Tuesday 22 January 2013

Wo Ai Beijing : Part 6 The Great Wall of China


Cuaca yang sangat baik, mengizinkan kami pergi ke great wall dengan selesa. Sejak semalam TG dah pesan supaya memakai pakaian yang sesuai sebab biasanya tempat tu akan sejuk berangin. Angin tu yang tak tahan tu. Memang lah sepoi2 je anginnya, tapi menggigit.

Sepanjang perjalanan ke sana, kiri kanan adalah gunung ganang nan tandus. Semakin menghampiri, bas kami melintasi kawasan perkampungan di lereng bukit sebelum pemandangan tembok menjalar di sebelah kanan. Sambil2 tu TG bercerita lah pasal great wall ni. Aku tak ingat pun sangat, tapi dah cukup lah maklumat tu untuk dijadikan kenangan. Nak tau lebih lanjut boleh je baca di mana2. 

Oh, haritu dak izan ada tanya aku, masa musim apa yang best pergi beijing ni? Aku kata kalau nak cantik, tak panas sangat dan jimat (takyah beli baju sejuk), pergi lah time spring. Ustaz TL pun cakap cenggitu. Tapi di sebelah lain hati aku kata, kalau pergi time spring, memanglah cantik, pokok berdaun dan berbunga, tapi itu semua untuk kepuasan mata. Balik rumah, boleh tengok dalam gambar. Tak eksklusif. Tapi kalau pergi musim sejuk, mungkin pemandangan nya tak cantik (kalau definisi cantik bagi ko ialah bunga dan warna warni - aku lah tu) tapi, rasa sejuk itu boleh dirasa ketika tu je dan nikmat itu tak boleh dibawa balik mesia. Memang lah dalam gambar boleh nampak salji atau tengok baju je pun dah rasa macam sejuk. Tapi, tak sama dengan perasaan ketika itu. Ko pasang ekon pun paling sejuk 16 degree jek. Pergi snow world kat icity or bukitcerakah pulak, ko cuma dapat sejuknya, tapi di tempat tertutup, tak nampak langit. Nak dapat angin sepoi2 tu pun tak dapat der. Ada takde, pergi ke genting or cameron. Dapat angin, menadah langit, tapi sejuk dia tak cukup sejuk jugak. Lagi pun, musim sejuk ni amoi2 kat sana sumer pakai winter coat. Kurang dosa ko menengok orang telanjang or seksi hihi. Apa2 pun, setiap musim ada keistimewaannya sendiri. Terpulang kepada citarasa. Lain lah ko nak tinggal kat sana. Yang aku cakap ni pasal melancong.

Langit biru.

Pemandangan gunung ganang di kiri kanan jalan.

Sampai2 je di situ, kami menangkap group photo. Semasa ke tian'an men semalam pun ada photographer kawan TG ni ikut. Dia yang ambik gambar group kitorang, cuci dan kendian jual. Memang lah masing2 bawak kemre, dslr pun ada, tapi gambar mamat tu lagi cantik lah. Memang kerja dia kan.

Bergambar di batu tanda kot. Tak sabar nak panjat. Sebelum pergi beijing ni aku kengkonon pi lah jogging sesikit, nak dapatkan stamina kunun. Tapi, dah dekat2 tu dah malas pulak. Harap2 tak sakit kaki lah. Malam ni kena tampal koyok semalam tu.

Dapat naik menara pertama tu pun dah cukup baik dah. 

TG nak beli tiket masuk.

Mak aih! Larat ke aku nak panjat? Tinggi semacam jek? Tapi aku pikir, gunungsoga tu pun sebenarnya tinggi dan curam tangganya, cuma kiter tak nampak jer dari jauh macam kat sini. Yakin boleh!

Ayuh kita mulakan! Makcik2 dan golongan 40 tahun ke atas sumer tak naik. Derang lepak je kat bawah. Sebelum mendaki tu, nampak lah mangga2 yang dipasang di kiri kanan tembok ni. Macam kat korea tu. Sama je konsepnya. Tapi kat sini macam tak banyak sangat. Dia baru nak ikut korea kot?


Ni tempat askar berehat kot.

TG pesan lagi, jangan sibuk2 berenti tengah tangga tu, ambik gambar. Kang tergolek. Nak ambik gambar kalu, berenti dulu kat menara tu. Tapi kat menara tu pun bahaya. Aku gayat!

Yah! Yah! Yah! Jangan tengok atas, kata hati aku. Tapi tertengok jugak. Huaaa!!! Nak turun balik macam rugi sebab dah separuh jalan. Nak teruskan, dah pancit. Kena teruskan jugak. Jangan berenti. Bukan tetiap hari pun pergi sini. Takmo lah menyesal macam masa tak panjat gua hira' tu ari. Kena berhati2 dengan salji yang melekat ditangga. Licin. 

Tangga dia tak sama rata. Ada yang rendah ada yang kena, yah! (berusaha nak dipanjat). Kalo takde rail tu tak tau lah camane. Sebab memang aku berpaut pada rail tu sebagai daya tarikan untuk memanjat. Tenaga sendiri memang tak cukup. Kekadang tengok ke atas juga boleh membantu. Sikit lagi, sikit lagi...

Akhirnya... sampai di situ, sorang budak ni cakap hingus aku meleleh. Dah sampai mulut pun. Patut lah rasa masin2 jer hahaha. Tak perasan. Sejuk sangat. Penat2 pun tak berpeluh pun. Cuma 'perasaan' berpeluh je buat rasa tak selesa. Aku rasa masa nak naik ke sini lebih kurang je ngan bukitsoga. 30 minit. Ramai gak jumpa orang mesia kat sini.

Tahniah! Kalau nak dapatkan sijil pahlawan kena naik sampai menara keempat. Idak ler... Lagipun dia bagi masa sejam  lebih je. Kalau satu hari mungkin aku panjat lah jugak. 

Dah sampai sini, jangan tengok bawah pulak. 

Tu menara keempat. Tak lah jauh sangat, kan (dah sampai menara ni boleh lah cakap tak jauh sangat. Cuba masa tengah panjat tadi)

Nun di sana, belah lain tembok ini. Ada banyak entrance. Yang kami masuk ni nama 'badaling'. Kalau belajar mandarin dulu, 'badaling lu' maksudnya petaling street (lu=jalan). So, nama tempat ni petaling la?

Jalan masuk tadi.

Ramai gak orang kat belah sana.

Kenangan kami di menara no. 8.

Nama menara ni.



Comel je bebulu itu.

Lagi comel hihi.



Dah rehat2 15 minit kat atas tu, kami pun turun. Senang je turun ni.

Oi! Bukan TG kata jangan ambik gambo tengah2 tangga ker? Dah turun takpe...


Muka bangga kerana berjaya memanjat. Bersyukur kerana kuat semangat.

Ibu gambar! Tiba di bawah, photographer dah menanti. Ikutkan aku serba salah nak suruh dia tangkap pakai kemre kami sebab , kan dia nak jual gambar yang pakai kemre dia, kan? Tapi kami beli jugak gambar dia sebab lagi baik kualitinya. Ni buat back up.

Like! Like!

Sudut ni pun cantik. Tapi patutnya ambik belakang tiang bendera tu. Hmmm...







Dah tak tau nak tulis apa.



Lokasi group photo. Memang dah disediakan.




Aku tercari2 jugak kedai yang boleh sewa baju ala2 maharaja ciner untuk bergambar, tapi tak nampak pulak. Samada tak bukak atau kat entrance lain.

Dari sana, kami dibawa ke pasar baju (clothing market katanya) untuk soping moping. Xiushui market atau silk market atau pearl market (berapa banyak nama daaa). Akhirnya. Jenuh dok tunggu masa ini. Tapi aku tak beli e'apa pun kat sini. Survey dulu.


Kami diberi masa 2 jam di sini. Ada 5 tingkat. Level LG jual kasut dan henbeg. Level G & 1 jual baju lelaki dan perempuan. Tapi baju pempuan memang tak boleh beli kat sini lah. Banyak baju sejuk jek. Dan t-shirt. Takde blouse2 bagai. Tak trendy pun ye jugak. Lain2 ada kedai souvenir, kain sutera dll. Level 3 kot jual permainan dan baju kanak2. Kat sini setiap kedai berdinding kaca dan ada pintu. Bila kita nak tengok, salesgirl dia akan suruh kiter masuk (sebenarnya ada cctv kat lorong kedai tu, so, derang takmo dilihat bertekak ngan customer). Dan bila kiter takmo beli, boleh lah dia tahan kita kat pintu. Adoiii memang buang masa soping kat sini. Buang masa menawar harga. Buang masa nak keluar tapi kena tahan kat pintu. Macam satu kedai henbeg yang aku masuk tu, salesgirl dia 3 orang. Sorang tawar menawar, 2 lagi jaga pintu. Last2 aku tolak je tangan derang kuat2. Encik suami boleh tengok jek aku struggle nak keluar. Perasaannya macam masa kecik2 mak tak bagi keluar hahaha.


Sebenarnya, aku rasa lah, teknik meletak harga tak masuk akal pada permulaan dan pelanggan terpaksa tawar menawar ni banyak merugikan derang sebenarnya. Ye lah, nak tawar harga sebuah henbeg je dah makan masa sejam. Bila tak cukup masa, kiter beli satu dua biji jek lah, kan? Cuba kalau harga tu memang dah murah, kiter tawar2 sikit2 jek? Tak buang masa dan kiter boleh beli banyak2 lagi. Kan lagi untung? Ni dia mengharapkan orang2 yang tak pandai tawar, so dapat lah derang jual pada harga tinggi, tapi dapat jual sikit je. Lain lah kalo kedai ko to ala2 eksklusif ker, barang ori ke, kan. Ni barang fake je pun. Kedai pun macam aked ibukota je. Mana nak dapat orang kaya tak-tawar-terus-beli, soping kat sini pun? Derang soping kat shopping mall la, bukan kat sini. Dah komfem lah yang datang sini sumer jenis kedekut macam aku huhuhu.

Menurut kata TG, budak2 salesgirl ni kebanyakannya budak2 kampung. So, memang kekadang tu agak rude dan kasar. Maka bersabar je lah.

Tangan kosong. Tahniah sekali lagi.

Ni encik suami yang suh aku bergambar kat sini. Macam lah kat mesia takde lampu lilit kat pokok. Ok, tapi kat mesia takde lampu lilit kat pokok togel.

Lebih kurang jam 8 malam, kami pun balik makan. Biasa lah, sama je makanan dia. Nasi dengan 8 lauk.

Sampai hotel, dah menunggu kawan TG, seorang wanita muslim yang berniaga macam kat pasar tadi tapi market dia dah tutup so takde tempat nak berniaga, maka TG bawak dia berniaga kat hotel malam ni. Boleh lah buat habis2 kan stok derang. Lagipun, tolong orang islam, katanya. Maka aku pun memborong FM dan keychain di sini. FM tu 10 yuan dapat 3. Kira logik la, 5 hengget dapat 3. Alah, besok tu aku pergi kedai lain pun sama jugak regenya. Takpe lah, tolong orang islam. Amina ke haper nama pempuan tu. Dia ada jual t-shirt ngan alas meja jugak. Encik suami beli t-shirt hardrockcafebeijing beberapa helai. Peduli lah tak ori pun hehehe.

Sebelum tidur, tengok citer pramli hihihi. Asal tengok citer hitam putih mesti teirngat citer pramli. Selain tu, malam ni kenalah sapu minyak urut kat kaki. Banyak hari lagi nak berjalan ni. Tampal koyok sekali kat lekuk tepi lutut untuk elak betis sakit. Bangun pagi, betis tak sakit, tapi paha yang sakit. Tak tau pulak titik refleksologi untuk paha kat mana huhuhu.


Ala2 pendekar bujang lapuk la ni kot.

tbc...

2 komen:

Anonymous said...

Salam..kak,nama sya hajar..sya ada bace post akak psal projek "Loteng/Attic" rumah akak 2..so sya rse,rmah sya pun nk buat mcm 2 la..bole x akak bg sya contct number wak joe 2..dan lg 1, bole sya tau brape kos akak buat loteng 2?

klo xkberatan, akak bole la reply msg sya ni kat email sya.. aja_norzara0903@yahoo.com.my..

tq..

AyunasiA said...

sori la dik, wak joe tu dah tak sihat so dah tak boleh buat kerja2 pertukangan ni. pondok srs kitorang pun dah terbengkalai.