Wednesday 10 April 2013

Raya! Raya! Raya!

Bila aku katakan undi adalah rahsia sebenarnya aku nak katakan sebaliknya. Betul, undi takde lah rahsia sangat seperti yang kiter sangkakan. Kalau rahsia, takde lah nombor siri kat kertas undi dan takde lah petugas tu tulis nombor siri tersebut kat tepi nama kiter yang dalam senarai dia tu. Tapi betul lah jugak, jiran kiter tak tau kiter undi saper. Kira rahsia lah jugak tu. Separa rahsia. Bagi pihak sana, tak rahsia, tapi bagi pihak kita, rahsia.

Aku tak tengok siaran langsung bubur itu ari. Aku tengok kat berita tivi belah malamnya. Derang kata tivi3 dah potong tang silap tahun tu, tapi tidak tivi9. Eh, bukan tivi3 ngan tivi9 beritanya sama ke? Apa yang terlintas di fikiran aku ketika mendengar pengumuman itu ialah, kalau la pm kiter tu penyimpan mohor besar raja2 yang umumkan tarikh hari raya, alamatnya tak raya lah kiter tahun ni ek? Dah, dia kata tahun 2012. Tonasi dah dekat2 sama pengumuman raya dah. Siap sebut hari dulu baru tarikh, memang sama. Nebes betul nampaknya yea.

Hujung 2 minggu lepas aku balik kota. Beza betul kota dengan bp. Kalau kat bp, khususnya laluan aku pergi kerja, perang bendera berlangsung dengan meriah nya. Warna-warni! Kalau kat simpang taman aku ni, dah macam tamanpas dah. Dah lah papan tanda tamanwirajayayangbest tu pun kaler hijaupas. Tambah pulak bendera pas kat kiri kanan simpang. Sebenarnya kat depan simpang tu ada rumah cum cilik gerakan derang.

Tapi kat kota hmphhh bosan. Satu kaler jek. Tak macam nak raya pun. Tapi tak tau lah hari ni sebab masa tu lum bubur lagik. Tapi aku rasa sama jek la. Sampaikan banner 'tawaran' kat tepi jalan nak gi kota tu pun kena bakor. Sebab tu kiter takde dengar cerita langsung pr nak tawan kota tinggi. Kalau johor memang ada, tapi dia takde sebut langsung pasal kota. Lebih2 lagi pengerang la sebab tu semua area felda. Sampai aku dah terfikir, kalau pun aku undi selain dacing, ada kesan ker ek?

Eh, jangan pikir macam tu. Ini lah kesilapan kiter (silap pemikiran). Kalau aku sorang yang fikir camtu, mungkin lah takde kesan. Kot. Tapi, cer kalau sumer orang turut berfikir sedemikian? Tentu apa yang difikirkan itu akan jadi kenyataan. Tapi kalau mereka fikir, ooo mungkin kawan2 satu sekolah satu kelas masa tingkatan 2 pun akan melakukan perubahan, tentu perubahan itu boleh berlaku. No no no, jangan fikir camtu lagi ok? (monolog nampaknya di situ hihi) Maklumlah kan, kiter dah set kan otak kita bahawa undi adalah rahsia. Maka apa yang suami kiter undi pun kiter takmo ambik tau atau takut nak tanya (?). Padahal boleh je kiter ugut/pujuk dia supaya undi sama ngan kiter hikhikhik. Sesama adik beradik pun nak rahsia ker...? Adoi... agak2 lah abang. Sepatutnya adik beradik lah yang boleh bersepakat membawa berkat.

Satu lagi pemikiran yang tak patut pada pilihanraya (tapi aku pun dah terfikir jugak) ialah, aku undi saper pun, bukan aku duduk sini pun. Jangan fikir macam tu jugak ok. Sebab kita juga mengundi bagi kerusi dewan rakyat. Dewan ini lah yang menentukan dasar nasional dan menggubal perlembagaan negara. Kalau undi dun pulak, memanglah bukan tempat tinggal kiter, tapi dalam kes aku yang masih tinggal di negeri johor misalnya kerajaan negeri masih melibatkan soal2 kecil tapi signifikan seperti air, tanah, ugama dll. Eh, air bukan benda kecik ok. Tanah lagi lah benda besar. Kalau tidak, takde lah kes rapidpengerang tu kan. Maknanya, undi kiter yang satu itu, tak kira lah parlimen atau dun, di mana juga kiter tinggal, tetaplah memberi kesan kepada kiter dan seluruh rakyat mesia, bukan mak abah kiter di kampung itu sahaja.

Cuma tu lah. Aku teringin nak dengar dari pihak orang yang duduk selangor, penang dan kedah. Kelantan takmo dah, sebab dah biasa dengar. Maksud aku orang yang duduk selangor, tak semestinya orang selangor ya. Sebab orang2 ini lah yang akan balik ke kampung masing2 untuk mengundi nanti. Aku nak dengar dari pihak rakyat pulak. Selama ni asik dengar dari pihak kerajaan je, semua sedap bunyi nya. Soalannya ialah, adakah korang nak negeri lain merasai apa yang korang rasa? Atau, elok kekalkan aje apa yang ada sekarang? Cer citer cer citer.

Tentang manifest0. Orang ni kata, derang tiru mereka. Pastu, orang tu pulak kata, mereka tiru derang. Isy, sekarang ni, inspira tiru lancer ke lancer tiru inspira? Acik kompius di situ.

Dalam banyak2 calonpas yang dah diumumkan setakat semalam, aku rasa datukhusammusa boleh dikira hero of the hero. Sebab dia bertanding di putrajaya. Sebab apa aku cakap camtu? Sebab putrajaya lah hala tuju pr dalam election kali ini. Yang lain2 tu kira hero lah jugak. Tapi aku sebenarnya 'minat' jugak kat datukhusammusa tu hikhikhik. Dah macam retis pulak main minat2 ni kan? Bukan apa, dia ni jenis cakap lembut dan cool jek. Takde lah berdegar2 sangat. Muka dia ada iras2 anwaribrahim sket2, kan? Ok, abaikan.

Ok, itu je setakat ni. Nantikan episod seterusnya pada hari dan waktu yang tak sama minggu depan. Babai!

p/s Tak sabarnya nak mengikuti analisis post-pru-13. Aku suka bab analisis2 ni hihi. Kalau boleh aku nak sebulan tu cerita analiiiiiiiiiiiiiisis jek. Best3. Aku suka tengok analisisawani.


1 komen:

eita said...

Dok Selangor air free. Dah bertahun tak penah bayar bil air. Basuh keta kat rumah je. Bekalan air pun takde masalah. Sbb loji air dok kat sebelah ni je kot. Bab saman laju... ni yg panas. Setakat ni tak penah kena saman kat Selangor. Bila jenjalan ke tempat lain....tunggu je la surat saman tu sampai. Sampai rasa tak nak bwk keta bila klua dr Selangor. Bab keagamaan ...aritu blk dr kota ke klang boleh plak terrrbuat kesimpulan. Sepanjang perjalanan kat Johor tu tak jumpa pun kain rentang ada ceramah agama ke, forum ke... ustaz2, imam2 tak nak turun Johor ke? Masuk je Selangor... bersusun ceramah agama & forum bagai.Hmmm....