Monday 14 January 2013

Wo Ai Beijing - Part 4 Sutera, Urut dan Teh

Sambungan Hari Kedua Sabtu 29 Disember 2012

Keluar dari kawasan kota larangan, kami berjalan menyusuri kaki lima jalan dan kedai2. Semua menonong jalan, tak fikir nak menjenguk ke kedai ker haper. Mengejar bas yang tak berlari. Tak pergi mana pun bas tu, tapi dikejar sebab kesejukan. Padahal bila masuk dalam bas yang lama tak dihidupkan, suhu nya lagi sejuk dari kat luar. Suhu dingin terperangkap dalam bas. Tapi bila dah naik bas, cecepat driver akan start enjin dan on heater. Gitu lah. Setiap kali berada di luar, mesti cepat2 nak cari tempat tertutup. Macam kat dalam kota larangan tadi, bila TG cadangkan semua pergi ke tandas melepaskan apa yang patut, hampir semua meluru masuk ke dalam tandas yang bertutup pintu plastik. Sanggup berhimpit2 dengan aroma tandas asalkan tak sejuk.

Sesekali berpemandangan 'terasa macam kat malaysia' bila terjumpa kedai2 cenggini. Hujan salji di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...

Pasangan yang sentiasa 'berkepit'. Dua2 pun tak pakai long john huhuhu. Tak dapat bayangkan kalau aku yang hanya memakai jaket. Boleh cramp!

Kebanyakan motor ada sarung tangan cenggini. Kiut jek. Kiter pun kalau naik motor memalam pun dah gigil2, apatah lagi derang. Malam lagi lah.



Kebanyakan bangunan mesti ada pintu gerbang cenggini.

Dari situ, kami terus dibawa ke restoran. Tah, aku rasa macam baru je sekejap tadi makan sarapan. Memang masa cepat berlalu. Kali ni kami makan di restoran yang aku rasa sekali je kitorang pergi. Kalau restoran lain ada gak ulang2 pergi. Tapi lauk lebih kurang sama je restoran mana2 pun. Hari ni menu of the day ialah ayam goreng berempah (takde gambar).

Menu wajib selain telur dadar, ayam dengan lada benggala.

Ni encik suami yang ambik gambar. Tak tau apa motif dia. Kadang tu bila malam tu belek2 gambar waktu siangnya, ada je gambar pelik2 seperti mcb box, wayar2 tepi jalan. Haih...

Mewah dengan sayur2an. Drumstick tu sama je rasanya macam ayamas punya. Ke, memang dia import dari malaysia?

Sayur lagi.

Apa benda tu? Aku rasa macam wiring je? Sabo je lah.

Ada sekali je kot telur dadar yang lain sikit, letak cili api. Lelain sumer lada benggala.

Lepas makan, kami dibawa ke masjid. Masjid ni berusia lebih 500 tahun. Di luar masjid biasanya ada peniaga kacang (bepang). Katanya derang ni ciner-rusia. Sempadan kot.

Bepang selonggok yang akan dipotong2. Satu bekas kotak 10 yuan = rm5, tapi aku tak beli. Jerawat hehe.

Toilet masjid ini. Pili kat sini macam kat hotel, boleh adjust panas sejuk. Kalau tempat lain, samada air sejuk jer atau panas jer. Agak2 aku pilih yang mana? Toilet dalam masjid ada paip, so takde masalah di situ.

Kebanyakan masjid juga ada meja cenggini di dalam masjid. Ni area lelaki, tapi pompuan pun sama.

Suka tengok bumbung masjid2 kat sini. Sumer ada corak2.

Tempat ambil wuduk. Siap ada besi tempat letak kaki. Senang nak ambil wuduk sambil duduk.

See! I told you so!

Sepanjang di sini, aku ngan akak koler selangor dan makcik kuching jer pompuan yang solat. Hmmm... derang sumer uzur kot. Boleh pulak serentak, ek?

Lepas solat, kami terus dibawa ke kedai sutera. Ni antara kedai paling diingati sebab tukang terangkan tu bila habis menerangkan di satu2 tempat, akan memanggil, 'lai lai lai, follow sara...' (nama dia sara). So, sampai ke balik, asal jumpa orang panggil lai lai lai, mesti nak sambung, follow sara.

Aku tak beli pape pun kat sini. Ada, biras tu kirim beli sutera, tapi takde yang aku berkenan. Memula dia promote selimut sutera. Ala2 comforter la. Dalamnya 'kekabu sutera', sarungnya kain sutera satin. Harganya 1350 yuan untuk saiz queen. Kalau king tambah 200 yuan. Umangaih... kalau tido ngan selimut ni harus aku kena tidur dengan lebih berkualiti, kan. Kalau biasa 8 jam, dengan selimut ni kurang2 10 jam. Siap terfikir, orang lelaki boleh pakai selimut sutera tak? Kira pakai ker kalau selimut?

Kendian naik ke tingkat atas, ada kain2, skaf dan pakaian sutera. Ingat nak beli lah jugak kain ke, buat baju raya. Tapi, coraknya lah pulak macam zaman 90-an. Nak belikan orang pun tak sampai hati. Takde lah mahal sangat. Dalam 70-90 yuan je semeter. Tapi tu lah, old fashion sket. Ada yang agak moden dan sedikit mahal, berkenan lah jugak. Tapi, tak cukup 4 meter la pulak. Haihhh memang takde rezeki lah tu kan. Tapi skaf memang cantik2. Cuma aku lah pulak, tak geti bertudung lilit bagai ni. Nak belikan orang macam mahal sangat hehe. Sudahnya aku pulang dengan lenggang kangkung jek.

Depan kedai sutera. Kat dalam tokleh ambik gambar. 

Lepas tuh, kami pergi ke pusat perubatan aka tempat urut. Seperti yang aku baca, kitorang dibawa masuk ke sebuah bilik yang ada kerusi berderet. Bila kami duduk, terus kami dihidangkan dengan secawan teh. Ni kira first time minum teh cina yang tawar hebeh itu. Lepas2 dari tu dah rasa biasa dah dengan teh tawar hebeh. Bau teh ni macam bau perfume yang pernah aku beli suatu masa dulu. Sekali je aku pakai perfume tu. Busuk. Tak lama kemudian, masuk lah gadis2 dengan besen berisi air panas (ya, panas, bukan suam, ok) dan seuncang, tah, akar kayu kot. Dan kami disuruh merendam kaki. Memula encik suami yang rendam dulu. Kendian beliau pula menjadi tukang sorak, suruh aku dan makcik2 tu rendam. 'mula2 je panas, pastu dah tak rasa dah.' Kami yang pompuan ni celup sikit, tarik kaki. Panas ok air tu. Memang lah aku tau, mula2 je panas, pastu dah tak rasa dah tu, tapi nak mula tu yang pikir 10 kali dulu tu. Lalu aku pun celup sikit2. Mula2 tumit, kendian jari, kendian tapak kaki, dan last sekali baru aku lepaskan kaki ke dasar besen.

Muka kerek dah rendam kaki dalam air panas.

Tak dalam pon airnya hehe

Menunggu tukang urut.

Gadis2 yang berjaya melawan faktor ketakutan. Air panas kira fear factor ker?

Tak lama kemudian, datang lah seorang pakcik ni, yang katanya orang indonesia (ke orang ciner cakap indonesia ek? tak ingat) bercerita tentang kesihatan. Cegah sebelum parah. Kiranya pusat perubatan ni melakukan aktiviti pencegahan. Dan kalau membeli produk dia tu umpama pelaburan la. Walau pun mahal. Tapi kalau dah sakit, lagi lah mahal kos nak mengubatinya, kan? Ada lah juga betul jugak kata dia tu. Lepas tu, masuklah beberapa orang remaja lelaki dan perempuan untuk mengurut kaki kami, serta beberapa orang 'doktor' dengan translatornya untuk mendiagnos penyakit kununnya. Ingat budak2 tu urut bebetul la. Sekali bukannya urut, usap kot. Sambil2 tu dia promote minyak urut dan benda alah uncang tu tadi. Uncang tu 30 uncang 300 yuan. Sekali pakai 2 uncang. Pakai sebulan pun tak cukup. Minyak urut tu pulak 200 yuan sebotol. Ada juga yang beli. Minyak urut tu katanya bukan macam minyak pun. Tak licin pun. Macam air jek. Aku tak beli apa2 pun. Tak berbaloi je regenya. Baik lah aku pakai minyak wakdakam jer. Baru 7 hengget sebotol.

Pakcik itu.

Poster titik2 akupunktur.

Eh, macam dinding dapur rumah kiter! 

Kat sini pun ada gambar mao zedong tu. Dalam botol2 tu ialah akar2 kayu.


Entah apa yang dia tulis tu tah. 

Kerusi2 ini ialah kerusi2 yang diduduki oleh para vvip semasa upacara perasmian sukan olimpik itu ari. Tak faham apa kaitan kerusi ni dengan pusat perubatan ni.

Gazebo di luar tempat ini.

Suka pemandangan ini.


Ok, redha je lah. Ni meter elektrik.

Lepas tu, kami ke kedai teh pula. Hari ni memang penuh dengan aktiviti ke kedai ya. Ada beberapa kedai lagi sebelum kedai yang ditunggu2 iaitu clothing market hehehe. Kedai2 yang wajib pergi ni sumer kedai gomen, so harga sumer tokleh tawar. Seposen pun tokleh. 

On the way ke kedai teh, kami melewati kawasan stadium olimpik. 

Salah satu stadium. Entah, lupa lak stadium apa. Macam tertutup. 


Ni stadium kolam renang. Water cube nama dia. Kawasan ni bila malam cantik la. Yang belakang dia sipi2 tu nampak stadium sarang burung.

Melintas cuma.


Perkampungan sukan.

Stadium sarang burung. Sepatutnya dalam tentatif ada agenda pergi ambil gambar kat stadium ni. Bukan pergi situ la. Ambik gambar dari jauh, tapi nampak jelas la stadium nya. Tapi tah kenapa dia tak bawak tah. Tapi ada lah juga pergi dekat2 pada suatu hari tu. Dapat lah jugak ambik gambar celah2 semak.

Kenderaan comel.

Perlu ke gambar nih?

Sampai di kedai teh, terus ternampak benda alah ni. Pokok teh hehe.

Teh yang dimampatkan.

Rasanya dalam banyak2 kedai, pompuan kat kedai teh ni lah yang paling baik englishnya. 

Kat sini kami diperkenalkan kepada 4 jenis teh keluaran syarikat ini iaitu jasmine tea, oolong tea, pu'er tea dan fruit tea. Ooo teh yang aku minum kat tempat urut tadi tu jasmine tea rupanya. Maknanya perfume aku tu bau jasmine la ek? Pening kepala aku dengan bau perfume tu. Akibatnya sampai sekarang aku tak boleh bau wangi2 selain bau kereta aku. Ambipur perisa vanilabouquet. Masuk kereta orang mesti nak termuntah. Mengada!

Untuk setiap teh ni dia ajar cara membancuhnya. Lain teh lain kekdahnya. Suhu air pun tak sama. Ada yang kena air didih, ada yang 80 darjah celcius (satu keje pulak nak ukur suhu), ada yang kena rebus (macam english tea kot ek?). Pastu kekdah minum pun lain2. Kalau yang teh oolong tu, kena hirup siap bunyik (tah, aku pun tak geti nak buat bunyi cenggitu). Kalau pu'er tu pulak kena kunyah airnya. Macam2. Setiap teh tu kami kena rasa. Tapi yang boleh diterima dek lidah tempoyak kebanyakan daripada kami ialah fruit tea sebab tu je teh yang manis. Manis buah la kot. Lagipun kiter dah biasa minum teh berperisa buah2an ni kan. Masa mula2 tu dia tanya, selalu minum teh apa, semua jawab, liptonnn hahaha. Oh, dan teh2 ni juga berbeza khasiatnya. Ada yang takde kaffein, lupa teh apa. Selain itu, kami juga diajar cara memegang cawan teh ciner.


Kalau pempuan, pegang macam aku ni. Ibu jari ngan telunjuk kat atas, jari hantu kat bawah, jari manis dan kelingking kasi lentik sikit. Adoiii lenguh jari aku nak buat gaya ni. Gaya elegen katanya.

Bezanya orang lelaki, jari manis ngan kelingking kasi genggam ok.

Walaupun blur, aku tetap nak taruk gambar ni sebab ni je yang ada gambar pu'er tea. Teh ni dimampatkan bentuk bebulat cenggitu. Pokok teh ni pulak bukan macam yang biasa kita tengok kat kemren tu, katik je kan. Pokok teh pu'er ni macam pokok rambutan, tinggi. Teh pu'er ni konsepnya sama macam wine la, lagi lama lagi baik. Dan kekdah membuat teh ni ialah dengan mematahkan sikit teh bulat ni dan direbus.

Koleksi teh pu'er yang lagi lama lagi baik tu. 

Akhir sekali, masa untuk membuka sebutharga hehe. Rege teh tu sekotak (seperti gambar pertama pempuan ni) ialah 150 yuan. Kalau beli 2 kotak, dapat 1 kotak free. Pastu ada free gift. Salah satu daripadanya ialah cawan yang dipegang oleh perempuan dalam gambar di bawah. Cawan ni ada gambar naga warna hitam. Bila dituang air panas, naga tu bertukar warna merah (seperti dalam gambar di bawah juga). Selain tu ada juga mug yang bertukar gambar dari naga ke great wall (ke sebaliknya tah) bila kena air panas. Dan satu lagi free gift ialah pee-pee boy (bentuk sinchan kot). Kalau korang baca blog yang tulis pasal beijing mesti adalah gambar benda alah tu. Blog aku je yang takde. Pon, pee-peeboy tu beroperasi bila kena air panas di mana dia akan memancut macam orang pee-pee hihi. Tapi dari feedback yang aku baca juga, bila dah bawak balik rumah, tak berfungsi pun pee-peeboy itu. Aku tak ingat, beli apa yang dapat free gift apa. Yang aku ingat kalau beli 2 kotak dapat cawan. Bila aku cakap nak beli cawan jer, takmo teh, dia kata rege 150 yuan hehe. Dah sama ngan rege teh la pulak. Last2 bila aku nak keluar dia tarik balik, dia kasik rege satu kotak teh 100 yuan dan free cawan. Pun aku tak beli jugak. Acah ajer... Tak kossser la aku nak beli teh mahal2. Teh boh songket yang rege rm9.90 tu pun aku dah rasa mahal dah. Kesimpulannya, hari pertama ke kedai2 ni aku tak beli apa2.

Cawan naga.

Mug boleh tukar gambar. Kesian budak yang kat belakang tu. Dia yang dok promote kat aku, tapi tak berjaya hehe.

Ooo untuk teh pu'er yang bulat tu pulak dia jual 7 keping (ke 5 tah, pelupa betul la. lupa nak ambik gambar pun iyer jugak) plus satu keping yang dia suh simpan. Bila2 datang balik kedai tu, boleh bawak teh yang satu tu dan boleh redeem errr apa tah. Dapat tukar yang baru kot. Ni kira strategi nak dapatkan teh yang lagi lama lagi baik la kot.

Sebelum keluar kedai ni, ada kedai jual biskut2, kacang dan jajan pulak. Sebungkus 20 yuan, kalau beli 5 bungkus, free 1 bungkus. Kira mahal la sebab sebungkus tu seciput je isinya.

Depan kedai teh. Baru nak adjust pose dah tangkap.





Habis mengeteh, kami pun kembali ke restoran. 

Lub! Nampak tak kat atas signboard tu?

Restoran ni kami pergi 3 kali. Ingat sebab kerusi dia sebaris, dah masuk tokleh kuar.


Salah satu menu makan malam. Ayam dengan cendawan hitam. Selepas malam ni aku dah malas nak ambik gambar makanan. Sama jek. 

Balik ke hotel, kami terus keluar berjalan2 di sekitar hotel. Masuk ke sebuah pasaraya, beli buah. Kiwi dan epal. Masa bayar tu rasa, mahal nyer! Terlupa nak bagi 2. Rupanya biasa2 je harganya. Tulah best nyer pergi ke ciner ni. Nak beli apa2 boleh convert dengan kompiden. Cer kalo gi singapore, jangan covert jangan convert...

Berbekalkan ilmu yi er san si, kami memberanikan diri berurusniaga di sini. Oh, kat pasaraya derang, rege yang tertera ialah rege setengah kilo. Maknanya sama dengan harga sekilo kalau duit malaysia. Contohnya rege 500g epal yang tertera ialah 10 yuan. Maknanya harga 1kg epal itu ialah 10 hengget. Bijak tak?

Sunyi sepi je pasaraya dia. Samada memang tak laku atau pun musim sejuk orang tak kuar rumah soping moping.

Keluar dari pasaraya BHG, kami berjalan2 di kedai2 tepi jalan. Aku nak cari stokin, encik suami nak cari kasut. Pengalaman di tian'an men tadi mengajar kami. Banyak lagi tempat outdoor yang bakal ditempuhi besok. Kalo takat gi  kedai2 je tak per lagi. Tak banyak kedai bukak malam2 musim sejuk ni. Kebanyakannya tutup awal. Keluar masuk 2-3 kedai, terjumpa pulak sebuah kedai pakaian yang agak besar. Dalam tu ada kedai2 jual baju dan kasut. Musim sejuk punya. Cantik2 winter jacket. Murah pulak tu. Aku pun sambil2 dalam bas, dok perati jaket2 yang derang pakai. Memang cantik2 berfesyen2. Tapi aku tak beli lah. Nak buat apa banyak2. Cari2 stokin, tak jumpa pun. Last2 berenti kat satu kedai kasut. Memula encik suami je beli kasut winter boot, sekali, aku pun terbeli jugak. Sedondon warna lagik hihihi. Bila dah pakai tu, aku pun ooo patut lah takde jual stokin. Derang pakai kasut ni je, takyah stokin. Lembut je bulu2 kat dalam kasut tu. Best! Harga kasut 150 yuan untuk 2 pasang. Kira RM37.50 sepasang la. Murah, kan?

So aku nak rekmen kepada bakal2 pelancong dengan andalusia, kalo tak bawak jaket dan kasut dari rumah, boleh la beli kat kedai nih. Lokasinya kalo dari jin hui hotel, lintas jalan kat depan hotel tu, kendian belok kanan. Jalan jek depan kedai2 tu. Dalam 100m akan jumpa kedai tu (lupa lak nama kedai tu tapi lebih kurang ***** fashion' gitu).

Sempat fikir nak dondonkan dengan jeans.

Siap bergaya tu.

                                                         
Patut lah tak pakai stokin.

Tak sabar nak pakai awak besok!


4 komen:

Nieda Ramly said...

duit malaysia rendah dr yuan ke atau yuan tinggi dr RM malaysia?

AyunasiA said...

macam sama je maksud dua2 tu???

duit malaysia lagi tinggi dari yuan. singgit kita, 2 yuan dia.

Irfa said...

kreatifnya sarung tangan moto tu ye

aku baca sambil membayangkan duk jalan sebelah ko ;)

Irfa said...

kasut tu kot yg org panggil 'ugg boot'.aku penah try kat universal traveler tp x beli pun.hehe