Tuesday 8 October 2013

Cubaan Mengklonkan Beg Shopping Ik3a

Kiranya aku akan selang selikan entry jepun dan mesia selepas ini. Kalau nak abiskan citer mesia dulu kang, citer jepun pun dah basi, kan. So, kite mulakan dengan citer mesia.

Masa pergi ikea beramai2 time raya tu ari, aku sempat membeli kain 2 meter kat sana. Sebelum ni pernah beli semeter, dapat sebuah beg jer. Kali ni konon nak buat banyak2, senang nak bawak gi soping hari sabtu. Bila dapat keputusan nak ke jepun ni, aku pun cecepat menjahit beg tersebut. Tapi nak buat design macamana? Kalau buat petak je, macam biasa sangat. So, aku decided to klon beg soping ikea. Tapi yang versi tinggi, bukan lebar. Lebih kurang petak jugak. Hasil dari 2 meter tu, dapat lah 3 biji beg. 2 besar, 1 kecik.


Botol tu sebagai rujukan saiz hihi.

Ini yang kecik.

Memaksimumkan penggunaan kain, aku tambah poket kecik kat dalam dia. Hantam lah labu...

Lebih kurang gini la saiz dia.

Ini pulak yang klon beg ikea. Cuma ni aku lipat cara lain, tu yang nampak macam kecik. Siap buat 2 tangkai lagi tu. Memang tiru betul.

Saiznya.

Yang ni sama seperti di atas, tapi lipatannya ikut beg ikea. Cuma kaedah cantuman dia aku tak ikut ikea. Yang ikea punya dia cantum tapak bawah beg. Aku tengok macam susah je nak cantumkan tapak tu dengan kemas. So, aku jahit tegak je. Last sekali aku jahit 3 segi kat kedua2 penjuru beg ni. Sama jugak hasilnya.

Sama seperti di atas.

 Sama tak sama tak sama tak???

Ok itu je. Nanti aku ceritakan betapa bergunanya beg ini di jepun ini hehehe.


2 komen:

Anonymous said...

tahniah...my pren ayun n asia.
bangga n bsyukur ada geng yang bjaya mcm hang.
klu blh next episode blh la explain mcm mana dgn overhead rumah,keta n loan yang ada.kan hang bdua da dduk jepang smbung bljar.
nak tau jg life kat jepang. mudah mudahan dapat bikin anak made in jepang...

Hairulazwan Hashim said...

siapakah geranganmu wahai anon? thanks anyway...