Friday 16 August 2013

Aidilfitri Syawal 1434H : Pulanglah


Alhamdulillah... hari raya tahun ini berlangsung tanpa drama-drama berat. Lagi pun tahun ni turn beraya belah aku. Jadi, tiada lah muncung2 di aidilfitri sebab encik suami adalah akur dan penyabar. Kalau turn belah encik suami, harus aku lah yang melakukan ketakakuran tu huhuhu. Terima kasih kepada encik suami yang memahami dan sudi memaafkan isterimu yang kepala batu ini. Peace! Errr tapi saya tahu, dalam hati kecil beliau, beliau sangat ingin berhari raya bersama keluarga kerana pada tahun ini, buat pertama kalinya semua adik beradik beliau balik beraya di semencu. Selalu yang kat kedah tu tak balik. Kiranya, tahun ni, kami lah yang menjadikan kesemuaan itu jadi tidak lengkap. Tapi, ada aku kisah? Kira fair la kan. Tahun lepas kami jer yang balik, tahun ni kami je yang tak balik. Tapi kami memang 'balik' setiap tahun pun. Cuma malam raya je takde.

Aku mula cuti pada hari sabtu 3hb. Oleh kerana cuti sebelum raya adalah lagi panjang dari cuti raya itu sendiri, maka adalah wajib aku mengemas rumah sebelum balik ke kampung. Jadi, pagi sabtu tu lah baru nak basuh langsir, pasang langsir, lap sofa, kemas kabinet dapur, cuci esbok, mop lantai, iron baju, kemas baju dan segala mak nenek lagi lah. Tengah dok mengelap sofa, tetiba benda alah cecair pengelap tu habis la pulak. Maka, kami pun keluar ke bp untuk membelinya. Ekceli memang nak keluar pun sebab belum habis beli baju encik suami.

Balik tu terus buka. Beli kat param pesta. Itu pun makan sambil takut2 sebab sebelum ni encik suami sudah sakit perut selepas memakan makanan dari situ. Sebab tu juga lah aku dikehendaki memasak setiap hari. Walau ada hari2nya teringin sangat nak makan makanan dari param, namun ku pendamkan saja hukhukhuk.

Esoknya, ahad, baru lah kami mengemas baju. Punya lah lama mengemas, keluar masuk keluar masuk baju dalam beg, akhirnya sampai ke zohor baru siap. Kendian baru lah aku mencuci toilet. Dah siap semua, kami terus bertolak pulang ke kampung halaman. 

Sampai kat kota, singgah asar kat masjid kota. Kendian pegi param kipmart, beli ayam percik dan murtabak. Sampai semencu, betul2 sebelum berbuka. Adik2 semua dah balik.

Esoknya aku kelembikan gara2 semalam berbuka murtabak semata2. Macam nak pitam rasanya. Time tengahari, aku pulun mengaji lagi 2 juzuk. Tahun ni prestasi mengaji agak merudum gara2 gangguan bengkel itu ari. Baju raya pulak belum siap lagi. Jadi masa yang terluang terpaksa dibahagikan untuk mengaji dan menjahit. Selain tido hehe. Pasni aku akan pastikan baju raya siap sebelum puasa macam sebelum2 ni. Tu pun punca tak siap tu datang dari kerusus 3 minggu kat kt tu jugak. Pendek kata, kursus baru o&g ni memang menghuru-harakan hidup aku lah serba sedikit.  

Malam terakhir ramadhan, kami buat acara khatam quran. Senang sikit kalau dah buat awal2 ni. Tak kacau hari raya. Lagi pun memang sepatutnya dibuat dalam bulan ramadhan pun. Tapi, itu pun masih ada yang tak habis mengaji lagi. 2 juzuk sorang je pun. Hmmm...





Selesai tadarus, kami pun terus bergerak balik eto5. Yeay! On the way tu jumpa eksiden kat simpang semencu. Jiran depan rumah birasku katanya. 3 kereta terlibat.

Demikianlah kisah balik kampung. tbc...




1 komen:

Irfa said...

seronoknya tadarus ramai
mesti bangga mak ayah ko dpt anak2 baik mcm korang semua.alhamdullilah