Tuesday 20 August 2013

Aidilfitri 1434H : Tema Lompat Mula


Lupa nak citer. Hari khamis sebelum cuti tu, sama seperti tahun lepas, aku tanya kat member, agaknya kaktimah ada buat lebih kek serawak tak ? Dan sama seperti tahun lepas, dan2 tu jugak kaktimah dihubungi. Ikut kan memang lah takde lebih, tapi dia ada masa lagi hari sabtu tu untuk memasak lagi. So, dia pun kasi lah kami beli orang lain punya dulu. Nanti hari sabtu dia buat yang lain. Maka, lepas jumaat, kami pun pergi ke rumah kak timah. 4 buku lah jugak yang terkorban. Takpe, rezeki lebih.

Satu lagi lupa nak citer, pada hari terakhir terawih, orang masjid semencu buat pengumuman. Kaum ibu tidak digalakkan pergi ke masjid untuk solat raya nanti sebab masjid dah tak muat. Ada 600 peneroka kat semencu tu katanya. Kalau satu keluarga datang 3 orang, tak ke dah 1800? Tu kira minimum lah tu, 3 orang. Kalau berorang2? Ok, maknanya orang pompuan sila solat raya sensorang kat rumah. Tapi katanya kat sebelah tu derang nak bina masjid baru. Maybe pasni pompuan dialu2kan pula untuk datang.

Okeh, sambungan.

Sampai di eto5, semorang dah beratur kat ruang tamu. Ina, abangepet dan yayu dah ada. Aku pun terus tido. Besok pagi sempat bangun sahur. Merasa jugak bersahur dengan air teh o mak. Ni pun sekali ni je lah aku minum teh di bulan puasa ni sebab dah habis terawih. Tahun ni aku tak buat air teh langsung sepanjang ramadhan. Memang terbukti berkesan hehe.

Pagi tu, time aku nak alihkan kereta, alamak, kete tokleh start la pulak. Hmph... bateri la ni. Tapi tak pergi tukar bateri pun. Maka raya tahun ni ialah raya jump start temanya. Asal nak bergerak je, jump start, asal jump start je, nak bergerak. Padahal sehari sebelum raya tu sempat je lagi kalau nak beli bateri lain.

Hari terakhir puasa, keje kami ialah menganyam ketupat. Kalau ikutkan, mak nak masak nasi himpit jek. Tapi demi nak berketupat sebenar, kami buat lah juga ketupat. Macam tak feel jek raya2 tak berketupat, kan? Tapi kami tak buat banyak pun. Ada ketupat biasa; satay, pasar dan bawang, dan ada ketupat special edition iaitu ketupat jantung dan ketupat burung serta ketupat puing (aku yang  bagi nama ni) atau ketupat pintal. Comel seh ketupat burung yang kak ani buat tu. Siap ada kepala, sayap dan ekor lagik.

Malam tu berbuka dengan sup tulang. Dan durian. Raya tahun ni merekod aku tak tengok pengumuman hari raya dan tak dengar takbir raya. Boleh? Mana boleh oi! Tapi aku pelik oh. Kenapa tivi tak tayang takbir raya banyak2 eh? Ada, tapi tak banyak. Ada sekali tu aku baru nak dengar, dia terus tukar program lain. Tak menyempat2. Al-felik betul.

Hari raya tahun ini juga merekodkan 2 orang budak baru pertama kali bertemu hari raya. Atau dengan kata lain, baru sekali dibayar zakat fitrah hikhik. Mereka ialah Cik Nur Syasya Aqilah binti Zulkifli dan Cik Nurin Nadhirah binti Mohd Najib. Maka entry ini ditujukan kepada mereka berdua. Tadaaa!!!

Nadhirah yang baru berusia 4 bulan pada hari esok kot. Baby pru13 katanya.

Dhirah berambut pacak!


Cantik tak baju raya yang Cik Nga saya belikan ni? hehe.




Geget nak?

Dan ini pula Syasya yang akan berusia setahun pada 25hb ogos ini. Besdei saya sama dengan besdei abang hafiz saya dan juga mawi (uwek!) hehe. Dulu kira bangga la sesiapa yang besdei sama dengan besdei mawi ekekek...





Ok, kasi can kat derang dulu. Pasni baru entry gambo saya di hari raya yea.

2 komen:

Irfa said...

kecik lg dah pakai subang ye
dia x tarik ke telinga tu?

AyunasiA said...

belum sedar dia pakai subang kot. hiks