Tuesday 29 January 2013

Wo Ai Beijing : Part 8 Ski Resort


Apaaa??? Aku ada blog kah? Cuti lama sangat, tu yang hilang momentum tu. Ok, sekarang mari masuk gear 1 semula. 

Selepas solat di masjid cantik, eh, lupa. Kalau tempat lain, pergi toilet adalah sesuatu yang menggusarkan hatiku, tapi kalau ke masjid, tiada masalah tersebut. Bukan lah masjid tu dah setaraf toilet ke haper, tapi toilet kat masjid je yang macam toilet kita. Ada paip air dalam jamban. Jadi, proses mengqadak hajat di situ adalah menenangkan hahaha. Takyah la buat gaya akrobatik bagai time nak cebok. Isy!

Ok, dari masjid tu tadi, kami terus ke pusat rekreasi ski. Kiranya kat beijing ni takde der salji turun hari2. So, derang bina lah sebuah tempat ni untuk mereka bermain ski. Terletak di lereng bukit, salji di situ adalah tiruan. In fact, masa kat luar kemain lagi sejuk, tapi bila dah duduk dalam tempat ski tu, langsung tak sejuk. Eh, tipu la. Sejuk, tapi tak sesejuk di luar. 

Masa dalam bas, TG dah kutip duit sebab dia yang akan belikan tiket. Benda ni tak wajib, optional, so, siapa nak, baru bayar. Options yang diberi ialah, satu, duduk dalam bas jer. Takyah bayar hehehe. Tapi, sayugia diingatkan bahawa dalam bas adalah sejuk melampau. Option kedua ialah masuk dalam kawasan ski, tangkap2 gambar, bayar 40 yuan (ke 40 hengget ek? lupa lorrr). Dan option terakhir ialah masuk, sewa alat dan main ski, bayar 80 hengget (kena tulis dalam ringgit supaya tak rasa mahal sangat hihi). Memula aku nak ambik option kedua jek. Ye lah, kalo dah 2-2 pun main benda alah tu, siapa lak nak ambik gambar? Tapi, encik suami adalah kejam. Dia ugut, kalau aku tak nak main ski tu, lenkali dah takyah pergi mana2 dah. Boleh? Choi sangat! Sepatutnya aku yang ugut camtu. So, dengan 1/4 hati, aku pun ikut lah, masuk, sewa alat dan main ski. Main la sangat.

Aku dah baca banyak cerita orang yang main benda alah tu, so aku dah ter'set' dalam mind yang aku akan jatuh tergolek2 dan patah kaki. Mencik tau! Ada ke boleh paksa2??? Grrr...

Memula kami kena naik apa benda tah, kenderaan untuk masuk ke dalam tempat tu. Ekceli kalau tak masuk dalam kawasan tu, boleh je duduk kat dalam bangunan. Ada cafe dan tempat duduk. So, ramai yang makcik2 ni just duduk kat situ jek. 

Dalam kenderaan itu.
Boleh muat 10 orang penumpang.

Di kaunter masuk. Kat situ kiter boleh jugak bayar instructor untuk ajar. Tapi macam tak berbaloi je. Bukan nak masuk olimpik musim sejuk ker kan.

Ni tempat sewa kasut, tongkat dan kayu errr apa tah benda yang panjang kat kaki tu. Nak sewa baju pun boleh.

Wu size please... hentam je lah campur2 bahasa.

Daku menunggu kasut.

Dah pakai kasut yang berat itu.  Jalan pun dah macam robot.

Nak pergi ambik tongkat dan kayu/papan luncur.

Apa2 hal, tangkap gambar dulu. Karang dah tergolek, satu gambar pun tak sempat ambik dah.

Bersama anak2 pakcik katering.

Ok, tempat ni ada dua kawasan. Satu tempat yang aku main ni. Bukit dia tak tinggi dan tak berapa curam. Tapi, still lah tak boleh naik begitu saja. Kalau nak naik ke atas tu, ada walkalator (betul ke ada perkataan ni?). Tapi, takde tempat untuk turun. Maknanya, kalau dah naik atas, cara nak turun ke bawah hanyalah dengan meluncur! Memang komfem lah aku takkan naik. So, encik suami je lah naik. Aku main2 kat bawah ni je lah hahaha. Membazir je. Saper suruh paksa, kan?

Praktis2 dulu. 

Gaya je lebih huhuhu...

Encik suami dah agak berani naik sikit2, tapi belum naik atas tu bebetul la.

Kalau tak jatuh, taklah namanya main ski. 


Nampak nau berlakonnya.


Selepas agak yakin, encik suami pun pergi naik ke atas bukit tu. Tapi turunnya slow motion je huhuhu. Ekceli ada beberapa teknik yang diajar oleh TG sebelum masuk tadi. Dia kata kalau nak slow, kuncupkan kaki depan. Dan kalau nak brake, buat bentuk huruf A. Tapi jangan silangkan kayu tu, karang boleh tergolek dog. Tapi encik suami adalah kuncup je kaki depan sepanjang meluncur tu. Memang lah slowww. Pastu bila tiba bawah, brake tak makan. So, jalan selamat, jatuhkan je badan hahaha. Elok la jugak, daripada merempuh orang yang ramai kat bawah ni kan. Aku pun bila nampak orang laju je menuju ke arah aku, mampu menjerit je lah sebab nak lari tak boleh (kaki berat dan tak boleh main suka2 je melangkah sebab licin, takut jatuh terkangkang pulak). So, pasrah je lah kalau kena rempuh pun huhuhu.

Kat belakang tu orang tengah beratur nak naik walkalator tu.

Dapat sekali, nak lagi. So, encik suami naik lagi. Bebudak lain sumer dah naik tempat yang tinggi, 2 kali ganda.

Masa ni dah pulang peralatan. Memang tak sejuk pun. Tak pakai glove pun tak sejuk sangat.

Dah kurang orang sebab dah nak maghrib.
Dengan ustaz dan akak koler selangor.




Ni area bukit yang tinggi.






Salji buatan. Tak basah pun.

Kengkonon baling salji. Jakun tul.

Errr...

Dan semua orang pun dah nak balik. Nak tutup pun tempat ni,


Bila keluar, matahari pun sedang jatuh. baru pukul 5 lebih.

Selamat malam...
tbc...

p/s sorry kalau entry ni boring... :-p

0 komen: