Wednesday 28 August 2013

Aidilfitri 1434H : Musafir Di Aidilfitri


Kalau turn beraya di belah aku, memang lah aku tak banyak menangkap gambar. Takde tukang penangkapnya selain aku, aku dan aku. Habis, saper nak tangkap gambar aku? Ok, takde. Sebab tu tak banyak gambar dalam entry raya tahun ini, 2 tahun lepas, 4 tahun lepas, 6 tahun lepas dan tahun2 genap yang akan datang. Yang juga bermakna, entry raya juga takkan bersiri2. Kurang gambar, kurang cerita.

Okeh, raya kedua, kami balik kampung. Pagi tu sarapan nasi lemak. Mak goreng ikan bilis ikan tamban (kot) yang aku beli di kk itu hari. Eh, sedap pulak ikan bilis nih bila dilawankan dengan nasi lemak. Lepas sarap, kami pun memulakan perjalanan ke kampung. Lompat mula lagi!


Yang best nya balik kampung aku ni ialah takde jam. Tak ramai orang berkampungkan mersing kot ek? Kebanyakan orang kampungnya di muar dan batu pahat kot. Orang jawa kan. Kiter yang tak jawa ni je yang kampung kat mersing. Ayuhak! Lakasik! Tiba2.

Sebelum tu kami singgah di kedai sparepart untuk membeli bateri. Kedai biasa teckseng tu dah pindah, tapi tak jauh dari situ. Dan dah tukar nama juga. Teck nya dah takde, tinggal seng apa tah.

Untuk menukar bateri, pastikan enjin kereta dihidupkan untuk mengelakkan sistem elektroniknya ting tong. Satu keje pulak nak setting balik. Duit juga tu. Ni pun sebelum tukar bateri, alarm dan lock kereta ni dah ting tong sikit dah. Tapi selepas mendapat jantung baru, ia kembali normal.

Agak pelik pulak bila guna bateri selain jenama yang biasa kita jumpa. Selalu bosch atau yokohama jek.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke kampung. Yayu je yang tak ikut. Dia tetiap kali balik kota memang lalu situ pun. Sampai di mersing, kami terus ke rumah abang epet dulu sebab nak solat jumaat. Lepas jumaat, baru lah kami bergerak ke rumah mak cik baie. Selalunya dari kota terus singgah sini dulu.

Agak sesak menuju ke jambatan. Tapi takde lah sesak teruk. Ni kira biasa2 jer. Masa kat jambatan ni, encik suami telah melanggar bontot sebuah kereta. Ehhh sempat pulak dia sekolahkan makcik tu. Lain kali bagi signal, masuk bergilir2. Padahal dia pun salah tak bagi orang tu masuk. Mesti balik tu pompuan tu kena sekolahkan dengan laki dia pulak huhuhu.

Sampai rumah makcik baie, pintu tingkap semua tertutup. Maka kami terus ke tenglu. Memula pergi rumah cik adol (sepupu abah) dulu. Memang tetiap tahun kami pergi rumah yang sama je. Selagi tuan rumah masih ada. Kot dah takde besok, tak tau lah akan pergi ke tidak.

Kat rumah ni ada banyak kambing. Nampak kat tepi rumah pun ada kandang kambing. Sebelum ni macam takde. Mungkin mereka dah mula menjadi penternak kambing secara komersil kot.

Kambing2 berkeliaran. Kira kambing ni setaraf ayam la kalau kat rumah kampung biasa.

Nak jugak letak gambar ni walau pun blur. Macam 'gambar tak jadik' dulu2. Guna filem.

Dari rumah cik adol, kami ke rumah mak teh. Atau rumah nenek. Di sini lah aku masa kecik2 selalu tinggal semasa cuti sekolah. Abis cuti baru abah datang ambik kami semula. Sekarang tinggal mak teh ngan sabri je kat sini. Kat rumah ni, bertembung dengan femli mak busu. Derang pun dah nak balik. Balik hari. Kami ni sibbaik ada abang epet duduk sini. Kalau tak, tah2 pun pergi balik hari jugak ke sini.

Dari rumah nenek, kami ke rumah maklong. Mak long beli tv baru! Kelakar jer dengar cerita mak long pasal tv ni. Sebenarnya tv lama ada lagi, tapi memang maklong nak beli tv baru. Sekali, baru je pagi tu maklong cakap nak beli tv, tengok2, si iwan (cucunya) dah hangkut tv lama tu ke rumah dia buat main game. Bila dah takde tv, cepat2 maklong beli tv baru. Kata maklong, dia takut jadi macam zaman dulu, masa jepon masuk malaysia. Tak tau cerita, tau2 jepon dah sampai ke kampung mereka. Kalau ada tv, boleh jugak tau perkembangan semasa. Boleh pulak maklong terpikir macam tu eh? hihihi. Trauma perang jepun kot. Kata maklong lagi, masa zaman perang teluk dulu (ye ker? tapi yang iran iraq perang tu la), sekejap2 nenek akan datang rumah maklong untuk bertanyakan perkembangan peperangan tersebut. Maklong kata nak pasang rinjing, tapi rinjing nya habis dekat2 nak raya ni (tak faham sudah).

Masa sembang2 kat dapur, maklong citer pasal kisah makan kerepek. Dulu, masa nenek masih ada, kalau derang nak makan kerepek2 ni, derang akan ambik lesung dan duduk bersama2 memecahkan kerepek tu dengan lesung. Ye lah, memasing warga emas dah takde gigi kan. Kadang tu pagi petang derang lepak2 makan kerepek cara camtu. Sekali sekala jiran (merangkap sedara jugak) pun datang sekali. Seronok makan kerepek secara berjemaah kekdahnya. Hmmm tiap kali jumpa maklong, ada jer cerita nostalgia yang mencuit hati hihihi...

Sebelum maghrib, kami pun beransur ke rumah abang epet. Malam tu takde buat pape.

Raya ketiga pulak, pagi tu kami ke rumah parents kak ani. Kat belakang rumah je. Tapi sebenarnya derang baru je meninggal hujung tahun lepas dan awal tahun ni. Cuma jumpa adik beradik kak ani je lah. Kan sorang adik kak ani tu kawan sekolah encik suami kan.

Lepas zohor, kami bergerak ke rumah makcik baie. Sebenarnya semalam makcik baie ada je kat rumah. Kitorang yang nampak pintu tingkap tertutup, tak bagi salam, terus ingat derang takde kat rumah. Dari rumah makcik baie, abang epet terus balik eto5 anto abah. Sementara aku, eita dan kak ani terus ke rumah aku. Esok abang epet akan bawak yayu ke rumah kami untuk ke destinasi seterusnya. Ke mana? Tunggu sambungannya hehehe...



*ayuhak : ayuh
*lakasik : lekas

2 komen:

Irfa said...

RINJING TU APE?

KELAKAR LA MAKLONG NI
KALAU DIA TAKDE MESTI KO AKAN RINDU TELATAH DIA KAN?

AyunasiA said...

tahun biler tah komen ni. baru perasan. rinjing tu kuali. tapi dalam kes ni, astro. maklong dah takde sekarang.. meninggal masa aku kat jepun.