Tuesday 2 April 2013

Bila Saya Cakap Politik 2.0


Dalam drama geng surau, ada watak pak abu (azhan rani) dan cikgu (mat over). Seringkali, bila pak abu memberi idea yang cerdik, cikgu juga akan memberi idea. Yang sama maksud, tapi lain ayatnya. Ini membuatkan pak abu bengang. Begitu lah aku rasa perasaan pr sekarang.

Kalau nak diikutkan, aku tak bercadang nak menulis soal politik lagi buat masa ini. Cukup lah entry aritu sebagai intro yang mungkin akan disusuli dengan ulasan selanjutnya ketika musim pilihanraya besok. Takmo lah time bulan puasa dah buat kuih raya, time bulan puasa jugak kuih tu dimakan. Nanti time raya dah tak rasa nikmatnya 'makan-kuih-raya-di-pagi-raya'. Tapi, nampak gayanya aku telah diprovoke oleh cik anon hehehe.

Aku mengambil masa lebih seminggu untuk membuat keputusan mempublish entry ini. Dah taip dari minggu lepas lagi, tapi bila pikir balik, kang nanti orang kata poyo pulak. Tapi kalau tak dipublish, buang masa dan rugi idea je aku taip benda alah ni. Kemarin rasa tak nak publish, semalam rasa macam, eh, publish je la.

Tapi takmo lah cakap, ini blog aku, sukati aku lah! Walaupun pernah juga aku cakap macam tu, tapi dalam kes entry tersebut, isunya sedang panas, sepanas cuaca hari ini. So, kena lah aku pun bersikap terbuka. Dah sendiri bagi bola tanggung, kan. Nak kena jawab ke? Boleh aje aku buat dek. Tapi rugi oi! Bukan selalu orang komen entry aku, kan? Dah lah jarang ada komen, tetiba ada komen takmo balas pula. Tapi aku nak balas dalam bentuk entry baru. Sayang, idea banyak tapi tersorok dibalik komen hihihi. Tapi entry ni bukan lah sepenuhnya menjawab komen tersebut. Ada jugak melencong2 nya.

Sebelum tu, dah alang2 komen balas, baik aku balas komen dak alub dulu.

Alub,

Aku setuju tang 'kalau x ok, kita tukar balik la' tu. Macam kerajaan penang, selangor dan kedah la. Derang/korang dah rasa macamana rasanya berkerajaan kan kerajaan pembangkang. Kalau ok, teruskan lah, takyah lah tukar balik. Macam terengganu dulu pun macam tu. Dah cer cuba cer cuba sepenggal, boleh la tukar balik kalau rasa tak ok. Cuma aku yang kat johor ni je risau sikit. Macamana agaknya, 'bila' kerajaan persekutuan dah dapat kat pr, sedangkan negeri johor masih di bawah bn? Sama lah, negeri di bawah kerajaan pembangkang. Cuma lain pulak kesnya.

Kata encik suami, kiter ni bukan lah penyokong pr sangat, tapi lebih kepada meluat kat bn hihi.

Ok lah. Pertamanya, dua orang sahabatku mengasssume si anon itu ialah seorang lelaki. Tapi, kenapa aku boleh tak terfikir langsung yang dia adalah lelaki? Aku bayangkan pompuan. Tapi biasanya pompuan tak menyebut pasal bapa secara direct camtu kot? Lantak lah.

Secara umumnya aku faham komen anon tersebut sepertinya tidak setuju dengan perenggan 22 (siap kira tu hihi) entry tersebut, di mana aku menyentuh mengenai soal mengungkit biasiswa. Sepatutnya aku tak terasa apa2 pun dengan ungkitan tu sebab aku tak pernah dapat biasiswa pun. Tapi ungkit mengungkit itu tetaplah tidak sedap didengar telinga ku ini. Macam riak takbur bongkak berlagak je. Maksud aku, aku tak dapat biasiswa semasa belajar di uni. Pernah lah dapat biasiswa kecil persekutuan masa sekolah dulu huhu. Tapi rasanya maksud di sini ialah biasiswa uni. Kenapa aku tak dapat biasiswa? Masa zaman aku, student diploma uitm tak ditawarkan biasiswa, samaada dari jpa atau pun mara. Aku tau sekarang dah ada, kan? Rasionalnya mungkin masa tu kitorang sumer duduk kolej, makan free, yuran 200 hengget. Tak perlu kot biasiswa. Buku boleh beli pakai daun atau kelopak bunga seroja. Tak, aku tak kisah pun. Sebaliknya kami boleh memohon pinjaman dari yayasan negeri masing2 atau mana2 pihak lah yang nak mengoffer pinjaman. Tapi kebanyakan agensi tak bagi pinjaman kat student diploma. Diploma memang didiskriminasikan, ek?

Sampaikan itu ari, semasa berada dalam sebuah mesyuarat, aku mendengar stetmen seseorang ni yang mengatakan, student diploma ni biasanya merupakan pelajar yang ketinggalan atau lemah dalam akademik. Tak dapat masuk matriks atau uni, tu yang buat diploma tu. Serius aku kecik ati siot. Adakah 'masyarakat akademik' berfikiran sedemikian? Betapa tak adilnya. Adakah kalau pun kita buat diploma, kualiti diploma itu turut rendah?

Kerana di uitm, program diploma adalah teras pada suatu ketika dulu. Selepas tahun 1999, bila diploma lanjutan dinaik taraf kepada ijazah sarjana muda, baru lah program degree uitm 'dipandang' orang. Sehinggalah sekarang, semua program diploma itu telah didistributekan kepada kampus2 cawangan (bermula sejak aku kena transfer ke dungun dulu). Tapi tak tau lah kalau encik tersebut maksudkan student diploma 'sekarang'. Kot. Zaman aku student diploma pun terdiri daripada student yang excellent dalam spm hehe perasan. Ok, cancel kecik ati.

Berbalik kepada isu asal.

Jadi nak dipendekkan cerita (aku tak cerita pasal zaman degree pulak sebab cerita panjang dah aku ceritakan banyak kali dalam blog ini), aku tidak menerima sebarang biasiswa sepanjang belajar di ipt. Cuma pinjaman yayasan johor masa diploma je. Maka, kiranya aku bebas la dari membalas jasa kerajaan kot ek? Banyak ar! Tak ingat, dalam slip yuran dulu derang ada tulis kos sebenar pengajian serta subsidi yang diberi? Tak ingat ko sekolah kat mana? Tak ingat ko lahir dan dibesarkan kat mana? Giler tak ingat? Maknanya masih banyak la jasa kerajaan yang perlu dibalas ek? Sampai bila? Ke selama nya aku kena hidup di atas budi kerajaan? Teringat slogan felda, budi disemai, bakti dituai. Ok, takde kaitan.

Eh, kan aku kerja kerajaan? Boleh tak kontrakan jasa kerajaan tu dengan jasa aku berkhidmat dengan kerajaan sekarang? Woi! Tu pun nak berkira ker? Tak lah, saper yang berkira sekarang? Hmmm...

Sebenarnya biarlah aku jelaskan pendapat aku di sini. Aku tak rasa memangkah bn adalah satu kekdah membalas jasa kerajaan. Sebab yang memberi biasiswa itu ialah kerajaan, bukan pm. PM hanya lah 'alat' (macam diperalatkan pulak bunyinya) atau egen pemberi biasiswa tersebut. Tak kisah la biasiswa ke, subsidi ke, sama je. Aku tak rasa biasiswa tu ialah satu idea yang didiscover oleh kerajaan bn pada suatu ketika dulu. Seluruh dunia mengguna pakai kekdah ini, lama dahulu dari mesia. Jadi, aku tak rasa kalau kerajaan kita selama ni bukannya kerajaan bn, biasiswa ini tidak wujud. Lagi pun, duit tu pun bukan duit dia pun kan. Dah tentu2 duit pembayar2 cukai. Termasuk mereka la kot. Dalam kes ini, pembayar cukai bukan lah orang bn semata. Aku yang bukan orang bn ni pun bayar jugak. Eh?

Ok, cukai pendapatan memang aku tak pernah bayar. Berapa sangat lah gaji aku kan... Tapi aku bayar cukai perkhidmatan, cukai jalan, cukai barang2 import (termasuk lah stokin, selimut, kain, baju yang dipakai hari2 yang made in china tu) dan sebagainya. Jadi, siapa kata bn yang bagi biasiswa?

Tak dapat aku bayangkan, macamana agaknya kalau undi tu dibuat secara automatik, barangsiapa pernah dapat biasiswa, undi dia terus masuk kat bn. Cer bayangkan...

Ini bukan soal balas jasa, tetapi soal integriti, amanah, bersih dan adil. Kalau kerajaan kita mempunyai ciri2 ini, takkan lah aku nak undi yang lain kan. Mesti lah aku nak terus dengan apa yang ada sekarang. Tapi sekarang adalah sebaliknya. Memang banyak yang baik. Eh, aku kerja gomen, aku buat benda baik, apa? Bukan lah gajah depan mata tak nampak, nyamuk seberang laut nampak. Masalahnya ni gajah nampak, nyamuk pun nampak.

Kesian kat encik director aku. Sambil berjalan pun berfikir, mana nak cari duit nak baiki mesin, nak baiki ekon, nak banteras merpati, nak beli katil baru untuk student, nak itu nak ini. Betul ke gomen tak de duit? Tapi kenapa yang kiter nampak adalah gomen kaye, banyak duit, siap boleh tabur merata2?

Nampaknya banyak contoh diberi oleh si anon yea. Dari diri sendiri ke kawan yang balik obersi tak dapat kerja, sebaliknya ciner yang dapat, sehinggalah kisah pakcik yang anak beranak tak pangkah bn itu. Hujungnya aku tak faham, apa kaitannya dengan pemimpin yang mengungkit pasal biasiswa?

Kalau pasal student obersi tu, aku tak faham apa kaitannya dengan biasiswa? Dah kalau pointer  pun 2.1, aku yang melayu pun takmo ambik kerja (kalau aku ada company la). Bukan tak nak tolong melayu, tapi kalau belajar pun dia tak bersungguh2, adakah dia akan bersungguh2 bila bekerja? Ok, mungkin uni yang dia belajar tu ialah univesti harvard. 2.1 tu setaraf 3.7 kot ek? Mungkin dia boleh berubah, atau berbakat dan berkaliber, tapi, siapa berani mengambil risiko? Ini takde kena mengena dengan KM dia orang ciner. Dah company tu ciner punya. Bukan kat penang je ada orang ciner. Lagi pun bukan baru 5 tahun ni je km dia orang ciner. Dulu kohsukoon tu melayu ker? Kalau company melayu nak ambik budak melayu dengan pointer 2.1 tu, ambik la. Orang ciner tak rugi pape pun. Ke maksud point tersebut ialah, kalau pr menang, nanti, pm kiter ialah limkitsiang? Cuba fikir lapisan kedua. Dalam perlembagaan pon, pm kiter dilantik dengan budi bicara oleh ydpa. Kalau baginda tak berkenan, takmo der dia setuju dengan perlantikan itu. Dalam perlembagaan juga ada mengatakan bahawa islam adalah agama rasmi persekutuan. Dan ydpa tu pulak, bukan melayu islam ke baginda? Kalau pun baginda dah terkenan kat orang ciner, ingat majelis raja2 nak duduk diam je ker? Derang sumer melayu islam, aper...

Sebab tu aku bersetuju apabila kabinet tidak meluluskan tayangan umum kepada filem tandaputera. Rasionalnya, filem tu tentang tragedi 13 mei. Dan ia melibatkan isu paling sensitif dalam negara kita ni, iaitu perkauman. Sejarah is sejarah, tak perlu dipertontonkan lagi kerana yang akan menontonnya nanti, kita2 jugak. Lain lah kalau filem perang ngan jepon ke, perang ngan belanda ke. Derang bukan duduk kat sini lagi dah. Ini, bangsa yang sama ditunjukkan berbunuhan, bangsa yang sama jugak yang menontonnya, bangsa yang sama tempat kiter beli kain pasang. Dalam kes ni aku setuju pulak dengan kerajaan ek?

Selalu jugak aku dengar, nanti besok2, penang tu akan jadi macam singapore. Orang melayu dah tak berkuasa dah. Orang melayu dah takde tanah dah. Orang melayu pupus. Aku bukan lah penyokong ciner. Aku tak berapa suka menyentuh cerita tentang orang ciner sebab hakikatnya aku tak kenal pun mana2 orang ciner. Kawan ciner pun aku ada sorang je. Hi chua! Tu pun sebab sama2 masuk kerja. So, macam yang aku katakan tadi, aku tak faham apa kaitannya dengan isu ini.

Sebab pr bukan lah pakatan parti2 orang ciner. Kan ada pas? Pkr dan dap tu pun mix pelbagai kaum. Aku selalu fikir, kalau kat tempat tu majoriti ciner, apa salahnya pemimpinnya pun orang ciner? Errr kurang ke melayu aku kalau cakap macam ni?

Tentang mesir dan algeria tu, aku takde pengetahuan mengenainya. So, no comment jugak.

Akhir kata, kepada si anon, aku tak tau samada kau duduk kat us (betul ke?) tu untuk bekerja atau study dan berapa lama kau duduk obersi. Jadi, takmo lah aku membuat spekulasi di sini. Tahniah kerana berjaya mempertahankan hujah tuan dengan contoh2 yang banyak dan saya yakin, benar2 belaka. Yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kerana menyukai blog ini, walau pun kiter berlainan ideologi politik hehe. Jangan le mare, saya dengan roomate saya pun berlainan pendapat dalam politik, ok. huhuhu (tapi pegi jelajah sama2). Peace yor! Jangan lupa balik mengundi (atau undi pos) yea!

p/s dsai selalu gunakan perkataan 'bila' kita dapat tawan putrajaya..., instead of 'kalau' kita dapat tawan putrajaya... bila tu agak pasti, sedangkan kalau tu macam tak pasti.

p/s kalau boleh habis kat sini je lah yea. nak sambung kalu, tulis kat blog sedara/i sendiri.

p/s akhir kata, undi adalah rahsia. serius!

4 komen:

eita said...

Apa tujuan tanda putera dipertontonkan secara tertutup kpd kakitangan kerajaan eh?Rugi plak tak dpt peluang tgk aritu

AyunasiA said...

supaya kakitangan kerajaan sokong bn la. kalau bn kalah, peristiwa 13 mei akan berulang la kononnya.

eita said...

Eh... ayat tu tak abis. ...dipertontonkan secara tertutup kpd kakitangan kerajaan SAHAJA. Kenapa masyarakat umum x leh tgk. Pelik plak

AyunasiA said...

takmo orang ciner+melayu ramai2 tengok kot. nanti terprovok.