memanggang kambing masa najib sampai tu. Tah, tak terpikir nak tapau makan kat tengah jalan. Tu yang jadi lambat tu.

Balik rumah, makan2 dan terus pecut ke jb. Sibbaik dah tempah tiket kat alip siap2. Sampai2 je, ambik tiket dan terus masuk. Kali ni beli tiket berbumbung. Memang cantik la kalau nak tangkap moment2 menarik. Okeh, layan gambar2 saje.

Aku dan kipas yang sangat berjasa.

Jurulatih pkns ditemuramah oleh estroarena. Ada live kat arena game ni.

Jangan percaya jam kat sebelah tu. Tu jam minit aku rasa. Sekejap je dah pusing ke pukul 12.

Pembantu jurulatih menyiapkan peralatan untuk warm up. Tah kenapa aku rasa sesi warm up ni macam berlakon jek hehehe. 

Pengacara estro - zainalabidinrawop eh?



BOS yang semakin ramai. Mula2 dulu sebelah kiri tu je kot.

Pegawai FAM membuat pemeriksaan padang. Kenapa derang kena berpakaian pejabat siap ber tie eh? Skema betul. Tapi seperti biasa la, bila derang lalu je, pasti kena kutuk. 

Apa yang dia check eh? Medan magnet? Frekuensi? Gegaran? Balancing? Atau pH? ehehe


Semasa sesi warm up, BOS akan menyanyikan chant khusus kepada setiap pemain utama seperti alhafiz, syafiqrahim dan nunes. Tang nunes tu yang cute sikit chant nyer hihi.


JantanDayusTeam kah? huhuhu

Reff yang katanya kena gantung? Tapi elok je masih ada. 


Alhafiz in action.

Abang 'dude' di situ...


pknsfc.

Safeesali yang asik menunggang jek, tak gol2 jugak.

Untuk dilelong hehe.



Apa kata kali ni kita denda 100 ribu sebab derang panggil kita b&&%$*@.

Mic yang menghasilkan bunyi 'guk' ketika bola ditendang.




Derang panggil ni 'orang felda'. Apakah?

Mereka2 yang berjasa menampal jerawat di padang.

Penonton agak ramai hari itu, tapi tak seramai biasa. Area tengah ni je penuh sampai ke bawah.

Area tepi2, atas pun tak penuh.

Sini lagilah lapang.

Bersedia dengan bendera gergasi.

Ruang tempat duduk untuk bos yang semakin luas.




Perarakan bermula.



Cover perut tu sikit dek...

Tetiba yang first tu terlebih tinggi dari yang second hihihi


Bendera gergasi. Salute kat orang yang menjahitnya. Mahu 10 kayu kain ni.




Negaraku...





Bulan turut mengintai.

Bulan di balik awan.


Semakin tinggi.

Lari jauh dari awan.

Mr. Awe.

Kad kuning pertama.



Sepakan percuma yang tak berhasil. Oh, baru teringat. Kali ni pemain import sumer tak main. Cedera.


Peti ais yang berlakon je lebih.

Tak cucuk power pon?

Nazmifaiz pula mendapat kad kuning.

Macam nak cakap, nah, amek kau kad kuning! Aku peratikan sepanjang musim ni, semua team akan jatuhkan maty0 bila dah dekat2 kawasan D, dan matyo akan marah2 selepas itu mungkin kerana membantutkan cubaan dia nak ke pintu gol hahaha. Psiko. Tapi derang pandai la, tak jatuhkan dia bila dah masuk D. Kang tak pasal2.

Sepakan percuma diambil oleh matyo.

Masih tak masuk.

Lega.

Fuh! Sibbaik tak masuk. Kalau masuk, mesti aku yang dipersalahkan.

Cubaan memasukkan safee yang menunggang pula.





Disaat2 akhir, mamat kap lam nombor 15 tu pulak menjatuhkan pemain jdt. 

Sepakan percuma yang masih gagal menghasilkan sebarang gol.

Keputusan akhir.

Dan pulang lah aku dengan kecewa, tapi lega. Sebab dah tak dapat masuk ke peringkat seterusnya dan aku pulak memang dah tak boleh tengok. Tapi rupanya walau pun kalah kat sini, masih layak ke suku akhir. Laaa ada satu game lagi la yang sempat tengok??? (maknanya ada satu lagi entry pasal bola).


0 komen: