Friday 5 July 2013

I Follow U


Selama ni, aku je yang selalu mengikut encik suami ke mana2 beliau outstation. Tak pernah lagi beliau mengikut aku. Sebabnya setiap kali aku pergi kursus/kerja di luar, mesti dapat bilik sharing. Tak mesra keluarga. Tapi semenjak dua menjak menerjunkan diri ke bidang o&g ni, dapat lah aku peluang memaksa encik suami mengikut aku pulak. Biar luak sikit cuti nya tu. Kalau tak tetiap tahun gcr 15 hari pun masih ada baki carry forward lagi. Aku jugak yang kekurangan cuti.

Jadi, pada pagi hari jadiku, kami telah pergi ke kelang. Hehe kelang je pun. Tapi aku memang jarang sampai ke kelang. Padahal lembah kelang tu pun ambik nama kelang, ek? Kami bertolak dari rumah pukul 11 pagi. Singgah makan kat rnr pagoh. Kendian singgah nilai 3. Pukul 4, barulah kami sampai di hotelpremierebukittinggiklang. Hotel baru katanya, tapi dah setahun lebih la kot.

Memang dia nak suruh kiter bawak femli rupanya.







Pemandangan di luar.

Terletak betul2 di sebelah teskoklang (yang kaler biru tu). Teringat masa aku cari langsir kat banyak cawangan nagoya, akhirnya jumpa kat tesko ni. 



Selepas berehat seketika, kami terus ke jasko. 5 minit je dari situ. Oleh kerana hari itu ialah hari jadiku, maka encik suami telah membelikan sebuah hadiah hari jadi. Eh, macam tak pernah pulak aku dapat hadiah hari jadi pada hari jadi. Kalau hari selepas atau sebelum pernah lah kot. Atau mungkin tak pernah? Pape pun, terima kasih, abang! Tak terpikir pun nak beli benda alah tu. Macam membazir jek. Tapi dah orang nak bagi, kiter ambik je lah, ye dak?

Secara keseluruhan, aku suka hotel ni, terutamanya bab makan. Untuk sarapan, nasi lemak dia sedap! Tetiap hari aku makan nasi lemak dia. Konsisten rasanya setiap hari. Lunch pulak, memang mewah dengan menu. Tinggal larat tak larat je lah nak makan. Sampai kan aku terfikir, banyak nyer duit gomen? Rasa bersalah pulak menghabiskan duit pembayar cukai huhuhu. Sepanjang 5 hari aku kat sana, hotel tu sentiasa penuh. Dewan2 dan bilik seminar pun sentiasa ada orang. Mungkin sebab tak banyak hotel kat klang ni kan.

Habis kerja pada hari ahad, kami terus pergi jalan tar. Soping moping sesikit. Macam takde mood je nak soping. Masuk sogo pun setakat ground floor tu jek. Lemas aku rasa. Nak beli baju raya pun sumer penuh batu je. Nak soping tudung, banyak tudung bertingkat2. Pun lemas aku rasa. Tapi ada lah jugak beli selai dua hehe. Aku rasa dalam soal tudung ni, aku macam melawan trend jek. Kan orang sekarang suka tudung bertingkat2 tu kan. Tapi aku masih dengan tudung t-shirt bermanik rumbai2. Very the mak2 aku rasa. Mak pun pakai tudung bertingkat2 kot huhuhu.

Sebelum balik kami singgah di hukm sebelum ke rumah bil di balakong. Lepas isyak, kami pun bertolak balik. Singgah lagi di bukit mahkota untuk memakan poktek. Minggu lepas tu aku ada ke kl jugak, tapi tak sempat makan kat situ. Kali ni poktek nya agak pedas.

Balik semula di bp, aku cuti seminggu. Biasa lah, menjelang puasa ni, aku akan ambik cuti untuk menjahit baju raya hehe. Tapi kali ni baju raya aku tak sebanyak tahun lepas. Tengah dok menjahit, jerebu lah pulak. Terpaksa aku menutup semua pintu dan tingkap. Terperuk lah dalam bilik tu. Tepat hari jumaat, aku pun siap mencantum baju2 itu. Tinggal nak jahit leher dan kaki baju je. Tangan pun aku dah siap jahit getah. Bila nak sambung jahit tu, entah lah. Sambil2 tunggu berbuka boleh kot.

Naik kerja semula pada hari isnin, aku terus ke ilppasirgudang. Selasa, rabu buat kik. Kendian hari khamis pergi ilpbukitkatil pulak. Penatnya!!!

Hari jumaat pulak, pepagi lagi aku dah ke parityani. Tunggu van nak ke klia. Kali ni aku ke kk pulak. Sebab tu tak dapat tengok bola sob sob sob. Kami dari @tecbp seramai 6 orang. Sampai di kk pukul 4 petang. Menginap di hotelklagan.

Kali ni bilik kecik sikit. Bajet dah habis kat tiket flight kot. Tapi ni pun dah cukup baik dah.




Pemandangan di luar.

Dekat je dengan pasar.


Besok pagi, boss offer plan alternatif untuk kami menonton bola. Petang sepatutnya berhenti pukul 4.30, tapi  dilanjutkan ke pukul 6.30 petang. Kendian pukul 7.30 sambung lagi sampai pukul 8.45 malam. Betul2 waktu kick-off tu. Ikut kan je lah. Dia dah bagi lepas pun dah cukup baik dah. Lagi pun ramai orang johor. Majoriti. Kelantan pun ada. Malam tu pukul 8.45, kami terus balik bilik memasing tengok bola. Aku tengok dengan kawan berdua. Menjerit2 dalam bilik tu.

Tanda sokongan padu hehe

Pagi ahad, lebih kurang pukul 10.30, encik suami pun sampai, yeay! Lepas tengok bola malam tadi, beliau tak balik dengan bas yuthm, sebaliknya terus ke rumah bil. Tak sangka aku rupanya tiket mas pun murah jugak ek? Encik suami datang dengan mas (dari klia), balik dengan AA (ke senai), baru rm280+ pergi balik. Sama je rege tiket AA ngan mas, seratus lebih. Boleh lah pergi lagi pasnih sebab kali ni memang tak sempat berjalan2 sebab keje dari pagi sampai malam. Member ilppasirgudang jugak yang untung sebab derang mintak open ticket. Aku tak terpikir pulak boleh request. Huiii rugi rugi...

Petang ahad tu, baru lah kami sempat berjalan2 di pasar. Tengok2 ikan. Geramnya tengok ikan tongkol besar2. Macam ikan paus dah aku tengok. Terus teringat kat fil. Kalau dia pergi sini. mesti dia suka. Sedangkan kalau balik muor pun, dia mesti pergi paritjawa cari ikan. Ni lagi lah.












Tengok ni punya pasal, semalam balik keje terus beli ikan tongkol masak kari hihi.










Jalan2 sekitar pasar, ramai menegur, jdt kalah sudah bah...

Semangat jdt dibawa ke negeri di bawah bayu. Walau pun kalah hehe. Kalah menang adat permainan...











Ada sederetan tukang alter seluar. Klasik je pakai mesin lama.


Owh, dia tak pakai sate gelendong! Ada jual kot bekas tu.

Ni sate gelendong ku.

Amek kaw! Senang takyah beli benang selalu.

Satu2nya wanita di situ.


Kawasan makan yang tak berapa nak hygiene.


Belah malam, balik bilik, encik suami ajak teman makan. Turun lobi, jumpa kawan2 tengah nak keluar makan jugak. Maka kami pun join sekaki. Jalan2 pasar malam dulu, kendian baru cari makan. Adoi la hai... jauh nya berjalan. Pilih ikan pun sikit punya lama. Akhirnya kami pilih ini...




Memang besar, tapi kami makan 14 orang.



Setelah dimasak dried chillies. Ni yang paling sedap.

Cantik!

Buat rasa2. Boleh la...Tapi aku prefer udang biasa lagi. (tapi ni bukan yang dalam gambar di atas)

Sedang kitorang tong2 nak bayar, tetiba encik petr0nas tu gi bayar pulak. Segan pulak. 400+ pulak tu. Kiter nak bayar balik dia takmo. Last2 derang belikan souvenir tuk dia.

Hari isnin petang, kami ke pasar lagi. Kali ni baru nak beli ikan2 kering segala. Beli sikit2 jek, buat bagi orang. Aku tak berapa makan pun ikan2 sotong2 kering ni.

Menjelang senja...


Satu2nya kotak yang aku bawa pulang. Aku lah tu yang kena mengangkutnya.


Dan, pada hari selasa, pagi2 lagi encik suami dah balik. Beliau naik AA terus ke senai. Aku pulak, flight pukul 5 .30 petang. Tengahari tu lepas check out, baru lah sempat berjalan ke shopping complex kat depan hotel tu (centrepoint). Tu pun jalan satu level je, dah penat. Pukul 3 lebih, kami pun ke airport. Drama lah pulak kat airport. Derang lah. Aku ok jer. Naik katebang, tengok2 dah ada dua mamat duduk tempat aku. Holoh! Susah2 je aku pilih seat tepi tingkap, last2 duduk tengah jugak. Pung pang pung pang sampai klia pukul 8 malam. Terus naik van dan balik semula ke bp. Encik suami jemput kat shell dekat2 summit tu. Besok aku cuti... yeay!

Sekian...


2 komen:

ayzaqaysukashah... said...

hamboi cik abg kite pakai pink gitew....suweet...wakaka...i pun bli kaler blue jek bj JDT okey...
Kak...np x bawak balik si tongkol??i suke ok

AyunasiA said...

kitorang takde yg kaler merah je. musim depan dah pesen lain pulak kan. takyah lah beli semua... tapi player jarang pakai biru kecuali lawan selangor kot. kelantan suka pakai baju putih, so jdt leh pakai merah.

tu lahhh nyesal pulak tak bangun pepagi beli tongkol itu. bos ko tu je yg bawak balik ikan basah.