Wednesday 23 October 2013

From Narita To Chubu


Yang bagus nya jalan malam ni ialah memang waktu tidur. Jadi, takde lah terlebih tido ke haper bila sampai tu. Malam sebelum tido tu derang serve refreshment, roti sandwich. Sikit punya bagak ker. Aku makan separuh jek. Pagi sebelum mendarat, derang serve sarapan, nasi lemak atau omelet. Kami pilih omelet. Sedap pulak. Sampai di narita lebih kurang pukul 7.30 pagi, terus pergi ke kaunter imigresen. Aduhai... panjang nyer queue. Berlingkar2. Dia ada dua kategori, yang ada visa dan yang takde visa. Sepatutnya aku beratur kat tempat yang takde visa la kan? Tapi aku ikut encik suami je hihi. Penakut. Line encik suami ni pulak Ada satu group budak2 dari vietnam. Baru nak register uni kot. Ramai kot. Risaukan takut kena tinggal katebang pun ya. Aku ni asik takut kena tinggal je kan. Dah la tempat tu panas ya ampun. Berpeluh2 aku kat situ. Dah hampir sejam beratur, tetiba dah dekat nak tiba turn kami, derang panggil kami masuk kat bilik kuarantin. Aiyok, kenapa nih? Rasanya aku takde bersin tadi. Rupanya kat dalam tu ada 2 lagi kaunter. Kira ekspress la ni. Alhamdulillah... Mula2 dia buat encik suami punya dulu. Oleh kerana encik suami ada visa, so dia terus buat residence card kat situ. Senang nya! Tiba turn aku, dia belek2 passport, no visa? Aiyokkk cemana nak terangkan nih? Aku dah cuak dah. Jangan dia suruh aku balik sudah. Pastu baru dia perasan, dalam borang apatah yang dia bagi dalam flight tu, aku tulis aku tinggal kat sini 3 bulan jer. Ooo ok ok. Lega terus. Bikin saspen tul la jepon ni! So, aku dapat visa untuk 3 bulan. 

Dah settle kat situ, terus pergi ambil beg. Dah takde orang dah. Beg kami pun dah dikeluarkan dari carousel tu. Terus pergi check in kat kaunter JAL. Masuk beg segala, dah. Dah? Betul? Takyah bayar excess baggage eh? Mmm mungkin lah, sebab tiket kami tiket mas kan. Dia dah kira sekali sampai ke nagoya. Cuma katebang je naik jal punya. Tu dia sesama dia lah deal kot kan. Lega sekali lagi. Flight kami ke nagoya pukul 9.50 pagi. Waktu jepon. Yang aku dah kompius. Jam tangan masa mesia, jam kat henfon dah automatik jadi masa jepon. Jadi masa tu dah pukul 9 pagi. Aku ingat pukul 9 pagi waktu malaysia, maknanya pukul 10 pagi waktu jepon. Aiyok? Kita dah kena tinggal!!! Eee kenapa lah aku ni kalut sangat. Sibbaik encik suami jenis tenang hikhik. Kiranya belum kena tinggal la sebenarnya. Aduiii pening pening...

Gate bukak pukul 9.30 katanya. 

Lebih kurang pukul 9.15, kami pun turun. Tunggu sekejap, kul 9.20 dia dah panggil naik bas, nak ke katebang.

Dapat jugak duduk tepi tingkap.






Untuk perjalanan ke chubu ni, kami tak pasti tentang makanannya. Entah halal ke tidak. So, aku tido je lah time dalam katebang tu. Tu pun kami tak sedar, ada makan ke sebenarnya? Sebab rasa macam sekejap sangat. Dalam sejam lebih gitu.

Sampai di chubu, terus je ambik beg dan keluar. Takde check apa2 lagi dah. Ikut janjjinya, member tu nak datang pukul 11 pagi. Ni dah 11 lebih dah. Bila kami keluar ke arrival hall tu, perati lah jugak kot2 ada orang pegang kertas tulis nama kiter ke kan hikhik. Tapi takde pun. Cari je lah muka melayu kan. Takde pun. Kami pun terus keluar ke pick up area. Masalahnya betri henfon encik suami pulak kong. Kiterang contact pakai fb je.

Masuk toilet dia, alamak! Tak geti guna. Aku tekan2, takde apa2 berlaku pun. Last2 aku keluar balik. Sibbaik ada toilet cangkung yang tak lah pelik sangat. Pernah baca pasal jenis2 toilet kat jepon ni. Air aku ambik guna mangkuk kat sinki. Ingat lagi mangkuk yang aku beli kat beijing selepas mangkuk aku ditinggalkan di restoran tu? Mangkuk tu lah juga yang aku bawak kali ni hihi. Mangkuk rasmi untuk cebok kekdahnya. Sekarang pun aku sentiasa bawa mangkuk tu ke mana2.

Dah turun di pick up zone, tapi takde wifi pulak kat sini. Terpaksa naik semula ke dalam.

Cuba pakai telefon aku pulak. Takde reply. 


Airport ni kat tepi laut.



Tak lama kemudian, baru lah dapat reply. Dia tengah tunggu kat arrival hall. Mungkin kami berselisih tadi, tapi tak perasan. Muka tak cukup melayu kot. Eh, tapi kan aku pakai tudung. Akhirnya kami pun berjumpa. Lega dapat jumpa orang melayu di sini. Dan kami pun dibawa ke nagoya university. Jauh lah jugak, dekat sejam perjalanan. Macam klia ke kl la kot. Yang jadikan lama tu sebab speed limit kat sini hihihi. Sopan je orang mesia sampai kat jepon ya. Sepanjang perjalanan melihat pemandangan sawah padi. Bukan jenis terbentang luas. Jenis tanam sikit2 belakang rumah jek. Tapi elok je nampak petak2.

Sampai di residence, turun2 je dari kereta, terus datang sorang mamat ni, you are mr. hashim, right? Labmate encik suami pun dah sampai. Memang dia tunggu kami pun untuk bawa encik suami register uni. Kan hari ni hari last mendaftar. So, mula2 ambik kunci bilik dulu. Lepas angkut beg segala, encik suami terus keluar mengikut mamat tersebut. Bilal - mamat turki. Terus teringat istanbul aku datang hahaha. Eh, senang lah aku nak pergi turki nanti ek? Bestnya! Tak tunggu lama, terus aku bukak beg. Itu akan aku ceritakan pada next entry, ya?

Pemandangan di luar bilik.

Tepi hutan! Bukan hutan la. Pokok2. 



0 komen: