Saturday 1 June 2013

Itu Kawasan Parlimen Tempat Kerja Saya!


Okeh, aku ada masa nak story mory pasal pru13. Adeh... Aku rasa pilihanraya bangladesh yang 2 minggu selepas pilihanraya kiter tu pun orang dah tak citer lagi dah. Dah sebulan lebih, dekat 2 bulan dah pun. Eh, perasan tak peti undi kat bangladesh? Dia pakai kotak storage jek, kan?

Kan aku kata aku dah tulis point2 yang nak dihuraikan dalam entry ni kan? Masalahnya sekarang, aku dah lupa maksud point tu. Boleh? Kenapa aku tulis 'fikir 110 kali'? Ok, abaikan.

Dah takde feel nak analisis bagai. Aku nak citer pengalaman aku mengundi je lah ek.

Walau pun hari jumaat sebelum mengundi tu aku dah ambik cuti, tapi aku tak pun balik kampung awal. Sebabnya encik suami takde, pergi pesta buku. Jumaat malam tu baru beliau balik. So, sabtu pagi tu baru kami balik.


Besok nak ngundi baru ari ni nak pacak bendera, apa kes? Ni jiran sebelah rumah kami yang pasang malam2. Setakat ni belum ada cawangan ke ranting ke parti politik di taman aku ni. Baru nak tumbuh pucuk hehe. 

Tapi bukti ni dah cukup menggambarkan isi hati mereka.

Ini pula terpacak di tepi jambatan menghala ke taman kami.

Bendera kat atas jambatan tu pulak, sekejap je elok. Besok2 tengok ada yang dah koyak dan terbakar.

Ini pemandangan balik kerja, dekat jalan ke taman aku jugak, tapi dari arah paritlapissempadan.

Ok, mari lah mari balik mengundi...

Singgah sarapan dulu. Macam tak percaya yang kiter berada di johor. 2 calon pr tu ialah calon dunparitraja (pas) dan parlimensrigading(pkr). Masa hari bubar tu ari, kan hari rabu kan. Petang tu aku pergi pasar malam, ada lah mamat pkr tu datang salam2 encik suami. Tapi masa tu tak tau pun yang dia calon pr hihi. Kiranya 2-2 calon orang muda ar kat sini. 

Yang ini lawan dia. Beliau ni isteri kepada ex-yb srigading, tokmataziz  (now jadi speakerdunjohor). Pasni boleh la jumpa datin ni pulak time solat terawih kat surauparitjambol kot.

Jentera puteri.

Oleh kerana aku dah cuti hari jumaat tu, maka, tak dapat lah aku mengehon pada flashmob yang berleluasa hari tu kan. Macam best jek. Pastu  balik ni kengkonon lalu bandar kluang, kot la ada flashmob ke kan. Sekali, haram... takde.

Ternampak restoran ni dekat trafiklite ekonsavekluang. Sekarang orang suka taruk nama bahan memasak untuk kedai derang, ek?

Sampai kota, cam biasa lah, singgah membeli belah dulu. Pastu terus balik eto5. Kali ni aku tak balik semencu langsung. PIL pulak bizi memasak untuk petugas2 undi. Petang sikit, kami ronda2 eto5 dan eto4.

Memang takde harapan ler nampaknya...

aptb...

Kat kawasan gerai.

Budak2 eto5...

Kat blok A.

Nak pilih yang ini ker?

Aiyak, putus sudah!
Ooo inilah cikgu adela cap kunci tu ek... Agaknya calon bn tu pakai poster pru11 kot. Ye lah, sejak pru11 dia tak pernah bertanding, membazir plak kalau buang poster yang dah diprint banyak2 tu kan. Gambar pun ayu muda belia jek lagi. 



Maka pada pagi 5 mei 2013, lepas sarap, kami; aku, suami, eita, mak dan abah, pergi lah ke sekolahairtawar5, sekolah yang ku cinta, bergerak maju berseleogan kata, cita usaha jaya lalala

Sokong tak?


Kesesakan di depan sekolah.

5 tahun sekali.

Sampai2, terus beratur, ambik slip saluran. 

Memula aku beratur kat barisan yang pendek, redup. Tak lama tu lin datang bagitau barisan yang panjang dan panas tu pakai online, yang pendek dan redup ni pakai  manual. Terus kitorang pindah barisan panjang dan panas tetapi ekspress. Berpeluh keti.

Dah selesai. Aku lah tu! Gambar kat luar bilik mengundi ada kat henfon, lupa nak transfer.

Sengaja aku tak cuci dakwat ni seperti orang lain. 

Menunggu abah hampir sejam. Saluran 1 paling lama sebab pakcik2 ni beratur berlapis2. Takde pulak pulis jaga. Kat saluran 4 siap tido2 lagi pulisnya.

Sejak bila bervisi bagai ni eh?

50 meter.

Ok, jom balik...

Rumah guru. Tepi sekali ni dulu rumah cikgu matnoh yang garang giler. Banyak pokok bunga sekarang.

Banyak nyer buah sukun! (Takde kaitan dengan pru13)


Rumah gerakan. Tempat amik 'duit minyak'. Yayu dapat rm50 sebab duk luar johor.

Petang, dekat2 pukul 6, kami pun bergerak pulang. Kena sampai sebelum pukul 8 untuk mendengar keputusan.

Masih kekal.

Lebih kurang 8 jam kemudian.

Sampai rumah dekat pukul 8. Masa lalu kluang, nampak banyak kereta tepi jalan kat bilik gerakan calon dap dekat roundabout jalan bp. Memang kerusi sasaran pr pun.

Di rumah, aku mengikuti keputusan pru13 melalui tv @stroawani dan malaysiak!n!. Tapi kat tv lagi cepat kot. Menjelang tengah malam, terbaca status update dari parlimenbatupahat yang dijangka ada kejutan. Rupa2nya memang betul2 kejutan. Tak sangka orang yang langsung tak dikenali, boleh mengalahkan timbalanmenteri. Errr pasni boleh jemput yb rasmikan program kat opis kami tak? A'ah, cuba lah kalau nak mintak director ko kena transfer ke bintulu hahaha. Silap haribulan dengan ko2 sekali kena pindah ke lahaddatu.

Lepas pengumuman dengan muka masing2 yang monyok itu, aku pun tido. Kecewa. Kena pergi kerja besok...


.


0 komen: