Tuesday 19 February 2013

Cuti CNY Yang Menginsafkan


Cuti raya cina itu ari, walau pun aku tak pergi memana, tapi aku rasa penuh bermanfaat. Selain belajar grammar (hahaha betul2 rasa macam belajar kat sekolah), aku berkesempatan melakukan aktiviti membaca. Cuma kali ni lain sikit. Bukan baca buku, majalah, akhbar atau pun blog. Tetapi forum.

Lama jugak aku dah meninggalkan dunia forum ni. Dulu masa zaman berniaga batik, forum lah antara medium terpenting pemasaran aku. Bukan antara, memang dia lah medium terpenting. Masa tu forum melayudotcom, wanitamelayu (wmc), bazaaraya, dan tah apa2 lagi tah, memang popular sebagai tempat mencari barang yang dijual secara online. Masa tu blogshop tak banyak lagi. Antara forum2 ni, ada yang free, ada yang kena sewa macam sewa kedai kekdahnya. Kalau tak salah sewanya dalam rm30 untuk 3 bulan kot? Lupa dah forum yang mana. Tapi selama berniaga tu, takde lah pulak aku terfikir nak baca2 sangat board2 lain. Baru setahun dua ni je baru aku mula baca forum semula. Kali ni, langsung tak bukak board bisnes. Kalau ada pun, bosan jek. Kebanyakannya akan kasi link blog masing2 kat dalam forum tu. Baik takyah. Tapi sekarang, aku bukak board hiburan je hahaha. Ye lah, aku dengar ada orang cakap, blog2 hiburan tu pun banyaknya rembat gossip dari forum tu.

So, sepanjang cuti raya cina tu, aku membelek satu persatu board2 yang ada. Sebelum ni, aku adalah jugak layan board isu semasa, lagenda, mitos, sejarah dan sebagainya. Menarik gak topik2nya. Dan kali ni, aku  tersangkut kat board perbincangan keluarga. Macam2 lah cerita kehidupan rumahtangga yang boleh didapati di sana. Sehingga lah aku terbuka satu thread ni...

Thread tu ditulis dalam board perbincangan keluarga, di bawah sub-forum curang, poligami dan perceraian. Hah! Cuba bayangkan betapa beratnya isu yang diketengahkan dalam board ni. Dari sekecik2 kes curang, ada yang membawa kepada poligami, dan ada yang membawa kepada perceraian. Ada kes yang dah selesai, ada yang baru nak mula mengadu, dan ada yang kes tengah berjalan. Membaca thread2 tu umpama membaca novel pulak aku rasa. Lebih2 lagi untuk kes yang dah selesai dan dilock. Dah macam realiti tivi pun ada. Siap update kat luar mahkamah lagik. Dapat aku bayangkan, macamana semasa thread itu sedang aktif, ramai yang tertunggu2 update dari tuan thread tu.

Membaca forum juga, aku belajar banyak istilah2 baru yang setengah nya aku dah faham (melalui pengalaman membaca dan struktur ayat) dan ada jugak yang aku masih tertanya2. Antaranya, seperti pencerahan, bertabah, momod, tt, iols, uols, sheols, heols (hancus, bahasa inggeris pun kena godam) dan sebagainya.

Oh, berkenaan thread yang membawa keinsafan tu. Secara ringkas, ianya berkenaan sorang pempuan ni. Dah 10 tahun kawen. Ada anak pempuan sorang. Suami dia bukan orang mesia, tapi islam sejak 10 tahun sebelum derang kawen lagi. Bukan oramputih. Suami dia boleh la masuk kategori suami yang baik kalau dilihat dari sudut tanggungjawab, tapi hanya kerana satu kekurangan dirinya, telah membawa perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian. Dan satu kekurangan suami itu ialah curang. Dia bukan jenis curang dengan kekasih, tetapi dia jenis one night stand gitu. Memang sedih membaca perkembangan kes mereka ini. Sekejap2 rasa geram nak marah je kat laki tu. Sekajap2 pulak macam kesian pun ada. Sampai lah akhirnya, pada hari2 terakhir sebelum bercerai, mereka berjumpa dan menangis di dalam kereta kerana masing2 masih ada rasa cinta, aku pun turut sama berjuraian air mata. Dapat pulak pempuan tu jenis pandai menulis (tu yang rasa macam baca novel tu), memang terasa lah.

Bila aku baca beberapa kes yang lain, yang juga berakhir dengan perceraian, kebanyakannya akan ada scene menangis-bersama2-pada-saat2-terakhir mereka bersama. Tangisan penyesalan. Apa yang dapat aku simpulkan sendiri, walau pun mereka ingin berpisah, mungkin salah seorang yang ingin, yang satu lagi terpaksa, atau kedua2nya sekali sudah tidak mahukan perkahwinan itu, namun dalam hati pasti masih ada cinta. Tu yang membuat aku insaf seketika tu.

Selain melayan forum family discussion, aku juga telah membuat keje tak berfaedah pada cuti raya cina itu, iaitu mengikuti perkembangan kes shilamzah-sharnazahmad-ndlala. Kan masa tu tengah kemuncak konflik kan. Bermula dari kes shila 'lari dari rumah' yang diberi istilah lebih manis, 'pergi mencari ketenangan'. Diikuti pula dengan video ombakrindu dengan pakaian serba putih (dah macam laki mati dah) yang diikuti pula dengan statement2 dalam galaksi dan melodi. Kemudian laporan polis ndlala (yang tak sepatutnya dibuat sebab kalau dia baca forum tu, ada forumer yang cakap, dia jumpa shila kat awanakijal huhuhu. tapi dia saje nak gertak shila kot. lagipun besok tu dia ada show besar kat penang yang dengan psygangnam tu). Kemudian bila dah jumpa, derang pun ke penang, kuar lak statement, saya suka berada di penang, kerana seperti berada di rumah sendiri (bakalmertuabelumjadiorangpenang). Dan akhirnya selesai persembahan, derang takmo layan reporter sebaliknya berjanji nak buat PC yang belum berlaku lagi. See! Sebijik2 aku tau, tau... Tu yang tak berpekdahla.

Dan satu lagi aktiviti berfaedah yang aku buat pada cuti raya ciner ialah melayan video ceramah ustazkazim. Itu pun aku baru tersedar bahawa sejak aku mengumpul cd2 beliau, aku dah tak tengok ceramah2 dalam utube. Terutamanya sekitar tahun 2012 punya. Bila dah terbukak satu, terjumpa lah banyak lagi video2 ceramah yang tak pernah aku tengok. Ni pun menyumbang kepada rasa insaf jugak ni. Cuma tu lah. Aritu keluar isu pasal kaitan ustaz ni dengan politik. Aku dengar2 je lah. Tapi selama aku dengar ceramah dia, takde lah pulak aku nampak dia belah ke mana. Kekadang dengar macam belah A, kekadang tu, macam belah B pulak? Entah lah. Yang penting ambil yang baik. Kalau UAI pulak, aku dah kurang dengar sebab tak tahan dengar, banyak sangat bodoh nya. Fening kepala aku.

Dah.



2 komen:

Alub said...

hehe aku masih suka UAI berbanding kazim...

AyunasiA said...

approach problem based learning dia bagus, tapi bahasanya tu...