Saturday 14 September 2013

Rezeki 2 Dalam 1


Nanti dulu. Jangan membuat sebarang spekulasi. Walau pun jari aku ni kepochi sikit, tapi buat masa ini aku akan ceritakan salah satu sahaja daripada rezeki yang dimaksudkan di sini. Kepada yang sudah mengetahui, sila jangan memberi soalan provokasi di ruangan komen. Sila jaga privacy blog ini, okeh? Tiba masanya akan ku ceritakan jua. Hanya belum masanya.

Semalam, 12 September 2013, aku menerima 2 berita baik ini daripada encik suami. Tapi bukan berita baik tu berkenaan dengan aku. Aku cuma tompang gembira bagi pihak beliau je lah. Tompang tuah katanya.

Kira2 setahun yang lepas, encik suami dah mula mengumpul dokumen2 untuk tujuan ini. Mulanya aku macam pelik, eh, bukan kena buat phd ke baru boleh dapat mende ni? Lagi pulak, kenapa kena mintak? Bukan derang yang bagi ker? Itu lah spesel nya kerja macam derang ni. Diri sendiri yang menentukan hala tuju kerjaya masing2. Bukan bergantung sepenuhnya kepada tuah dan nasib. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya, katanya. Tapi kalau menengokkan fail yang disediakan tu, kalau aku, rasanya, takpe lah... takyah mintak pun takpe lah. Cukup lah apa yang ada sekarang. Tapi being encik suami yang jenis rajin bab filing2 nih, aku memahami keghairahan beliau menyediakan fail tersebut.

Lama selepas beliau menghantar dokumen tersebut kepada pihak fakulti, beliau buat follow up, nak tau lah, dah sampai peringkat mana? Namun ternyata fail dokumen tersebut masih ada di fakulti, tak sampai pun ke mana2 huhuhu. Kenapa tak proceed? "Nanti kalau encik sambung belajar, uni kena bayar lebih pulak. Rugi ah," katanya. Boleh?

Apa ke hey? Kalau macam tu, ko pun takyah makan la, sebab kalau makan, nanti jadi taik. Rugi ah, kan? (ni kata2 di dalam hati je hehe). Selepas itu, baru lah derang proceed. Tak lama kemudian, dean panggil untuk temubual, sebelum seterusnya ke peringkat registrar. Dan pada 18 Julai 2013 (hari khamis bulan puasa tu ari), beliau pun dipanggil temubual bersama NC dan ahli2nya. Aku lak yang nebes. Encik suami ni walau pun nebes, tapi aku tau beliau ni jenis nebes terkawal. Maksudnya nebes2 pun, kompiden masih ada. Kalau aku, harus dah lemah lutut, sakit perut, blur, rasa nak pitam, dan sudahnya langsung tak kompiden.

Pada hari temubual itu, aku gosokkan baju batik yang terbaik yang beliau ada hahaha. Hari khamis kan. Dan sepanjang hari tu, memang aku takkan tanya apa2 pasal temubual tu. Kalau nak, biar dia sendiri yang bukak cerita. Ye lah, kot lah berlaku yang tak best ke kan, takmo lah meng'demotivated'kan beliau hehe. Tapi sebenarnya ok jek.

Dan semalam, bila aku sampai di rumah, pintu pagar dah terbuka luas. Yeay! Aku suka sebab takyah turun kete bukak pagar. Eh, kenapa aku tak pasang pintu auto ek? Entah. Macam tak datang seru kot. Padahal takde lah mahal sangat pun kan? Ok sambung balik.

Tapi kereta takde? Di manakah beliau? Aku masuk rumah dan terus melepak atas katil. Alah, dia pergi kedai kot. Ke isi minyak ker. Sibbaik ikan dah kuarkan dari esbok. Aku geram betul bila beliau balik awal, tapi tak kuarkan ikan. Grrrrrrr...

Tak lama tu beliau pun balik. Sampai2 je, terus campakkkan sepucuk surat bergam sampulnya. Ok, malas ah nak tengok. Nak kena koyak sampul pulak. Lagi pun, mesti surat pasal berita baik yang lagi satu tu. Tu dah tau.

Abang gi mana?

Abang dah balik tadi, sekali derang call, Dato' NC nak jumpa.

Hah? Ada apa? Dia nak jumpa semua yang dapat 'tettt' ker? (dalam kes entry ini, tettt di sini merujuk rezeki yang satu lagi yang belum aku nak ceritakan tu tadi).

Tak. Dia nak jumpa semua yang dapat naik pangkat hehehe.

Dan secepat kilat aku terus bukak surat tersebut hihihi.

Alhamdulillah...

Tahniah suami ku! I love you double jugak lah!


Yang benar,

Orang kanan mu,

1 komen:

Nurin, Na'im, Nadhirah said...

Tahniah Cik Ayun...