Monday 22 July 2013

Kembara Jalan Kebun


Minggu lepas aku masuk kelas semester 1 dan berkenalan dengan students. Ada sorang budak ni asal dari kampung-baru-sri-gading. Owh, dah lama aku nak tau tentang jalan kampung-baru tersebut. Sebabnya kalau kiter ikut jalan dalam dari parit raja melalui seberang sungai rumah aku ni, jalan tu akan berakhir di kampung-baru ni. Tapi yang aku tak tau ialah, jalan kampung-baru tu kalau kiter terus ke dalam, akan tembus di mana? Sebabnya selama ni aku cuma tau 3 jalan nak pergi ke tempat kerja aku iaitu 1. melalui bandar bp, 2. melalui jalan parit-karjo (pergi keje) dan 3. melalui jalan parit-botak-parit-kemang (balik keje). Bukan apa, kalau ada jalan alternatif, kot lah besok2 banjir ke jambatan merah sudah runtuh ke kan, takde lah sampai aku sampai kena report polis untuk tak pergi kerja, kan. Eh, yang aku berdedikasi benor ni dah kenapa? Tu ku katakan kalau. Kalau betul betul berlaku, kiter fikirkan masa tu je lah. Tak?

Maka aku pun menyiasat lah dari budak ni. Dia kata jalan tu boleh tembus bukit-batu. Wow! Ini satu penyelesaian terhadap persoalan yang telah lama berlegar di fikiran aku selama ini! Serius, setiap kali balik keje dan ada orang membelok masuk ke jalan bukit-batu tersebut, aku sering tertanya2, apa ada kat bukit-batu ni ek? Jalan ni tembus ke mana? Dengan jawapan budak itu, maka terjawab lah sudah segalanya. 2 dalam 1 sekaligus.

Nak dipendekkan cerita, balik kerja tu, aku pun terus lah cerita kat encik suami. Dan seperti yang dijangka dan aku harapkan, jawapan beliau ialah, "nanti kiter cuba lalu jalan tu." Yeay! Ceh! Macam best sangat? Bagi korang memang lah tak best, tapi bagi aku best tau. Apa yang best tah, tapi aku teruja nak membuat siri jelajah tersebut.

Maka, pada hari sabtu lepas, semasa nak ke bp, kami pun melalui jalan kampung-baru-bukit-batu. Tapi sebelum tu aku tanya jugak kat budak tu, jalan tu jalan kebun ke haper. Dia kata ada rumah2. Ok, kiranya tak lah menakutkan. Kalau sesat boleh tanya orang.

Memula masuk tu jumpa perkampungan kampung-baru tu. Tetiba jumpa kebun sawit. Jalan pun kecik muat2 1 kereta, tapi bertar. Ok, jalan kampung-parit-lapis-sempadan pun macam ni jugak. Standard jalan kampung ar kan. Selepas melalui celah2 daun sawit, kami tiba di satu simpang 3. Ada papan tanda menunjukkan ke kampung-parit-bengkok di sebelah kiri. Eh, ni parit-bengkok mana pulak eh? Setahu aku parit-bengkok ada kat parit-raja, tapi jauh benor dari sini. Maybe ni parit-bengkok-sri-gading lah kot. Maka, kami pun belok ke kiri. Tak jauh dari situ, ada simpang ke kanan menunjukkan kampung-parit-bengkok lagi. Ikut je lah. Jumpa kawasan perkampungan parit-bengkok tersebut. Tiba2, jumpa simpang 3 sekali lagi. Aiyok! Masa ni kira dah takde panduan dah. Kena fikir logik di situ. So, kalau ikut logik, kiter kena belok kanan. Tiba2, kami ternampak sebuah motosikal datang dari arah kanan. Penunggangnya memakai helmet. Itu bermakna dia hendak keluar ke jalan besar (bp-kluang) hehe. Ye lah, kalau dia nak jalan2 dalam kampung ni, buat apa dia pakai helmet, ye dak? Ini juga bermakna dia datang dari arah rumah dia (bukan dari kebun) atau 'jalan besar' yang lain; dalam kes ini jalan-tanjung-labuh (arah tujuan kiter). So, kami pun belok ke kanan.

Jalan punya jalan, jumpa pulak sebuah simpang ke kiri. Sretttttttttttt (bunyi brek mengejut)! Nak terus ke nak belok? Jalan ke kiri tu macam lebar sikit berbanding jalan straight. Tiba2, dari hadapan (jalan straight), datang 2 buah motor. Kalau ikut formula tadi, maknanya kita kena terus lah, kan? (Formula 'ikut arah dari mana orang datang'). Tapi, dari situ, motor2 tersebut belok ke kiri di jalan yang agak lebar itu. Ok, ini satu clue baru! Dah ada 2 point di situ. 1. motor tu masuk jalan tu dan 2. jalan tu lebar. Ini menguatkan hujah bahawa jalan ini lebih utama dan menuju ke jalan yang lebih lebar lagi hihi.

Kami pun masuk ke simpang kiri itu. Jumpa lah dengan perkampungan errr lupa lak namanya. Tapi siap ada sekolah bagai la. Kemudian, kami tiba di satu lagi simpang 3. Adoi, ni yang lemah ni. Kiri kanan ada rumah. Dah tak boleh ikut formula' di mana ada orang, di situ ada jalan' lagi dah. Tapi kat belah kanan tu, nampak ada macam pintu gerbang. Standard nya, pintu gerbang ialah jalan masuk ke sesebuah kampung. Maknanya, belah kanan tu ialah jalan masuk ke kampung ini. Yang juga bermakna di luar pintu gerbang itu ialah sebuah kawasan lain. So, kami membelok ke kanan. Ok, masa ni, kalau suruh patah balik nak cari jalan bp-kluang semula, memang aku dah lupa. Lupa nak campak roti kat atas jalan macam hensel n gretel (tak geti eja).

Melepasi pintu gerbang tu tadi, ada selekoh ke kiri. Suasana masa ni dah macam suasana-kampung-orang-cina. Mengikut pemerhatian aku, bukit-batu ialah satu kawasan orang ciner sebab ada papan tanda tulisan ciner kat simpang jalan bukit batu ni hehe. Sebuah hipotesis yang lemah di situ.

Jalan punya jalan, terjumpa sebuah bukit. Ha! Bukit-batu mesti ada bukit, kan? Selepas mendaki bukit tersebut, kami pun tiba di sebuah jalan raya (ada pembahagi jalan). Maknanya ini ialah jalan besar! Dan, kelihatan di situ papan tanda kuning (jkr) bertulisan Jln Bkit Batu. Yeay! Kita telah berjaya! Akhirnya, kami pun tiba di simpang jalan-bukit-batu - jalan-tanjung-labuh. Tahniah!


Akhir nya jumpa jalantanjunglabuh...

Itu je ceritanya. Nak sampaikan di sini bahawa jalan bertar di tanah malaya boleh dipercayai sebagai jalan kampung walau pun di kiri kanannya terdapat kebun kelapa sawit. Dan kiter tidak akan sesat selagi mengikut jalan yang bertar. Lain lah kalau tiba2 jalan tu mati dan bertanah merah. Masa tu, sila patah balik (kalau ingat jalan lagi). Terima kasih.


1 komen:

Irfa said...

ko ni mmg suka berfikir kan?
bagus la..siap ngan teori lagi
jauh beza ngan aku
haha